Oct 11, 2013

Black Friday untuk Google Malaysia


Hari ini 11 Oktober adalah hari malang bagi Google Malaysia kerana telah di hack oleh sekumpulan hackers yang menggelarkan diri merka sebagai Team Madleets. Kumpulan ini dipercayai hackers dari negara Pakistan, namun tidak dapat disahkan. Motif mereka menceroboh laman web Google Malaysia masih tidak diketahui, mungkin untuk menguji skil atau sistem keselamatan laman web Google Malaysia. Walau apa pun sebab mereka, diharapkan pihak Google Malaysia dapat mengatasi masalah ini.


p/s: Hacker Malaysia tak nak serang balik ker?he2

Oct 4, 2013

Antaramuka baru Google Chrome menarik!




Anda mungkin perasan sesuatu pada web browser Google Chrome anda. Ya, Google telah menambaik Google Chrome dengan ciri-ciri baru dan menarik (sila lihat gambar di atas). Tujuan Google berbuat demikian supaya pengguna Google mengawal aplikasi dan produk berteraskan Google pada Google Chrome. 

Pintasan semua aplikasi Google di sini.
 Ikon 9 kotak kecik tersebut merupakan menu pintasan bagi aplikasi-aplikasi Google. Anda boleh menjalankan aplikasi dengan mengklik icon aplikasi tersebut. Namun terdapat limitasi, kerana ada aplikasi yang bergantung kepada kawasan geografi. Sebagai contoh, Google Wallet  belum disokong penggunaan di Malaysia. 



Aplikasi-aplikasi lain yang ditawarkan Google

Contoh web sering dikunjungi
Penambahan lain yang dilakukan Google adalah jika anda membuka Tab baru, Google Chrome akan menyediakan pintasan ikon laman web yang selalu anda kunjungi. Sebanyak 8 laman web akan dipaparkan. Ciri ini amat menyenangkan pengguna Google Chrome.



Dan bukan itu sahaja, Google telah berusaha mengintergrasikan sebuah aplikasi desktop dipanggil Chrome App Launcher. Aplikasi ini akan menyediakan pintasan pada komputer anda untuk menghubungkan dengan aplikasi-aplikasi Google. Chrome App Launcher boleh dipasang dengan memuat turun pada Chrome Web Store.

Info tentang Chrome App Launcher

Hasil paparan pada dekstop Chrome App Launcher

Carian menggunakan Chrome App Launcher
Cubalah memasang aplikasi Chrome App Launcher ini, dan kesannya anda lebih efisien dalam mengunakan aplikasi-aplikasi keluaran Google.

Sep 8, 2013

Beli Melalui Internet: Apa Kelebihan,Apa Keburukan?


Teknologi internet memudahkan kita manusia menjalani kehidupan. Segalanya menjadi pantas dan senang. Pengguna internet kini lebih suka membeli barang atau menjalankan apa-apa trasaksi di atas talian (online). Ini disebabkan ia cepat dan boleh dilakukan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian Internet. Namun setiap teknologi itu jika disalah guna ia akan membawa kemudaratan semula kepada pengguna.


Kelebihan Pembelian Melalui Internet



  • Penjualan dan pembelian hanya dilakukkan terus melalui internet.
  • Syarikat jualan boleh memasarkan produk mereka secara lebih meluas.
  • Skop pasaran lebih luas jika produk diiklankan di internet.
  • Urusan pembayaran boleh menerusi akaun bank secara online.
  • Produk luar negara juga boleh dibeli jika tiada dalam pasaran tempatan. Hanya pesan melalui internet.
Trend beli-belah online.Sumber: Berita Harian

Keburukan Pembelian Melalui Internet

Laman jual beli secara online. mudah.com.my

  • Terdapat transaksi jual beli online yang tidak memulangkan semula wang walaupun produk yang diterima tersebut tidak memuaskan hati pengguna.
  • Bayaran telah dilakukan namun produk atau perkhidmatan tidak sampai ke pengguna.
  • Sesetengah pembelian tiada resit atau bukti pembelian akan menyebabkan pengguna tidak boleh melakukan tebus semula (warranty).
  • Maklumat penjual kadang-kadang tidak lengkap dan mengelirukan.
  • Iklan dipamerkan hanya sebagai helah untuk menipu pengguna.

      Oleh yang demikian pengguna yang ingin membeli barangan atau perkhidmatan di internet perlulah memastikan maklumat yang dipaparkan adalah sahih dan boleh dipercayai. Maklumat penjual juga perlu disemak untuk memastikan ianya lengkap. Lebih baik jika penjual tersebut mempunyai kedai atau premis sebenar untuk memberikan keyakinan kepada pengguna. Transaksi pembayaran lebih sesuai melalui COD (cash on delivery) berbanding pembayaran atas talian. Baca terma dan syarat yang dipamerkan sebelum membeli barangan atau perkhidmatan tersebut. 

     Cuba membeli barangan atau perkhidmatan yang berhampiran dengan anda, bukannya di tempat yang jauh (berlainan negeri atau luar negara) kerana ia memudahkan anda jika apa-apa masalah berlaku semasa tempoh pembelian. Namun jangan risau jika anda rasa teraniaya semasa membuat pembelian online, laporkan segera kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dengan menelefon di nombor ini 03-78779000 atau email mereka mengguna email ini my Aduan@nccc.org.my.

Gunakan kebijaksanaan anda semasa membeli barangan atau perkhidmatan di internet. Sentiasa amalkan sikap berhati-hati.

Kajian Statistik Jual Beli Secara Online di Malaysia pada tahun 2012. Sumber: Majalah Niaga.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...