Motorola telah memperkenalkan generasi baru bagi smartphones mereka iaitu Moto G dan Moto X. Tekaan awal mengatakan generasi baru ini menggunakan nama berbeza namun Motorola masih mengekalkan nama lama namun prestasi dan spesifikasi telah dipertingkatkan. Apakah perubahan tersebut? Blog iamluvit akan mengulas untuk pembaca.
Moto G
Skrin
Moto G telah diperbesarkan kepada 5" namun masih mengekalkan resolusi 1280X760. Ini menghasilkan 292dpi.
Speaker
Kini kedudukan speaker diubah ke hadapan dengan kualiti stereo, bermakna audionya lagi bertambah baik.
Kamera
Kamera belakang kini 8Mp berbanding dengan 5Mp pada model lama. Manakala kamera hadapan telah menjadi 2Mp
OS Android
Moto G generasi baru telah sedia dibekalkan dengan OS Android paling terkini iaitu Android Kitkat 4.4.4
Storan
Secara official dari website Motorola, hanya terdapat 8GB storan pada Moto G tetapi kini disertakan slot micro SD untuk penambahan data.
Samsung telah melancarkan beberapa produk terkini pada acara IFA 2014 untuk menarik pengguna ke arah memiliki produk mereka. Antara produk terkini dan semestinya lebih canggih ialah Samsung Galaxy Note 4, Samsung Galaxy Note Edge, Samsung Gear VR, Samsung Gear S, Samsung Galaxy Tab Active dan Samsung Multifunction Printer Smart MultiXpress. Mari kini kenali satu persatu produk baru Samsung ini.
Samsung Galaxy Note 4
- Merupakan generasi ke-4 untuk model Galaxy Note
- Menggunakan rekaan berasaskan logam
- Skrin berukuran 5.7" dan boleh memaparkan display 2K
- Skrin Super AMOLED Quad HD ( 2560×1440 pixel,)
- Storan bermula 32GB dengan sokongan kad memori
- Warna pilihan hitam, putih, emas, dan juga merah jambu.
- Kamera dipertingkat ke 16 Megapixel
- Fungsi window multitasking boleh ubah laras(fullscreen,popup,split dan icon)
- Dilengkapi sensor denyutan jantung dan OIS(Optical Image Stabilization)
- Fungsi Wide Selfie( gambar grop selfie ditangkap dalam bentuk panorama)
- Pengecasan pantas (30 minit boleh mengecas 50% bateri)
- Antaramuka TouchWiz terbaru, yang lebih kemas dan ringkas
- Rakaman suara lebih jelas dengan adanya noise cancelation
Samsung Galaxy Note Edge
- Smartphone Samsung pertama dengan skrin melengkung di tepi
- Pilihan alternatif dalam keluarga Galaxy Note
- Saiz 5.6" Super AMOLED Quad HD
- Notifikasi boleh dipaparkan pada tepi skrin melengkung
- Ekslusif untuk pasaran tertentu
- Kamera belakang 16-megapixel OIS, dan kamera hadapan 3.7-megapixel.
 |
Candy Crush Saga |
Kepada pengemar Permainan Candy Crush, ada berita baik untuk anda. Permainan Candy Crush meneruskan legasinya dengan menerbitkan seqeul terbarunya dinamakan Candy Crush Saga.
Perbezaannya pada kali ini adalah minuman bergas yang berkenaan memberi kesan kepada permainan anda, kerana ia menyebabkan gula-gula akan terapung dan bukannya jatuh ke bawah seperti sebelumnya. Kepada mereka yang sudah habis bermain Candy Crush, boleh cuba untuk mendowload di aplikasi Google Play Candy Crush Saga ini. Selamat bermain!