Nov 11, 2013

Awek IE yang kawaii



Microsoft menggunakan pendekatan pemasaran melalui animasi Jepun (anime) untuk mengpopularkan semula browsernya Internet Explorer versi 11. Seperti yang diketahui banyak pengguna beralih arah menggunakan Google Chorome atau Mozilla Firefox sebagai browser utama. Di dalam anime pendek ini,  satu watak perempuan dicipta bernama Inori Aizawa menjadi maskot Internet Explorer menentang penjahat menggunakan perisai khas yang boleh memberikan kuasa perlindungan dan serangan. Video ini telah dihasilkan oleh Microsoft Singapura, dan telah ditayangkan khas pada sambutan Anime Festival Asia (AFA) 2013.


Nov 7, 2013

Zaman handphone Nokia

Bagi generasi 90-an, Nokia merupakan gadjet yang harus dimiliki. Setiap hanphone Nokia merujuk kepada status dan identiti pemiliknya. Setiap keluaran handphone berbeza dari segi spesifikasi, target jualan, kuasa inovasi dan keseronokan. Pada mereka yang pernah memilikinya akan teringat memori indah dan duka ketika menggunakannya. Moto Nokia "Connecting People" benar-benar diaplikasi ke setiap penggunanya.



Mana satu Nokia anda???




Nokia 8250 Butterfly
Dipanggil Nokia Butterfly kerana keypad menunya berbentuk seakan rama-rama




Nokia 6680
Kelainan 6680 ialah hanphone ini dua jenis interface yang berbeza yang boleh dipilih.



Nokia N-Gage
Gabungan 2 konsep iaitu Hanphone + Game konsol. Dibina untuk bersaing dengan Nintendo DS dan PSP.



Nokia 6600 Sabun
Digelar hanphone sabun kerana bentuknya seperti sabun mandi.


Nokia 3200
Hanphone yang fokus pemasarannya adalah golongan remaja kerana memaparkan casing bercorak dan berwarna. Nama lain Nokia 3200 ialah Nokia Telur.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...