Oct 15, 2015
Imej Misi Apollo Boleh Dicapai Online
Bagi mereka yang berminat dengan bidang luar angkasa atau ingin menjadi angkasawan, anda pasti teruja bila melihat imej misi kapal angkasa Apollo sebanyak 13,000 yang kini boleh dicapai online melalui akaun flickr yang dikendali oleh Kipp Teague yang ditugaskan untuk projek " Project Apollo Archive".
Sebelum ini, agensi angkasa Amerika, NASA tidak dapat mempamerkan imej sepanjang misi 4-5 tahun Apollo termasuk imej popular penjejakan pertama angkasawan Neil Armstrong di bulan kerana kekangan bajet. Kipp Teague telah mengambil inisiatif dengan memuat naik semua imej termasuk yang telah diedit dan original.
Imej-imej tersebut boleh dilihat pada account flickr mengikut album turutan misi atau photostream projek apollo archive.
Sumber: Neowin.net
Imej oleh NASA
Oct 12, 2015
Oct 2, 2015
5 Smartphones Android Terbaik Untuk Anda
Samsung Galaxy Note 5
Smartphones unggul dengan Pen S, resolusi QHD dengan Super AMOLED, ciri multitasking yang sempurna, kualiti imej terjamin sangat cantik berserta penggunaan jangka hayat bateri yang lama.Kelemahan
- Harga yang mahal
- Binaan kaca tidak menjamin ketahanan seperti binaan aluminium
Samsung Galaxy S6
Satu lagi smartphones terbaik daripada Samsung. Menggunakan dua gabungan binaan iaitu aluminium dan kaca telah menghasilkan satu rekabentuk terbaik dalam kelasnya. Kameranya menghasilkan kualiti imej yang setanding iPhone, serta fingerprint scannernya yang sangat pantas.
Kelemahan
- Jangka hayat bateri yang sederhana sahaja
- Binaan kaca dibelakang badannya yang mudah tergelincir dari genggaman
LG G4
Merupakan rekaan unggul daripada LG, ia dilengkapi dengan kawalan manual kamera yang menyerupai DLSR, lebih pantas, serta memiliki kemasan kulit di bahagian belakangnya. Sesuai untuk mereka yang bergaya dan uptrend.
Subscribe to:
Posts (Atom)