Apr 17, 2014

Luaskan Carian di Internet?

Kebanyakkan pengguna internet mencari info atau maklumat di internet menggunakan enjin carian (search engine) Google sahaja, namun sebenarnya pengguna boleh meluaskan lagi skop carian. Terdapat pelbagai lagi enjin boleh yang boleh memaparkan hasil carian yang setanding dengan Google, malahan mungkin lebih baik. IAMLUVIT menyenaraikan beberapa enjin carian boleh dicuba, antaranya:-

Yahoo!


Yahoo! merupakan saingan kuat kepada Google pada masa dahulu, namun ketinggalan jauh dengan pesaingnya pada masa sekarang. Walaubagaimanapun ia masih merupakan enjin carian yang baik.


Bing


Dibangunkan oleh Microsoft, enjin carian Bing semakin meningkat prestasinya dalam membuat carian di internet. Sebelum ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Live Search, Windows Live Search dan MSN Search.


Ask.com



Enjin carian Ask.com @ Ask mengaplikasikan algoritma carian berasaskan pertanyaan. Dibangunkan pada 1996 oleh Garret Gruener dan David Warthen di Berkeley, California.


Apr 16, 2014

Google Membeli Aset Terbaru: DRON


Google Inc menambah aset mereka dengan membeli teknologi dron daripada sebuah syarikat dron Titan Aerospace. Syarikat yang berpengkalan di New Mexico, US merupakan pembangun dron berasaskan kuasa solar. Sebelum ini Facebook cuba membeli syarikat ini pada nilai tawaran USD$60 juta, namun tidak dimuktamadkan pembeliannya. Biasanya dikenali sebagai dron,ia merupakan sebuah kenderaan tanpa pemandu udara (UAV),  lebih senang difahami ia adalah pesawat tanpa juruterbang manusia. Penerbangan dikawal sama ada secara autonomi oleh komputer atau dengan kawalan jauh juruterbang di daratan atau di dalam kenderaan lain.

        Menurut penganalisis, motif pembelian dron ini adalah membantu pihak Google memetakan permukaan bumi untuk diaplikasikan dalam Google Earth dan Google Maps. Motif lain pula dipercayai untuk membantu dalam pembangunan Project Loon (projek perkongsian internet menggunakan belon). Nampaknya Google ingin menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dan maju dalam teknologi berbanding pesaing-pesaingnya yang lain disamping menyumbang kepada pengguna secara amnya.




Sumber: Business Insider

Apr 15, 2014

RIP Windows XP



Pada hari Selasa 8hb April 2014 secara rasminya Microsoft Inc telah menamatkan sokongan terhadap sistem operasi Windows XP yang suatu ketika dahulu merupakan perisian OS yang telah menyelamatkan Microsoft daripada kegagalan OS terdahulu, Windows 2000 dan ME. 


        Dilancarkan pada 25 October 2001 ia telah menjadi produk Microsoft yang terlaris dalam pasaran OS. Ini disebabkan cirinya yang stabil dan pantas. Dengan sokongan teknikal yang sentiasa mengemaskini patch Windows XP, ia merupakan OS yang jarang diserang pengodam dan virus. Windows XP ditawarkan dengan pelbagai versi seperti Home Edition, Professional, Windows XP 64-bit Edition, Windows XP Media Center Edition dan Windows XP Tablet PC Edition. 

Windows XP loading
Windows XP startup

     Sebagai mengimbau nostalgia Windows XP, Microsoft mencipta permainan Escape from XP ini bagi mengubat rindu pengguna-pengguna XP.

      
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...