Feb 25, 2016

Install Google Launcer pada smartphones Xiaomi




  1. Buka Google Play Store, kemudian install Google Search app.

  2. Install pula Google Now Launcher

  3. Selepas sudah install Google Now Launcher, terus reboot smartphones anda.

  4. Apabila smartphones sudah on, pergi ke Setting (icon gear).

  5. Scroll down sampai jumpa Installed Apps.

  6. Klik ikon Default di bawah sekali, kemudian pilih Google Launcer sebagai default launcher.

  7. Kembali ke Home, dan hasilnya interface smartphones Xiaomi kini macam stock launcher Android.


Feb 16, 2016

Tips- Fungsi Tombol Keyboard Windows


1. Kalau anda mahu meninggalkan meja sebentar, anda boleh menekan tombol Windows dan tekan L, dengan automatiknya layar anda akan terkunci dengan sendirinya. Tidak perlu risau ada yang menyalahgunakan komputer anda.

2. Ketika mahu cari dokumen, semua orang biasanya akan membuka "My Computer". Lagi mudah jika menekan tombol windows+E, dan anda akan langsung masuk ke PC Manager.

3. Bos anda datang ketika anda main game! Bagaimana? Jangan gelabah! Tekan windows+D, anda akan langsung masuk ke dekstop!

4. Ini helah paling hebat, tekan windows +tab, layar anda akan terganti menjadi 3D.

5. Alat perakam di dalam Windows. Tekan saja windows+R dan taip psr.exe, setelah itu anda boleh langsung terus membuat rakaman.

6. Windows +R dan taipkan osk, akan muncul virtual keyboard!

7. Gambar / tulisan di layar terlalu kecil, tekan windows ditambah "+" atau"-" ,dan kaca pembesar akan muncul di layar, anda boleh memperbesar atau memperkecil gambar di layar!

8. Kita akan membuka banyak halaman(pages) di browser bila melayari Internet. Dengan ctrl+Tab, anda boleh menukar halaman di browser. Dan tekan ctrl+w, anda boleh langsung menutup halaman yang sedang dibuka.

9. Ctrl+Esc munculkan layar Start

10. Alt+Space+C menutup halaman yang sedang dibuka.

Semoga Bermanfaat.


Nov 18, 2015

30 Perkara Yang Boleh Smartphone Lakukan


Smartphones atau telefon pintar kini adalah segala-galanya. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Tanpanya kehidupan seseorang itu tidak lengkap, seolah-olah seperti pasangan kekasih yang sedang bercinta, sentiasa ingin berdamping dan bersua muka.

Tontoni video ini untuk melihat kesan penggunaan smartphones dalam kehidupan kita:-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...