Kepada semua pembaca blog iamluvit.blogspot ini, selamat menyambut hari raya Aidiladha. Pandu kenderaan secara berhemah dan eratkan perhubungan sesama insan.
Oct 25, 2012
7 Tips Shopping Online
![]() |
Shopping..Shopping..Shopping |
Do Research
Lakukan kaji selidik barang yang mahu dibeli. Bandingkan harga sebenar pasaran dengan harga barangan online, adakah terlalu murah atau mahal. Semak keadaan barangan tersebut melalui preview image yang dipaparkan, pastikan masih dalam keadaan ok.
Check Record Penjual
Kenali dengan siapa anda membeli barang tersebut. Lihat rekod jualan dan komen pembeli-pembeli lain sama ada terdapat pendapat kurang elok terhadap rekod penjualan penjual tersebut.
![]() |
Kenalpasti siapa penjual |
Ask Question
Jika penjual ada nombor untuk dihubungi, sila bercakap secara terus dengan beliau. Tanyakan soalan mengenai proses urusniaga, condition barang dan juga maklumat penjual tersebut. Sentiasa berhati-hati dengan kata-kata penjual tersebut supaya anda tidak dimanipulasi dan ditipu kelak.
Be Secure
Sentiasa waspada dengan cara transaksi dilakukan. Jangan serahkan maklumat peribadi anda seperti no akaun atau I/C. Jika barang masih belum sampai, segera semak status barangan atau hubungi penjual tersebut. Adakan pertemuan dengan penjual, supaya dapat mengenalinya. Gunakan carian Google bagi mencari info penjual jika ada.
Pilih membayar menggunakan Paypal atau COD( Cash on Delivery/ Collect on Delivery). Sebabnya adalah Paypal akan membuat siasatan jika anda merepot terdapat kecurigaan terdapat status pembelian dan wang anda mungkin boleh dikembalikan. Berlainan dengan pembayaran online menggunakan bank seperti CIMB Clicks ataupun Maybank2u, wang anda lesap begitu sahaja. Manakala COD merupaka cara terbaik untuk anda membayar, dimana anda berjumpa secara bersemuka dengan penjual. Ini memudahkan anda mengenalinya dan dapat melihat kondisi barang dibeli. Jika anda tidak berpuas hati, barang tersebut boleh dikembalikan dengan serta merta.
![]() |
Paypal - bayaran online menjadi mudah dengannya |
Keep pay slip/record
Simpan bukti pembelian anda supaya jika berlaku sebarang kerosakan pada barangan dibeli walaupun masih 2 atau 3 hari anda baru gunakan. Ini membolehkan anda mengadu pada penjual untuk ditukar ganti dengan yang baru. Jika penjual berdegil, adukan pada Tribunal Pengguna dan buat repot polis.
Choose better courier
Pilih syarikat pengeposan yang menawarkan keselamatan barangan yang dipos dan penghantaran cepat. Lebih berbaloi walaupun kosnya lebih mahal. Semak kod status barangan dengan syarikat pengeposan jika barang masih belum sampai seperti yang dijanjikan.
![]() |
International company courier |
![]() |
Servis Poslaju dah semakin baik sekarang |
Oct 24, 2012
Facebook kena HACK? Puncanya...
![]() |
Page Pfizer digodam oleh Anonymous |
1st Punca: Phishing
Pernah kena dan terkena? Phishing biasanya berlaku melalui email yang diterima yang mengatakan dari Facebook dan meminta anda memasukkan username dan password pada link diberikan untuk tujuan keselamatan ataupun pengumpulan maklumat. Melalui laman Facebook palsu yang anda klik dari link email tersebut, semua maklumat peribadi anda terdedah. Elakkan daripada memberikan password pada mana-mana website atau link yang meragukan. Pastikan anda semak URL nya, ataupun paling selamat tidak klik pada link tersebut. Untuk lebih kepastian, tanya secara terus pada pemilik atau pentadbir web tersebut.
![]() |
Ni fishing ye bukannya PHISHING |
![]() |
Ini contoh email Phishing |
2nd Punca: Keylogging
Keylogging menyimpan log (rekod aktiviti) setiap kali anda menggunakan komputer. Jika penggodam memiliki akses walau sekali, dengan secara mudah dia boleh mencuri password anda. Skrip keylogging ini biasa bekerja di sebalik aktiviti anda lakukan dan susah untuk dikesan prosesnya. Jika sesiapa sahaja boleh mengakses komputer anda, berhati-hatilah jika ada yang cuba memasukkan virus atau trojan ke dalamnya. Selalu scan komputer dengan antivirus, dan kawal akses komputer anda dan gunakan password yang kukuh (campuran aksara dan digit).
![]() |
Selalu update antivirus anda ye |
3rd Punca: Password Lemah
Sentiasa tahu dan kenal pasti dengan sesiapa anda berkongsi maklumat secara online. Kebiasaannya pengguna menggunakan password yang mudah diingati dan selalunya ada hubungkait dengan maklumat keluarga dan hobi. Dengan sedikit usaha, password anda dapat diteka. Jangan mudah mencipta password yang senang. Cuba gabungkan aksara dan digit seperti ini 89hq#Ls1.
4rd Punca: Primary email
Hacking boleh terjadi melalui primary email anda gunakan. Andaikan anda guna Gmail untuk akses Facebook. Hacker akan cuba memecah masuk Gmail anda, dan cuba menukar password Facebook anda. Apabila password Facebook telah ditukar, maka hacker akan cuba memanipulasi Facebook atau mencuri gambar atau info untuk tujuan jahat. Rakan Facebook anda mungkin juga boleh menjadi mangsa mereka melalui info email.
5rd Punca: Password Sama
Jika anda menggunakan password sama bagi setiap login mana-mana website, ia sangat berisiko. Sistem maklumat sentiasa ada penggodam yang ingin mencuri nama, email dan password. Jika pentadbir sistem sentiasa memantau bagi memastikan rangkaian selamat, anda selamat. Namun penggodam masih akan cuba mencuri password anda. Gunakan password yang berlainan pada setiap website untuk menggelak anda menjadi mangsa penggodam.
![]() |
Muka terkejut selepas kena HACK |
Subscribe to:
Posts (Atom)