Oct 28, 2013
Blackberry Messenger (BBM) untuk SEMUA
Blackberry Messenger (BBM) kini telah melangkau platform OS lain, dengan membenarkan pengguna Android dan iOS mengdownload aplikasinya. Pengguna hanya perlu mendaftar akaun BB untuk mendapatkan ID dan kata laluan bagi menggunakannya. Akaun BB seperti sedia maklum sangat fleksibel dan boleh diakses oleh pelbagai peranti berasakan Blackberry.
Untuk menambah 'friends', hanya dengan mengimbas kod bar BBM, menaip PIN BBM, atau dengan memilih kenalan pada peranti anda. Anda juga boleh mengakses rangkaian sosial Facebook,Twitter untuk mencari dan menjemput kenalan BBM.
BBM ni Free ker?
Ya. BBM adalah percuma untuk dimuat turun. PERCUMA. Seperti kebanyakan aplikasi, BBM hanya memerlukan akses kepada Internet sama ada Wi-Fi atau pelan Internet anda.
Nak add icon,avatar,smiley ada tak?
Icon,avatar,smiley, animasi disokong dalam BBM. Anda pasti suka ianya.
Boleh hantar mesej kepada orang tertentu?
Mesti boleh, tulis mesej anda dan seterusnya pilih kenalan anda.
Ermm, nak try dowload la,macam best.
Ok, untuk telefon Android klik link ni; Android BBM, dan untuk iOS boleh klik sini; iOS BBM.
Oct 24, 2013
iOS 7 dibina menggunakan Microsoft Word?
Percayakah kan anda yang antaramuka (interface) iOS 7 dibina menggunakan Microsoft Word sahaja? Sama ada anda percaya atau tidak, jom tengok video yang dihasilkan oleh Vaclac Krejci
Oct 22, 2013
iPhone 5s vs S4 vs HTC One : Mana Bagus?
![]() |
3 pilihan terbaik |
Sini ada jawapannya.
Smartphone
|
Sistem Pengoperasian
|
|
Skrin
|
|
Resolusi
|
|
Berat
|
Saiz
|
iPhone 5
|
iOS 7
|
4.0-inch LCD
|
1136×640
pixels
|
112g
|
123.8 x 58.6 x 7.6 (mm)
|
|||
Samsung S4
|
Android 4.2 with TouchWiz UI
|
5.0-inch
Super
AMOLED
|
1080×1920
pixels
|
130g
|
136.6 x 69.8 x 7.9 (mm)
|
|||
HTC One
|
Android 4.1.2 with Sense UI 5
|
4.7-inch LCD
|
1080×1920
pixels
|
143g
|
137.4 x 68.2 x 9.3 (mm)
|
|||
Pemenang
|
iPhone 5 kerana menawarkan perisian terbaru
|
S4 kerana skrin yang luas berbanding pesaing lain
|
iPhone 5 kerana resolusi yang tinggi menajamkan lagi imej
|
iPhone 5 kerana lebih ringan untuk dibawa
|
HTC One kerana dimensi saiz yang lebih besar diminati pengguna kini.
|
Smartphone
|
Storan
|
|
Pemprosesan CPU
|
|
RAM
|
|
Kamera
|
Battery
|
iPhone 5
|
16/32/64GB
tanpa slot SD
|
64-bit A7 chip
|
1GB
|
Depan 1.2MP, Belakang 8MP
|
1560 mAh
|
|||
Samsung S4
|
16/32/64GB dengan SD slot
|
Quad-core Snapdragon 600
|
2GB
|
Depan 1.9MP, Belakang 13MP
|
2600mAh
|
|||
HTC One
|
32/64GB tanpa slot SD
|
Quad-core Snapdragon 600
|
2GB
|
Depan 2.1MP, Belakang 4UltraPixels
|
2300mAh
|
|||
Pemenang
|
S4 kerana menawarkan pilihan storan dengan tambahan memori SD
|
iPhone 5 kerana chip 64-bit sememangnya pantas
|
S4 dan HTC One berkongsi sebagai pemenang
|
HTC One kerana menjanjikan kualiti imej yang lebih baik
berbanding pesaingnya
|
S4 kerana mempunyai kadar kuasa bateri tinggi yang meningkatkan
kadar hanya penggunaannya
|
Kiraan
mata:
Smartphone
|
Mata terkumpul
|
iPhone 5
|
4
|
Samsung Galaxy S4
|
4
|
HTC One
|
3
|
Rumusan:
Hasil perbandingan spesifikasi antara iPhone 5s, S4 dan HTC One menunjukkan yang iPhone 5s dan S4 merupakan pilihan terbaik berbanding HTC One. Namun terpulang kepada anda sebagai pengguna untuk memilih mana satu pilihan utama anda. Jika ada bajet tinggi, beli salah satu smartphones di atas amatlah berbaloi. Tepuk dada, tanya poket anda. Alah membeli menang memakai.
Labels:
Apple,
Gadjet,
Smartphones,
Technology,
Tips
Subscribe to:
Posts (Atom)