Nov 24, 2014
PC bersaiz thumbdrive?
Terkejut? Ya, PC pada masa akan datang akan bersaiz thumbdrive. Inovasi ini dihasilkan oleh Intel yang merancang menghasilkan PC bersaiz thumbdrive pada tahun hadapan. Kirk Skaugen, senior vice president Intel berkata PC 'thumbdrive' akan beroperasi secara automatik pada smart TV atau monitor bila dicucuk pada bahagian slotnya.
Sebagaimana diketahui PC memerlukan storan untuk menyimpan data. Namun PC 'thumbdrive' ini akan menggunakan storan awan sebagai tempat penyimpanan data. Sambungan Wifi dan Bluetooth juga merupakan ciri yang perlu ada dalam PC 'thumbdrive' ini.
Untuk bahagian CPU pula, Intel boleh menggunakan Intel Atom sebagai cip pemprosesan kerana ia bersaiz kecil dan sesuai diletakkan dalam PC 'thumbdrive'. Kirk Skaugen menjangkakan PC 'thumbdrive' akan laku terjual di pasaran. Sama-sama kita nantikan kemunculan teknologi PC 'thumbdrive' pada tahun 2015.
Sumber: Computerworld
Nov 12, 2014
Drone,Quadcopter atau Hexicopter? Kegilaan Gajet terbaru
Apakah itu Dron, quadcopter Dan hexicopter ni? Mungkin ada pembaca yang tahu istilah ni, Dan mungkin ada yang masih samar-samar. Ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada gajet yg cara kawalannya seperti helikopter kawalan jauh namun secara fizikalnya berlainan sedikit.
Quadcopter kini menjadi kegilaan ramai di luar negara namun permainan ini masih baru di Malaysia. Kebanyakkan pemain adalah di kalangan mereka yg terlibat dalam bidang fotografi dan belajar bidang penerbangan. Ini disebabkan dron dilengkapi dengan kamera untuk menangkap shot secara pandangan 'bird-eye'.
Apa perbezaan antara helicopter dan quadcopter?? Dari segi bilah, seperti yg diketahui helicopter menggunakan 1 bilah, namun untuk quadcopter is menggunakan 4 bilah. Tambah menarik lagi ialah, 2 bilah kipas memutarkan mengikut arah jam manakala 2 bilah yang lain berputar melawan arah jam. Ini membolehkan kawalan terbang yang lebih fleksibel (boleh terbang secara vertikal dan horizontal).
Sep 12, 2014
Apple Watch,Jam Digital Edisi Apple Bakal Dilancarkan 2015
Tim Cook, CEO Apple Incorporated dengan bangganya memperkenalkan jam digital edisi Apple yang diberi nama Apple Watch. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai jam digital yang mengfokuskan kepada ciri-ciri kesihatan dan kecergasan, malahan ketelitian pembinaan dan ketepan masa juga diambil kira. Apa yang membezakan Apple Watch dengan pesaingnya ialah ia menggunakan 'Digital Crown' untuk membolehkan kawalan mekanik terhadap sistem jam seperti scroll, zoom, dan navigate tanpa perlu menyentuh skrin.
Apple Watch mempunyai 6 rekaan tali yang berbeza dan dua saiz (38mm dan 42mm) serta 3 kemasan yang berbeza, dan ia pengecasan bateri menggunakan wayarles yang melekat secara kukuh pada bahagian bawahnya.
3 pilihan rekabentuk Apple Watch |
Siri pembantu digital Apple dipasang bagi membantu menjalankan aplikasi peta dan gambar pada Apple Watch. Aplikasi Fitness dan Workout pula akan berfungsi mengumpul data biometrik (denyutan jantung,larian, menaiki tangga) setiap hari pengguna Apple Watch dan ia secara tidak langsung menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.
Terdapat juga aplikasi WatchKit bagi menukarkan antaramuka jam untuk menjadikan ia lebih personal untuk pengguna Apple Watch. Selain itu ciri-ciri menarik jam Apple ini ialah remote Apple TV, fungsi walkie talkie, menjalankan fungsi Apple Pay dan keupayaan untuk berfungsi sebagai remote viewfinder untuk kamera iPhone. Untuk sesiapa berminat membeli Apple Watch ini harga permulaannya ialah USD$ 349 dan ia boleh dibeli pada awal tahun 2015 melalui Apple Store.
Labels:
Apple,
Design,
Gadjet,
Technology
Subscribe to:
Posts (Atom)