Mar 25, 2013

Evolusi Samsung Galaxy S4


Samsung Galaxy S4 meneruskan penguasaan smartphone terdahulu Samsung Galaxy S3 dengan mengevolusikan beberapa aspek kepada yang lebih baik dan sempurna.


Rekabentuk dan Skrin
Secara pandangan kasarnya, lebih kurang sama dengan S3 namun skrin diperbesarkan daripada 4.5" inci kepada 5" inci. Resolution juga dipertingkatkan kepad 1080p jauh lebih baik dari 720p pada S3. Ia juga lebih nipis (7.9 mm) dan lebih ringan (130g).




Chip pemprosesan
Dikuatkuasa Exynos 5 Octa iaitu 8-core chip.Ia terdiri daripada empat Cortex-A15 teras yang menggunakan 1.6GHz untuk prestasi manakala baki empat Cortex-A7s menggunakan 1.2GHz untuk melakukan tugasan dan penjimatan kuasa.




Kamera
Kualiti kamera S4 lebih baik dengan memiliki 13mp pada bahagian belakang dan 2mp pada bahagian hadapan. Ia juga menyokong dual video conference iaitu boleh berhubung dengan 2 rakan secara serentak. Video rakaman juga disimpan dalam kualiti HD (1080p). 





OS Android
Dengan adanya OS Android Jelly Bean sebagai sistem operasi, S4 menjadi antara yang terbaik dalam kelasnya dan boleh bersaing dengan pesaing yang lain (Sony Xperia Z, Huawei Ascend D2 and ZTE Grand S).





Kuasa Bateri
Kapasiti tenaga S4 ialah 2600mAh berbanding S3 2100mAH. Ini bagi memanjangkan jangka hayat penggunaan harian smartphones S4. Ditambah pula dengan keupayan Exynos 5 Octa yang boleh menjimatkan penggunanaan kuasa.



Mar 13, 2013

Bisnes Kad Yang Sangat Kreatif!

Kepada designer di luar sana, cuba saksikan Bisnes Kad yang sangat kreatif ni!










Feb 25, 2013

Blackberry is back: BB10



Blackberry telah kembali menghangatkan pasaran dengan menawarkan smartphones serba baru (BB10), perubahan dari segi rekabentuk mahupun teknologi. Walaupun dikatakan lambat dalam mengeluarkan produk mereka, namun pengeluar smartphones lain seperti Samsung atau Apple tidak perlu ambil mudah perkara ini, kerana jenama Blackberry merupakan sebuah jenama yang diyakini, terutamanya  ia merupakan smartphones yang menjadikan suatu kegilaan pada ketika dahulu, dan lambang eklusif.

Apa yang menariknya dengan BB10 ini? Terdapat 3 kelebihan BB10 berbanding smartphones lain.


Hub mesej Terbaik.
Segala mesej FB,Twitter, BBM, Email anda boleh dicapai pada satu tempat. Ini memudahkan anda mengakses mesej tersebut tanpa perlu membuka setiap aplikasi yang berbeza. Semuanya menjadi mudah di Blackberry Hub.





Web Browser Terbaik
Rekabentuk minimal dipraktikan pada web browser BB10, ditambahkan dengan keupayaan memisahkan teks web ke bentuk yang mudah dibaca. BB10 masih menawarkan plugin Adobe Flash player bagi membolehkan pengguna melayari website yang menggunakan animasi Flash. Kebanyakkan smartphones lain tiada sokongan Flash player lagi.




Rekabentuk paling KEMAS
Blackberry menetapkan standard baru dalam rekabentuk sistemnya dengan menambah baik interface yang pada iOS dan Android. Anda pasti teruja dengan gaya interface BB10 ini. Akses ke aplikasi-aplikasi yang telah dibuka dipaparkan dalam bentuk bertingkat bagi memudahkan anda mengetahui apa aplikasi yang sedang digunakan. Cara mengendalikan sistem BB10 sedikit berbeza berbanding lain dan ini mungkin mengambil masa kepada pengguna yang baru mencubanya. Tetapi ini merupaka suatu nilai istimewa pada pengguna BB10 itu sendiri.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...