Oct 30, 2013

Android Konsol,Pilihan Alternatif Game Konsol

Anda sudah terbiasa dengan bermain konsol X-Box dan Playstation, namun pernahkah anda cuba konsol permainan menggunakan Android sebagai platform?

Berikut merupakan pilihan konsol Andoid yang anda boleh cuba


Green Throttle

Green throttle menawarkan controller yang boleh mengawal game pada platform Android dengan mengaktifkan Bluetooth pada smartphones anda.


Nvidia Shield

5inci, 720p touchscreen, Quad Core, Jelly Bean OS  pada Nvidia Shield menawarkan pilihan sempurna kepada kaki gamers. Disertakan dengan sambungan WiFi, pengguna boleh melayari internet pada browsernya.



Ouya 

Ouya konsol permainan yang dikuasai oleh Android, yang direka oleh Yves Behar, di mana terdapat permainan percuma untuk dicuba.




Game Stick

Seperti Chromecast Google tetapi khusus untuk permainan, hanya palamkan GameStick ke port HDMI TV anda dan terus bermain. Ia juga datang dengan pad kawalan Bluetooth.





Apple iPhone 5S Review Info




Berkelajuan Tinggi

Merupakan smartphone pertama yang menggunakan senibina 64-bit dan dikuasakan dengan cip pemprosessan Apple terkini, A7 Quad Core menjadikannya ia sebuah smartphones terbaik dari segi kelajuan pemprosesan. Malahan keupayaannya mungkin lebih dari itu jika pembangun-pembangun aplikasi dapat menghasilkan perisian berteraskan 64-bit ini.






Cap jari Sebagai Akses

Butang Home yang menggunakan logam metal berserta sensor, membolehkan pengguna iPhone 5S membuka sistem iPhone dan juga sebagai medium pengesahan jual beri di Internet. Satu lagi inovatif Apple yang terbaik mereka hasilkan.




Slow Motion Efek

Pengerakan sesuatu objek ditangkap dalam 120fps, dan kemudian dimainkan pada kadar 30fps menghasilkan kesan slow motion (gerak perlahan). Cuba berkreatif dengan efek ini untuk menghasilkan video yang gempak.



Ikut Mata Anda

Apabila anda mengalihkan pengerakan iPhone 5S ke condong kiri atau kanan, aplikasi pada skrin tetap statik pada sudut pandangan anda berada.






2 LED Flash

Dengan adanya 2 LED flash, meningkatkan kualiti imej yang ditangkap. Bagaimana? Sensor kamera akan menghantar signal kepada 2 LED flash ini untuk menghasilkan cahaya yang bersesuaian dengan persekitaran gambar tersebut.




Harga Jualan bagi iPhone 5S di Malaysia

Oct 29, 2013

Nokia 515 Secondphone Terbaik


Apabila anda ada iPhone,Galaxy Note, S4 ditangan namun sudah kehabisan bateri, almaklumlah itu adalah kelemahan utama smartphones, namun dengan adanya secondphone seperti Nokia 515 perkara itu boleh diatasi. Nokia 515 bukan sebarang telefon yang hanya boleh membuat panggilan dan menghantar teks, malah ia lebih dari itu. Ia sangat berbeza, casingnya diperbuat daripada material aluminium dan skrinnya ialah jenis Gorilla 2 Glass . Ketahanan baterinya sangat menggagumkan, ia dapat bertahan selama 38 hari dalam mod standby. Spesfikasi lainnya adalah memiliki 5 Megapixel kamera dengan LED, kualiti suara HD, sambungan 3.5G, aplikasi Facebook,Twitter dan Mail for Exchange. 



Nokia 515 juga dilengkapi aplikasi gambar yang baik di mana ia boleh menangkap gambar dalam bentuk panorama dan kawalan suara untuk menangkap gambar potret. Harga jualan RM 499 diletakkan pada Nokia 515, dan ditawarkan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih sahaja. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...