Feb 2, 2014

Kenapa Google jual Motorola kepada Lenovo?Kenapa?




Masih ramai yang terkejut dengan penjualan Motorola Mobility kepada Lenovo oleh Google. Dinyatakan nilai jualan tersebut adalah $2.91 Billion oleh CEO Google, Larry Page. Namun langkah penjualan ini menimbulkan tanda tanya kepada semua orang. Bagi meleraikan kekusutan ini, Larry Page tampil memperjelaskannya.

Antara sebab-sebab penjualan seperti dinyatakan beliau:


  1. Google telah berjaya menetapkan standard smartphones dengan menghasilkan Moto X dan Moto G. Dengan itu, Google telah menggalakan industri mencipta smartphones yang disukai pengguna, bukannya hanya untuk untung semata-mata.
  2. Suasana pasaran smartphones sangat cepat dalam pengeluaran model baru, oleh yang demikian elok diserahkan kepada Lenovo yang lebih mengfokuskan pada penghasilan smartphones.
  3. Dengan penjualan aset Motorola, Google boleh mengfokuskan semula terhadap ekosistem pembangunan Android.
  4. Pencapaian Lenovo dalam industri dan jaminan Motorola kekal sebagai identitinya membolehkan Google mencapai kata putus untuk menjual Motorola kepada Lenovo.
Diharapkan dengan penjelasan ini, pengguna Moto X dan Moto G tidak perlu risau mengenai survival jenama smartphones Motorola.


Sumber: Google

Feb 1, 2014

Seleksi warna baru Galaxy Note 3




Buat pengguna setia Samsung Galaxy Note 3, anda kini boleh memilih seleksi warna baru Note 3 yang baru dilancarkan oleh Samsung Inc. Sempena tahun baru Cina ini, Note 3 boleh didapati dalam 3 pilihan warna baru iaitu Merlot Red (warna merah), Rose Gold Black (pink gold+hitam) dan Rose Gold White (pink gold+putih). Spesifikasi masa sama, cuma back cover dan sisi tepi diubah warna (kecuali Merlot Red warna standard).

    Setiap pilihan warna ini didatangkan sekali dengan pen stylus mengikut warna pilihan. Pada pandangan admin iamluvIT, warna Rose Gold Black paling sesuai untuk pengguna lelaki berbanding dengan dua warna yang lain. Namun ia terpulang pada selera masing-masing. 

Note 3 Merlot Red dengan pen stylus

Note 3 Merlot Red

Note 3 Rose Gold Black

Note 3 Rose Gold White 

Jan 20, 2014

Bercakap pelbagai bahasa dengan Bing Translator



Microsoft menawarkan ekspremintal baru ke dalam enjin carian mereka, Bing dengan mengimplementasikan aplikasi Bing Translator. Ia membolehkan pengguna memasukkan input carian dalam bentuk suara dan akan diterjemahkan secara automatik kepada bahasa yang dipilih. Malahan input carian boleh dimasukkan dengan hanya menangkap imej tulisan tersebut, dan Bing Translator akan menterjemahkan. Tambah menarik ia juga boleh berfungsi walaupun tiada sambungan internet. Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna Windows 8.1 dan Windows Phone.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...