May 21, 2013

Rangkaian aka Network


Maksud Rangkaian

Definisi tradisional "rangkaian" adalah kumpulan komputer yang disambungkan bersama-sama untuk berkongsi sumber seperti program-program, fail, pencetak, dan cakera penyimpanan. Walau bagaimanapun rangkaian moden juga termasuk sambungan ke peranti mudah alih / mudah alih (seperti tablet PC, komputer riba, PDA, kamera digital, pemain MP3 mudah alih dan telefon mudah alih), peranti hiburan rumah (seperti TV, pemain video / perakam, stereo, dan radio ), peralatan rumah (seperti peti sejuk dan mesin basuh), dan alat-alat pemantauan atau sensor. Benda yang dipakai (seperti jam tangan, pakaian) dan mungkin objek hidup seperti manusia, haiwan, dan pokok akan menjadi rangkaian-dapat pada masa akan datang, ini bukan perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.

Reka bentuk rangkaian bukan sukar untuk difahami, namun kebanyakkan ia menumpukan pada kerjaya profesional IT atau pakar rangkaian sebelum ini kerana ia hanya mengenai perkara yang berkaitan rangkaian syarikat besar dengan pendawaian yang kompleks dan bilangan komputer yang banyak. Kini reka bentuk rangkaian diaplikasikan ke alam pengguna akhir kerana populariti yang semakin meningkat iaitu rangkaian tanpa wayar  (ad-hoc) sama ada menggunakan IrDA dan Bluetooth, juga teknologi rangkaian rumah semasa seperti Ethernet, Wi-Fi.



Fungsi Rangkaian

Kebanyakkan aktiviti rangkaian adalah secara atas talian (online) sebagai contoh:
  • Perbankan.
  • Membayar bil.
  • Membeli barangan runcit.
  • Menempah tiket melancong.
  • Menghantar mesej.
  • Mengambil bahagian dalam perbincangan.
  • Melakukan penyelidikan.
  • Bermain permainan online

Senibina Rangkaian

Seni bina rangkaian  menggambarkan hubungan antara nod (perkakasan@perisian) dalam rangkaian. Terdapat dua jenis seni bina rangkaian iaitu:-

Rangkaian client-server 

Mempunyai nod yang berfungsi sebagai pelayan (server) yang menyediakan sumber-sumber (contohnya program, cakera, pencetak) bagi nod lain (komputer pelanggan) dan menguruskan pelanggan (client) akses kepada sumber-sumber rangkaian. Rangkaian korporat biasanya pelanggan-pelayan dengan satu atau lebih pelayan yang menyimpan maklumat korporat dan komputer pekerja sebagai pelanggan.

Apr 23, 2013

#CD LS SU RM ....? #Linux


Linux merupakan sebuah sistem pengoperasian sumber terbuka (open source) dan PERCUMA yang berasaskan UNIX. Terdapat pelbagai distribusi menggunakan Linux, seperti Ubuntu, LinuxMint, Fedora, CentOS dan openSUSE. Setiap satu berbeza kandungan dan antaramuka berdasarkan kepada pembangun masing-masing.


      Linux menggunakan GUI (graphic user interface) bagi membolehkan pengguna menyesuaikan diri dengan persekitaran OS Linux. Bagi pengguna yang sudah terbiasa menggunakan Linux, kebanyakkan mereka menggunakan CLI (command line interface), di mana arahan atau sesuatu tugasan kepada komputer ditaip di  konsol khas yang dipanggil TERMINAL. Cara ini lebih pantas dan berkuasa mengubah sistem Linux namun memerlukan skil pengaturcaraan.

Contoh TERMINAL di dalam Linux

Berikut merupakan asas coding Linux:

masuk konsol:
CTRL+ALT+F2

keluar konsol:
CTRL+ALT+F7


untuk membuat user baru:
]#adduser namauser
]#passwd namauser

untuk mengaktifkan user pada root:
]su namauser

Apr 12, 2013

Anonymous lancar perang siber di Israel?


Anonymous melancarkan perang siber terhadap pelbagai laman web di Israel. Ini adalah kali yang ke-2 perang siber ditujukan pada laman web Israel, dan kali ini dipanggil sebagai #OpIsrael. Menyasarkan laman web berkepentingan seperti Prime Minister's Office, Israel Securities Authority, Immigrant Absorption Ministry dan Central Bureau of Statistics.



       Motif serangan grop hacker Anonymous ini adalah ingin menyatakan bantahan kepada Israel atas kekejaman  terhadap rakyat Palestin, selain mahu "memadam" Israel daripada ruang siber. Namun, Yitzhak Ben Yisrael daripada National Cyber Bureau mengatakan serangan ini tidak membimbangkan dan masih boleh diatasi.

     Anonymous mendakwa beratus laman web pihak Israel telah diserang dan 30,000 akaun bank telah berjaya dicuri maklumatnya sejak permulaan  #OpIsrael dilaksanakan. Kerugian dianggarkan sebanyak 3,000 juta hasil pencerobohan ini. Malah, mereka juga mendakwa seramai 3 orang hacker telah diberkas oleh pihak Israel dan dipercayai 3 orang tersebut merupakan grop hacker dari GazaHackersTeam.

   Mereka juga telah mengupload video ke YouTube dengan mesej kepada kerajaan Israel bahawa




elite cyber-squadrons from around the world have decided to unite in solidarity with the Palestinian people against Israel as one entity to disrupt and erase Israel from cyberspace.”

dan

“You have NOT stopped your endless human right violations. You have NOT stopped illegal settlements. You have NOT respected the ceasefire. You have shown that you do NOT respect international law.”

        

          Manakala, hacker daripada pihak Israel yang geram dengan serangan ini telah bertindak balas dengan meletakkan banner dan image tentang negara Israel dan sejarah Yahudi di laman web israel.com.

Sumber: rt.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...