Aug 12, 2025

BitCoin, Duit Digital Yang Bikin Goyang Dunia Kewangan


 

Bayangkan kalau duit tak lagi perlu dicetak, tak perlu dompet tebal dan tak ada "central bank" pun uruskan nilainya. Inilah dunia BitCoin, satu bentuk mata wang digital yang dicipta untuk ubah cara manusia faham tentang matawang. Sekarang nilai 1 BitCoin/ 1 BTC di pasaran sudah mencecah harga lebih USD $110,000. Kaya dan beruntung orang yang awal-awal simpan dan melabur BitCoin masa ia mula-mula diperkenalkan.


Siapa Pencipta BitCoin?

BitCoin dicipta oleh individu (atau kumpulan?) misteri bernama Satoshi Nakamoto pada tahun 2009. Sampai hari ni, identiti sebenar Satoshi masih jadi teka-teki πŸ€”

Tujuan ciptaan BitCoin cukup jelas:

✅ Menghapuskan kebergantungan pada bank dan kerajaan untuk kawal duit
✅ Wujudkan sistem transaksi peer-to-peer tanpa pihak tengah
✅ Lindungi pengguna daripada inflasi dan manipulasi matawang


Bagaimana Nak Dapatkan BitCoin?

Ada beberapa cara nak dapatkannya:

  1. Anda beli di platform exchange BitCoin – Contohnya Luno, Binance, atau Remitano

  2. Terima sebagai bayaran niaga – Kalau anda jual barang/khidmat, boleh minta pelanggan bayar guna BitCoin

  3. Mining (melombong) – Proses guna komputer canggih untuk sahkan transaksi dan jana BitCoin baru. Tapi ni perlukan tenaga elektrik tinggi dan kena tahu teknikalitinya.

Contoh tempat lombong BitCoin, penuh dengan kad grafik


Apa Kelebihan BitCoin Berbanding Duit Kertas?

➤ Lebih selamat – Transaksi direkod di blockchain, sukar digodam
➤ Tanpa sempadan – Hantar duit ke mana-mana negara tanpa tukar matawang
➤ Anti-inflasi – Jumlah BitCoin maksimum hanya 21 juta sahaja. Tak boleh dicetak sesuka hati macam duit kertas.
➤ Tiada pihak tengah – Tak perlu bank untuk transfer atau simpan
➤ Telus – Semua transaksi direkod dan boleh diperiksa oleh sesiapa sahaja


Adakah BitCoin Bakal Jadi Matawang Utama Dunia?

Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi realitinya:

✅ Semakin banyak syarikat besar terima BitCoin (Tesla, PayPal, dll)
✅ Negara seperti El Salvador dah jadikan BitCoin sebagai matawang sah
❌ Tapi ada juga cabaran – BitCoin masih volatil (ada turun naik), peraturan setiap kerajaan yang berbeza, dan ramai masih belum faham cara gunakan BitCoin


Bagaimana Nak Simpan, Beli dan Hantar BitCoin?

πŸ“² Dompet Digital (Crypto Wallet)
Contoh: Trust Wallet, MetaMask, Ledger (untuk versi fizikal)

πŸ›’ Beli BitCoin
Guna platform exchange (Luno, Binance, Coinbase). Boleh guna kad kredit/debit atau pindahan bank.

πŸ“€ Transfer BitCoin
Hanya perlu alamat dompet penerima (macam nombor akaun). Masukkan amaun, tekan hantar – settle!

Aplikasi Luno ada jual beli BitCoin

5 Contoh Transaksi Guna BitCoin

  1. Beli Tiket Kapal Terbang – Beberapa syarikat penerbangan dah mula terima BitCoin

  2. Beli barangan online – Contohnya beli barangan elektronik, pakaian, dan langganan servis VPN

  3. Bayar perkhidmatan freelance – Ramai pereka grafik, penulis, atau developer freelance terima bayaran guna BitCoin

  4. Derma kepada NGO – Beberapa badan amal seperti WikiMedia Foundation terima derma dalam BitCoin

  5. Bayar makanan/minuman – Restoran dan kafe tertentu di bandar besar dah mula guna BitCoin sebagai bayaran


Apa kaitan Blockchain dengan BitCoin?

Bayangkan buku besar digital yang mencatat semua transaksi BitCoin, dan semua orang boleh semak tapi tak boleh ubah.

Inilah teknologi Blockchain – sistem yang jadikan BitCoin transparan, terdesentralisasi, dan susah dimanipulasi. Kini teknologi ini juga digunakan dalam:

➤ Sistem pilihan raya digital

➤ Keselamatan dokumen

➤ Supply chain (jejak penghantaran barang)

➤ NFT dan Metaverse


Kesimpulan: BitCoin Bakal Matawang Utama Masa Hadapan?

