Jun 22, 2013

Mengenali Komponen Dalaman Komputer

Definisi: Komponen Dalaman


Secara amnya komponen dalaman merupakan sebahagian daripada senibina komputer. Ia terlindung di dalam casing komputer, dan dikawal oleh sistem pengoperasian (OS). Untuk membina, mengupgrade atau membaiki sesebuah komputer, kita hendaklah mengenali dan mempelajari komponen-komponen yang digunakan.

Papan induk (Motherboard)

Merupakan 'jantung' kepada komputer. Ia mengandungi penyambung untuk melampirkan papan tambahan (juga dikenali sebagai expansion card). Biasanya, mengandungi CPU, BIOS, memori, antara muka storan massa, port bersiri dan selari, slot expansion, dan semua controller diperlukan untuk mengawal peranti periferal standard, seperti keyboard.


CPU (Central Processing Unit)

CPU adalah akronim untuk Cental Processing Unit. Ia adalah 'otak' kepada komputer. Pada mesin yang besar, CPU memerlukan satu atau lebih papan litar bercetak. Pada komputer peribadi dan stesen kerja kecil, CPU ini ditempatkan di dalam cip tunggal dipanggil mikropemproses. 


BIOS


Disebut “bye-ose” singkatan bagi input asas / output sistem. Ia dibina dalam perisian yang menentukan apa yang komputer boleh lakukan tanpa mengakses program dari cakera. Pada PC, BIOS mengandungi semua kod yang diperlukan untuk mengawal keyboard, memaparkan skrin, pemacu cakera, komunikasi siri dan beberapa fungsi yang pelbagai. Biasanya diletakkan di dalam cip ROM pada motherboard. Banyak PC moden mempunyai flash BIOS, yang bermaksud bahawa BIOS telah direkodkan pada cip flash memori yang boleh dikemaskini.


RAM


Disebut Ramm, singkatan untuk memori akses rawak. Merupakan komponen standard pada mana-mana peralatan elektronik, untuk penyimpanan data sementara. Malahan di dalam printer juga terdapat komponene RAM. Terdapat 2 jenis RAM iaitu :

i) Dynamic RAM (DRAM)
ii) RAM statik (SDRAM)
 

Kedua-dua jenis RAM adalah volatile, yang bermaksud bahawa mereka kehilangan kandungannya apabila kuasa dimatikan. 

Jun 16, 2013

Galaxy Note 8.0 Phablet Terbaik Samsung

Samsung melangkau pesaing-pesaingnya yang lain, dengan mengeluarkan saiz tablet yang berbeza dikenali

  Galaxy Note 8.0



Apakah perbezaan tablet Galaxy Note 8.0 selain saiznya 8 inci?

Ciri Pertama
Saiznya menyerupai saiz diari sebenar. Ini membuatkan pengguna kelihatan sofisikated dan elit, sesuai bagi mereka yang bekerja di ofis.

Ciri Kedua
Dilengkapi ciri Reading Mode dan S-Pen, membaca e-book lebih mudah dan seolah-olah seperti membaca buku sebenar. 

Ciri Ketiga
Ciri Multi Window dalam Galaxy Note 8.0 membolehkan dua aplikasi dijalankan serentak secara bersebelahan, memudahkan pengguna mengawal ia.

Ciri Ketiga
Dengan adanya S-Pen, membolehkan features seperti  Air View, Easy Clip, Capture dan Quick Command dijalankan. Menulis nota dan melukis menjadi senang dengan adanya S-Pen ini.

Ciri Keempat
Mengorganisasi memo,tugasan,mesyuarat dan sebagainya boleh dilaksanakan dengan mudah menggunakan aplikasi S Calendar. Malahan jika anda menulis menggunakan S-Pen, ia tetap boleh disimpan.


Tadi kita sudah lihat kelebihan dari segi ciri-cirinya.Sekarang tengok pula kelebihan spesifikasinya

Spesifikasi Pertama
Dilengkapi 1.6Ghz Quadcore Exynos dan 2Gb RAM menjadikan ia sebuah tablet yang berkuasa tinggi.

Spesifikasi Kedua
Keupayaan untuk menambah storan luaran sehingga 64Gb(SD Card) memberi tambah nilai pada Galaxy Note 8.0.

Spesifikasi Ketiga
Bluetooth 4.0 dan GPS+Glonass meningkatkan penghantaran dan penerimaan data dengan lebih pantas dan lebih baik.

Spesifikasi Keempat
Kuasa bateri 4600mAh memanjangkan kadar hayat penggunaan tablet Galaxy 8.0 sehinnga 14 Jam. Sangat menakjubkan.




Harga Pasaran: RM 1699



Jun 11, 2013

iOS7 terbaru daripada Apple


iOS7 telah secara rasmi diperlihatkan pada umum dengan menekankan pada moto 
"Simplicity,Clarity and Efficiency"

Antara perubahan-perubahan yang terdapat dalam iOS7 adalah:


  1. Design icon yang minimalis
  2. Imej yang detail dan crisp pada interfacenya
  3. Warna digunakan vivid dan strong
  4. Animasi menarik antara setiap interface
  5. Sudut pandangan mengikut arah pandangan pengguna
  6. Mempunyai Control Center untuk  mengawal semua setting
  7. Notifacation boleh dilihat tanpa perlu membuka lock screen
  8. Multitasking-running pelbagai aplikasi serentak
  9. Foto dirakam akan diorganise kan mengikut tarikh,masa dan tempat
  10. Membenarkan perkongsian/pernambahan gambar dengan orang lain di dalam album
  11. AirDrop- perkongsian pintar dengan rakan berhampiran anda
  12. Safari- laman-laman web disusun dalam bentuk tetingkat (stack)
  13. Siri dipertingkat kecekapan-boleh mengubah setting iOS7
  14. Channel radio dimasukkan dalam iTunes.
Dan banyak lagi features......


Lihat video launching iOS7 dibawah bagi memahami kelebihannya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...