Apr 11, 2012

Logitech Mini Boombox yang GEMPAK!

Rupa bentuk Logitech Mini Boombox
Baru-baru ini, Logitech telah memperkenalkan Mini Boombox, iaitu sebuah sound system compact yang menggunakan teknologi Bluetooth untuk sambungan. Kecik namun berkuasa. Device ini mengabungkan fungsi speaker dan mic combo, dimana user boleh mendengar lagu termasuk boleh menjawab panggilan telefon melalui setting tertentu.
Control panel berasaskan touch screen.

3.5mm audio port terletak pada bahagian belakang Mini Boombox

Dianggarkan jangka hayat bateri boleh survive sehingga 10 jam kerana dilengkapkan dengan built-in battery. Menu kawalan Mini Boombox ini terletak pada bahagian atas device yang berasaskan touch screen. Ia berfungsi dengan pelbagai peranti sama ada telefon, tablet yang dilengkapi dengan teknologi Bluetooth. Namun, jika hendak menggunakan cara konvesional iaitu wayar, terdapat 3.5mm audio port pada bahagian belakang Mini Boombox.

White edition Mini Boombox
Black edition Mini Boombox
Dijual pada harga pasaran RM299 dan terdapat dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Sila check kat kedai-kedai komputer atau boleh order pada laman web Logitech di www.logitech.com/my .

Apr 10, 2012

Instagram, Aplikasi Perkongsian Gambar Percuma Paling Popular


Trends terkini dunia internet sekarang adalah aplikasi Instagram. Dikhabarkan pada bulan ini (April), 30 juta accounts telah dicreate, dan sebanyak 100 juta pics telah diupload dalam Instagram. Apakah itu Instagram? Instagram adalah sebuah aplikasi perkongsian foto percuma  yang membolehkan pengguna untuk mengambil gambar secara digital, dan kemudian berkongsi pada pelbagai perkhidmatan rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter,Tumblr dan lain-lain, termasuk itu dalam web aplikasi Instagram. Dibangunkan oleh 2 orang pencipta iaitu,Kevin Systrom (sebagai CEO) dan Mike Krieger telah mengambil idea daripada trend kamera Polaroid yang melanda remaja Amerika masa dahulu untuk diterjemahkan dalam bentuk digital.

Satu ciri yang tersendiri ialah bentuk gambar adalah dalam bentuk 4 persegi, serupa dengan imej Kodak Instamatic dan POLAROID, berbanding dengan nisbah aspek 4:3 yang biasanya digunakan oleh kamera peranti mudah alih. Instagram pada mulanya disokong pada iPhone, iPad, dan iPod Touch. Namun pada awal April 2012, syarikat pembangun Instagram telah menambah sokongan untuk telefon kamera Android version 2.2 (Froyo) atau version yang lebih tinggi.

Interface aplikasi Instagram.

Untuk penguna smartphones, boleh mendownloadnya sama ada melalui iTunes App Store dan Google Play. Dan untuk pengetahuan semua pembaca blog ini, pada 9 April 2012 iaitu hari semalam, Facebook mengumumkan ia akan memperoleh keseluruhan syarikat Instagram dengan bayaran sebanyak USD$ 1 bilion dalam bentuk tunai dan saham. Lebih membanggakan lagi, pada Disember 2011 Apple Inc telah menamakan Instagram sebagi "Application of the Year" bagi tahun 2011.

Untuk mengenali dan ingin mencuba aplikasi ini, klik pada http://instagr.am

Android 4.0 Ice Cream Sandwich

Android 4.0 atau nama lainnya Ice Cream Sandwich merupakan OS Androids yang paling latest di market sekarang. Device seperti smartsphones, tablet dan sebagainya yang mempunyai spesifikasi yang canggih menggunakan Android 4.0 sebagai sistem pengoperasian. Penguna yang tertarik pada Android 4.0 ini adalah kerana ia easy multitasking, rich notifications, customizable home screens, resizable widgets dan deep interactivity.

Aplikasi disusun dalam bentuk thumbnail


Akses mudah pada camera tanpa perlu unlock


All Apps launcher


Resizable widgets
User Interface (UI) yang very like user.
UI pada Android 4.0 very easy dan intelligent,kerana ia capaian aplikasi yang simple dan mudah akses. Virtual buttons pada interfacenya hanya ada Back,Home dan Recent Applications. Yang menariknya, aplikasi yang selalu digunakan oleh user dipaparkan pada Recent Aplications dan ini membantu mengurangkan step untuk klik aplikasi yang sering digunakan.Pada Photoholics yang suka snap gambar, Android 4.0 menolong capaian camera tanpa perlu unlock phone. Sangat convenient. Folder Home Screen yang baru menawarkan cara baru pada group applications dan shortcut, hanya dengan drag ke tempat lain. Juga, dalam pelancar All Apps, anda kini boleh hanya drag sebuah aplikasi untuk mendapatkan maklumat mengenainya atau dengan serta-merta uninstallnya, atau disable aplikasi tersebut.

Suara dikesan dan diterjemah dalam teks
Voice Input engine yang POWERFUL.
Kelebihan lainnya, percakapan kita boleh direkodkan dan diterjemah ke bentuk teks selama mana anda bercakap. Ia juga boleh detect kesalahan perkataan yang disebut dengan mengunderline dengan warna gray.

Edit sesuka hati anda


Live Effects
To Photoholics
Dengan Android 4.0, user boleh mengfokuskan gambar secara auto kerana adanya built in focus dan juga stabilize function. Tools untuk mengedit gambar secara terus lebih banyak, dan perkongsian gambar menjadi mudah dengan hanya klik pada thumbnail gambar tersebut. Aplikasi yang paling fun untuk digunakan adalah Live Effects, adalah koleksi penjelmaan grafik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kesan seperti mata kecil, mulut besar, hidung besar, himpitan muka, dan banyak lagi pada rakaman imej atau video.

Face Unlock
Face Unlock
Untuk meningkatkan keselamatan phone, dalam Android 4.0 dilengkapkan dengan function face detection. Pengecaman wajah user akan dilakukan sebelum phone diunlockkan. Selain itu terdapat alternative lain untuk unlock phone, iaitu backup PIN atau pattern. Banyak lagi kelebihan yang ada pada Android 4.0 ini,dan bagi mengetahuinya kenalah membeli device yang dilengkapi dengan Android 4.0. Pasti anda teruja dengan kelebihannya nanti (^__^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...