Jun 11, 2013

iOS7 terbaru daripada Apple


iOS7 telah secara rasmi diperlihatkan pada umum dengan menekankan pada moto 
"Simplicity,Clarity and Efficiency"

Antara perubahan-perubahan yang terdapat dalam iOS7 adalah:


  1. Design icon yang minimalis
  2. Imej yang detail dan crisp pada interfacenya
  3. Warna digunakan vivid dan strong
  4. Animasi menarik antara setiap interface
  5. Sudut pandangan mengikut arah pandangan pengguna
  6. Mempunyai Control Center untuk  mengawal semua setting
  7. Notifacation boleh dilihat tanpa perlu membuka lock screen
  8. Multitasking-running pelbagai aplikasi serentak
  9. Foto dirakam akan diorganise kan mengikut tarikh,masa dan tempat
  10. Membenarkan perkongsian/pernambahan gambar dengan orang lain di dalam album
  11. AirDrop- perkongsian pintar dengan rakan berhampiran anda
  12. Safari- laman-laman web disusun dalam bentuk tetingkat (stack)
  13. Siri dipertingkat kecekapan-boleh mengubah setting iOS7
  14. Channel radio dimasukkan dalam iTunes.
Dan banyak lagi features......


Lihat video launching iOS7 dibawah bagi memahami kelebihannya.



Hati-hati,Anda mungkin DIINTIP !

Bekas ejen CIA dedah rahsia AS intip e-mel

GAMBAR fail 29 Januari 2010 menunjukkan ibu pejabat Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat di Fort Meade, Maryland.- AFP


WASHINGTON - Seorang bekas petugas Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja sebagai kontraktor di Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) mendedahkan dalam satu wawancara yang disiarkan kelmarin bahawa dia yang membocorkan rahsia satu program pemantauan sulit AS ekoran timbul kesedaran untuk melindungi kebebasan asas penduduk di seluruh dunia.
Berlindung di sebuah bilik hotel di Hong Kong, kontraktor tersebut, Edward Snowden memberitahu, dia berfikir panjang sebelum memutuskan untuk mendedahkan program sulit NSA tersebut yang diberi nama PRISM.
Namun, lelaki berusia 29 tahun itu berkata, dia terpaksa belot terhadap majikannya kerana berasa Amerika Syarikat (AS) telah membina program mesin pengintip yang boleh mengintip maklumat setiap warga AS.
"Saya tidak mahu tinggal dalam masyarakat yang melakukan perkara keji ini, saya tidak mahu tinggal dalam dunia yang mana perbuatan dan percakapan saya dirakamkan. Saya tidak boleh menyokong program seperti ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar Guardian.
Temu bual itu diisiarkan di laman web akhbar berkenaan.
"NSA membina infrastruktur yang membolehkannya memintas hampir apa sahaja," jelas Snowden.
"Keupayaan itu membolehkan NSA mengintip apa sahaja komunikasi manusia. Jika saya mahu melihat kandungan e-mel anda atau mendengar panggilan telefon isteri anda, saya hanya perlu memintasnya dengan PRISM. Saya boleh mengintip e-mel, kata laluan, rekod panggilan telefon dan maklumat kad kredit anda," tambahnya.
Dalam temu bual tersebut, Snowden memberitahu, dia berpindah ke Hong Kong tiga minggu lalu sekali gus meninggalkan kehidupan selesa di Hawaii, gaji AS$200,000 (RM618,700), seorang teman wanita, kerjaya yang stabil dan keluarga yang menyayanginya.
"Saya rela berkorban semuanya kerana saya tidak boleh hidup tanpa rasa bersalah apabila mengetahui saya membenarkan kerajaan AS memusnahkan privasi, kebebasan internet dan kebebasan asas penduduk di seluruh dunia," kata Snowden.

May 23, 2013

Topologi Jaringan Komputer


Maksud Topologi Jaringan/Rangkaian Komputer

Topologi boleh didefinisikan sebagai cara setiap nod secara fizikal/logikal disambungkan ke dalam rangkaian komputer.Ia juga membantu pentadbir rangkaian untuk menjelaskan bagaimana peranti-peranti di dalam rangkaian saling berhubung secara maya. Terdapat 5 topologi utama iaitu : Bus, Ring, Star, Tree dan Mesh
Memilih topologi yang bersesuaian merupakan perkara yang amat penting.

Topologi bas (Bus Topology)

Bas: setiap nod adalah berantaian (berkaitan antara satu sama lain) di sepanjang tulang belakang rangkaian (backbone) yang sama. Maklumat yang dihantar dari nod (peranti) yang bergerak di sepanjang tulang belakang sehingga ia mencapai nod destinasi. Setiap hujung rangkaian bas mesti ditamatkan dengan perintang  (terminator) untuk mengekalkan maklumat.


Topologi cincin (ring topology)

Sama dengan rangkaian bas, cincin juga adalah berantaian tetapi akhir rangkaian dalam topologi cincin kembali semula pada nod pertama, mewujudkan litar yang lengkap. Setiap nod mengambil giliran menghantar dan menerima maklumat melalui penggunaan sesuatu token. Token bersama-sama dengan mana-mana data, dihantar dari nod pertama ke nod pertama kedua untuk diekstrakkan data yang dialamatkan kepadanya dan menambah apa-apa data yang ingin dihantar pada nod seterusnya. Kemudian nod kedua pas token dan data kepada nod ketiga, dan lain-lain sehingga ia kembali sekitar untuk nod pertama semula. Hanya nod dengan token sahaja yang dibenarkan untuk menghantar data. Semua nod yang lain perlu menunggu token yang datang kepada mereka.
*Token: satu siri khas bit yang bergerak di seluruh topologi cincin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...