Oct 29, 2012

iPad mini vs Nexus 7? Which one better?

Adakah anda tengah memikirkan tablet iPad mini atau Google Nexus 7 untuk dibeli? Tidak tahu mana satu yang lebih baik dan berbaloi? OK, cuba baca tips ini terlebih dahulu, kemudian baru decide pilihan anda itu.....





Which one better?




Brain Power
iPad mini dijanakan processor A5 dual core, manakala Nexus 7 lebih berkuasa iaitu menggunakan processor Tegra 3 quad core.
Winner: Nexus 7


RAM
Nexus 7 dijanakan dengan 1GB RAM untuk memastikan kelancaran penggunaannya, berbanding iPad mini yang hanya menggunakan 512MB RAM. RAM yang tinggi meningkatkan keupayaan aplikasi dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Winner: Nexus 7


Storage
iPad mini memiliki pilihan storan 16GB,32GB dan 64GB, manakala Nexus 7 hanya menawarkan 2 pilihan storan sahaja iaitu 16GB dan 32GB.
Winner: iPad mini


Display
Walaupun saiz skrin Nexus hanya 7" berbanding iPad mini yang berukuran 7.9", tetapi Nexus 7 (1280 X 800,216 pixel per inch ) menawarkan resolusi yang lebih baik berbanding iPad mini (1028 X 768, 163 per inch).
Winner: Nexus 7


Weight
iPad mini lebih ringan (~32g kurang daripada Nexus 7) kerana menggunakan material aluminium sebagai bahan binaannya.
Winner: iPad mini


Connection
Nexus 7 hanya menawarkan sambungan WiFi untuk melayari internet, manakala iPad mini memiliki sambungan WiFi,3G dan LTE.
Winner: iPad mini


Price
iPad mini belum dilancarkan di sini lagi, namun dijangkakan perbezaan harga hanya sedikit, mungkin dalam lingkungan ~RM100-RM200 perbezaan. Nexus 7 telah dilancarkan pada bulan September dan harga yang ditawarkan RM999.
Winner: Nexus 7 (?)


Application
Untuk Nexus 7, aplikasi ditawarkan sehingga 600,000 lebih untuk didownload pada Google Play, manakala iPad mini  boleh mendowload sehingga 275,000 lebih aplikasi pada App Store.
Winner: Nexus 7


Battery
Dianggarkan iPad mini boleh bertahan sehingga 10 jam penggunaan, berbanding Nexus 7 yang hanya 9.5 jam sahaja masa penggunaan.
Winner: iPad mini


Camera
iPad mini menawarkan 5MP pada rear camera dan 1.2MP pada front camera. Kekurangan Nexus 7 ialah hanya menawarkan front camera (1.2MP) sahaja.
Winner: iPad mini

Color
Ada dua pilihan warna untuk iPad mini, iaitu hitam dan putih. Nexus 7 pula hanya ada 1 warna utama, iaitu coklat.
Winner: iPad mini



Total Win???
...
...
...
...
...
...
...
...
...

iPad mini
Results: 6 Win
Nexus 7
Results: 5 Win
The WINNER iS:
iPad mini



Layankan video promo iPad mini:

Oct 25, 2012

Salam Raya

Kepada semua pembaca blog iamluvit.blogspot ini, selamat menyambut hari raya Aidiladha. Pandu kenderaan secara berhemah dan eratkan perhubungan sesama insan.


7 Tips Shopping Online

Shopping..Shopping..Shopping


Do Research
Lakukan kaji selidik barang yang mahu dibeli. Bandingkan harga sebenar pasaran dengan harga barangan online, adakah terlalu murah atau mahal. Semak keadaan barangan tersebut melalui preview image yang dipaparkan, pastikan masih dalam keadaan ok.


Check Record Penjual
Kenali dengan siapa anda membeli barang tersebut. Lihat rekod jualan dan komen pembeli-pembeli lain sama ada terdapat pendapat kurang elok terhadap rekod penjualan penjual tersebut.


Kenalpasti siapa penjual


Ask Question
Jika penjual ada nombor untuk dihubungi, sila bercakap secara terus dengan beliau. Tanyakan soalan mengenai proses urusniaga, condition barang dan juga maklumat penjual tersebut. Sentiasa berhati-hati dengan kata-kata penjual tersebut supaya anda tidak dimanipulasi dan ditipu kelak.



Be Secure
Sentiasa waspada dengan cara transaksi dilakukan. Jangan serahkan maklumat peribadi anda seperti no akaun atau I/C. Jika barang masih belum sampai, segera semak status barangan atau hubungi penjual tersebut. Adakan pertemuan dengan penjual, supaya dapat mengenalinya. Gunakan carian Google bagi mencari info penjual jika ada.


Choose Paypal or COD
Pilih membayar menggunakan Paypal atau COD( Cash on Delivery/ Collect on Delivery). Sebabnya adalah Paypal akan membuat siasatan jika anda merepot terdapat kecurigaan terdapat status pembelian dan wang anda mungkin boleh dikembalikan. Berlainan dengan pembayaran online menggunakan bank seperti CIMB Clicks ataupun Maybank2u, wang anda lesap begitu sahaja. Manakala COD merupaka cara terbaik untuk anda membayar, dimana anda berjumpa secara bersemuka dengan penjual. Ini memudahkan anda mengenalinya dan dapat melihat kondisi barang dibeli. Jika anda tidak berpuas hati, barang tersebut boleh dikembalikan dengan serta merta.

Paypal - bayaran online menjadi mudah dengannya


Keep pay slip/record
Simpan bukti pembelian anda supaya jika berlaku sebarang kerosakan pada barangan dibeli walaupun masih 2 atau 3 hari anda baru gunakan. Ini membolehkan anda mengadu pada penjual untuk ditukar ganti dengan yang baru. Jika penjual berdegil, adukan pada Tribunal Pengguna dan buat repot polis.


Choose better courier
Pilih syarikat pengeposan yang menawarkan keselamatan barangan yang dipos dan penghantaran cepat. Lebih berbaloi walaupun kosnya lebih mahal. Semak kod status barangan dengan syarikat pengeposan jika barang masih belum sampai seperti yang dijanjikan.

International company courier



Servis Poslaju dah semakin baik sekarang





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...