BitCoin bukan sekadar matawang digital — ia satu revolusi kewangan. Walaupun masih ada cabaran seperti ketidakstabilan harga, isu keselamatan, dan regulasi kerajaan, tapi BitCoin telah membuka jalan untuk dunia yang lebih terbuka, bebas, dan pantas dari segi urusan kewangan.

Adakah BitCoin akan jadi pengganti duit kertas sepenuhnya? Belum pasti. Tapi satu perkara yang pasti — teknologi di sebalik BitCoin (blockchain) sudah pun mengubah dunia.


Tolong share post ini pada rakan-rakan! Sebab pengetahuan kewangan hari ini = kebebasan masa depan esok. Terima kasih kerana sudi baca post pasal BitCoin. Moga bermanfaat untuk anda semua.


Aug 2, 2025

Cip: Otak Elektronik Yang Boleh Berfikir?


Pernah tak anda terfikir macam mana telefon pintar, komputer, kereta elektrik, malah mesin basuh boleh "berfikir"? Rahsianya terletak pada satu benda kecil yang dipanggil
cip (chip) – teknologi halus namun rumit yang menggerakkan dunia moden kita sekarang.


Siapa Pencipta Teknologi Cip?

Teknologi cip mula diperkenalkan oleh Jack Kilby dari Texas Instruments pada tahun 1958, dan tak lama selepas itu, Robert Noyce dari Fairchild Semiconductor mengembangkan cip pertama yang boleh dikomersialkan. Kini mereka dianggap sebagai "bapa kepada cip moden". Hebat kan, teknologi zaman sekarang bermula dari idea mereka!


Kenapa Cip Dicipta?

Mudah saja – manusia nak cipta alat elektronik yang:

  • Lebih kecil

  • Lebih cepat

  • Lebih bijak

  • Kurang guna tenaga

Sebelum adanya cip, komputer adalah sebesar bilik! Sekarang, kuasa pemprosesan komputer boleh dimuatkan dalam jam tangan. Semua itu hasil daripada cip.


Siapa yang Buat Teknologi Cip Hari Ini?

Beberapa syarikat gergasi kini menjadi pengeluar cip utama dunia:

  • Intel (AS) – terkenal dengan cip komputer

  • TSMC (Taiwan) – pembuat cip terbesar di dunia!

  • Samsung (Korea Selatan) – bukan sekadar telefon, mereka juga pakar dalam cip

  • Qualcomm (AS) – pakar dalam cip untuk telefon bimbit

  • NVIDIA (AS) – popular dengan cip grafik (GPU)

  • SMIC (China) – pengeluar cip utama di China

Syarikat gergasi cip - TSMC (Taiwan)


Kenapa Semua Mahukan Teknologi Cip?

Sebab segala benda hari ini perlukan cip. Bukan setakat telefon atau komputer – malah kereta, peti sejuk, jam tangan, mesin ATM, kamera, drone, senjata ketenteraan… semuanya ada cip.

Cip adalah "otak elektronik" yang buatkan alat kita berfungsi. Tanpa cip, dunia moden akan lumpuh!


Adakah Susah Nak Bina Cip?

Ya, sangat susah! Bayangkan nak ukir berjuta-juta transistor (komponen kecil dalam cip) atas sekeping silikon sekecil kuku. Proses ini guna teknologi tinggi, bilik khas bebas habuk, mesin ultra-mahal dan tahap ketepatan luar biasa – lebih kecil dari sehelai rambut!

Malah, nak bina satu kilang cip canggih pun boleh cecah lebih USD 10 bilion!

Contoh proses pembuatan cip


Kenapa Amerika Larang China Dapatkan Cip Canggih?

Amerika risau cip canggih akan digunakan oleh China untuk:

  • Tujuan ketenteraan

  • Kecerdasan buatan (AI)

  • Persaingan ekonomi & teknologi

Jadi, AS mula sekat eksport teknologi cip tertentu ke China, termasuk mesin dan perisian yang digunakan untuk buat cip. Ia jadi satu bentuk "perang teknologi" antara dua kuasa besar dunia.

2 kuasa besar dunia berebut cip - AS vs China


Kesimpulan: Adakah Cip Teknologi Yang Sangat Penting?

Jawapannya: YA!

Cip adalah asas kepada hampir semua teknologi moden. Tanpa cip, tiada internet, tiada smartphone, tiada kereta elektrik – malah tiada teknologi AI seperti yang ada pada masa sekarang! Ia kecil, tapi kekuatannya besar. Dalam dunia hari ini, siapa kuasai cip, dia kuasai masa depan.

πŸ’‘ Fakta Menarik:

  • Cip hari ini boleh mengandungi lebih 10 bilion transistor dalam saiz yang lebih kecil dari syiling 10 sen!

  • Satu iPhone mempunyai lebih 10 jenis cip di dalamnya.


Terima kasih sudi baca post ini. Moga bertambah pengetahuan anda tentang dunia teknologi😊

Jul 29, 2025

10 Smartphone Midrange Bawah RM2000: Mana Paling Berbaloi 2025?

Tahun 2025 ni, tak perlu pun berbelanja besar untuk dapat smartphone yang laju, cantik, kamera mantap, dan bateri tahan lama. Dengan bajet bawah RM2000, anda dah boleh dapat telefon midrange (kelas pertengahan) yang hampir setanding flagship.

Berikut 10 model terbaik yang boleh anda pertimbangkan — semua ni terjual di pasaran Malaysia sehingga Julai 2025!


1. POCO F7 



πŸ’° Harga: ~RM1,599
πŸ“± Skrin: AMOLED 6.83" 1.5K, 120Hz
⚙️ Cip: Snapdragon 8s Gen 4
πŸ”‹ Bateri: 6,500mAh + pengecasan 90W + 22.5W pengecasan berbalik
πŸ›‘️ Sokongan OS: Android 15, jaminan kemaskini 3 tahun

Kenapa berbaloi:

  • Prestasi sangat laju – sesuai untuk gaming berat & multitasking

  • Paparan AMOLED yang smooth dan responsif

  • Pengecasan pantas – full charge hanya 37 minit

  • Reka bentuk ringkas tapi solid

  • Cip Snapdragon yang terkini di pasaran


2. Infinix NOTE 50 Pro+ 5G

πŸ’° Harga: ~RM1,699
πŸ“± Skrin: AMOLED 6.78", 144Hz
⚙️ Cip: Dimensity 8350 Ultimate
πŸ”‹ Bateri: 5,200mAh + pengecasan 100W + 50W pengecasan berbalik
πŸ›‘️ Sokongan OS: Android 15 (XOS 15)

Kenapa berbaloi:

  • Skrin 144Hz – paling laju dalam kelasnya

  • Cipset berkuasa untuk gaming dan video editing

  • Pengecas 100W – boleh full dalam masa singkat

  • Reka bentuk moden dengan sentuhan futuristik


3. Samsung Galaxy A56 5G



πŸ’° Harga: ~RM1,999
πŸ“± Skrin: Super AMOLED 6.5", 120Hz
⚙️ Cip: Exynos 1580
πŸ”‹ Bateri: 5,000mAh + pengecasan 45W
πŸ›‘️ Sokongan OS: 4 tahun Android + 5 tahun keselamatan

Kenapa berbaloi:

  • Sokongan jangka panjang terbaik dalam kelas midrange

  • Paparan terang dan cantik – khas Samsung

  • Rekaan premium, nipis dan selesa digenggam

  • Ada kalis air IP67 – lebih lasak dan selamat

  • Ada sokongan Samsung Pay dan Knox


4. Xiaomi 14T



πŸ’° Harga: ~RM1,899
πŸ“± Skrin: AMOLED 6.67", 144Hz
⚙️ Cip: Dimensity 8300 Ultra
πŸ”‹ Bateri: 5,000mAh + pengecasan 67W
πŸ›‘️ Sokongan OS: HyperOS 2 (Android 14)

Kenapa berbaloi:

  • Kamera Leica – hasil gambar tajam & penuh warna

  • Skrin besar dengan refresh rate tinggi untuk tontonan smooth

  • Prestasi multitasking hebat dan stabil

  • Rekaan elegan, sesuai untuk profesional muda


5. Realme 14 Pro 5G



πŸ’° Harga: ~RM1,499
πŸ“± Skrin: AMOLED 6.6", 120Hz
⚙️ Cip: MediaTek Dimensity 7300 Energy
πŸ”‹ Bateri: 6,000mAh + pengecasan 45W SUPERVOOC Charge
πŸ›‘️ Sokongan OS: Realme UI 6.0 (Android 15)

Kenapa berbaloi:

  • Kamera Sony IMX dengan hasil gambar sangat memuaskan

  • Reka bentuk nipis dan ringan – selesa dibawa

  • Paparan terang dan sesuai untuk video/content creator

  • Software ringan & pantas untuk kegunaan harian


6. Nothing Phone (3a) Pro


πŸ’° Harga: ~RM1,999
πŸ“± Skrin: AMOLED 6.77", 120Hz
⚙️ Cip: Snapdragon 7s Gen 3
πŸ”‹ Bateri: 5,000mAh + pengecasan 45W
πŸ›‘️ Sokongan OS: Nothing OS 3.0 (Android 15), 3 tahun Android + 6 tahun keselamatan

Kenapa berbaloi:

  • Reka bentuk unik dengan lampu Glyph Interface

  • Pengalaman Android hampir ‘stock’ – ringan & bersih

  • Audio stereo berkualiti tinggi

  • Sesuai untuk pengguna yang mahu tampil berbeza

  • Ada kamera periskop, zoom 3X optical


7. Honor 400



πŸ’° Harga: ~RM1,899
πŸ“± Skrin: OLED 6.78", 120Hz
⚙️ Cip: Snapdragon 7 Gen 3
πŸ”‹ Bateri: 6,000mAh + pengecasan 80W HONOR SuperCharge
πŸ›‘️ Sokongan OS: MagicOS 9 (Android 15)

Kenapa berbaloi:

  • Bateri besar tahan lebih dari sehari penuh

  • Paparan OLED sangat cantik untuk menonton filem

  • Kamera berkualiti dengan AI enhancement

  • Reka bentuk moden, sesuai semua peringkat umur


8. Redmi Note 14 Pro+ 5G


πŸ’° Harga: ~RM1,499
πŸ“± Skrin: AMOLED 6.67", 120Hz
⚙️ Cip: Snapdragon 7s Gen 3
πŸ”‹ Bateri: 5,110mAh + pengecasan 120W HyperCharge
πŸ›‘️ Sokongan OS: HyperOS (Android 14)

Kenapa berbaloi:

  • Kamera utama 200MP – gambar ultra tajam

  • Pengecasan 120W – antara paling laju di pasaran

  • Reka bentuk tahan lasak (pakai Corning® Gorilla® Glass Victus® 2) dan skring lengkung premium

  • Paparan terang sesuai untuk outdoor


9. iQOO Neo 10


πŸ’° Harga: ~RM1,999
πŸ“± Skrin: AMOLED 6.78″ 1.5K, 144 Hz
⚙️ Cip: Snapdragon 8s Gen 4
πŸ”‹ Bateri: 7,000mAh + pengecasan 120W FlashCharge + 
pengecasan bypass

πŸ›‘️ Sokongan OS: FuntouchOS 15 (Android 15), jaminan 3 tahun Android

✨ Kenapa berbaloi:

  • Skrin cerah & refresh rate bisul 144 Hz

  • Harga sangat kompetitif untuk spesifikasi padu

  • Camera 50 MP yang stabil, penuh ciri gaming

  • Cip flagship Snapdragon generasi terkini

  • Bateri besar 7,000 mAh + cas pantas 120W


10. Vivo V50


πŸ’° Harga: ~RM1,899
πŸ“± Skrin: AMOLED 6.77″ FHD+, 120 Hz
⚙️ Cip: Snapdragon 7 Gen 3
πŸ”‹ Bateri: 6,000mAh + pengecasan 90W FlashCharge

πŸ›‘️ Sokongan OS: FuntouchOS 15 (Android 15), sokongan 3 tahun Android + 4 tahun patch keselamatan

✨ Kenapa berbaloi:

  • Bateri besar 6,000 mAh + cas super 90W

  • Sokongan software jangka panjang oleh Vivo

  • Tahan air/habuk sampai IP69 – lasak & yakin bila guna

  • Skrin HDR10+ 120 Hz cerah & tajam

  • Dua kamera ZEISS 50 MP belakang & depan

 

🎯Kesimpulan

Tak kisah anda seorang gamer, content creator, kaki media sosial atau hanya nak telefon yang tahan lama – pasti ada smartphone midrange bawah RM2000 yang sesuai untuk anda.

πŸ’‘ Kalau anda:

  • Nak gaming: IQOO Neo10, POCO F7, Infinix NOTE 50 Pro+ 5G

  • Nak kamera power: Redmi Note 14 Pro+, Xiaomi 14T, Vivo V50

  • Nak sokongan jangka hayat panjang: Samsung A56

  • Nak gaya unik dan berbeza: Nothing Phone (3a) Pro

  • Nak bateri mega: IQOO Neo10, Poco F7, Honor 400, Realme 14 Pro 5G,Vivo V50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...