Linux merupakan sebuah sistem pengoperasian sumber terbuka (open source) dan PERCUMA yang berasaskan UNIX. Terdapat pelbagai distribusi menggunakan Linux, seperti Ubuntu, LinuxMint, Fedora, CentOS dan openSUSE. Setiap satu berbeza kandungan dan antaramuka berdasarkan kepada pembangun masing-masing.
Linux menggunakan GUI (graphic user interface) bagi membolehkan pengguna menyesuaikan diri dengan persekitaran OS Linux. Bagi pengguna yang sudah terbiasa menggunakan Linux, kebanyakkan mereka menggunakan CLI (command line interface), di mana arahan atau sesuatu tugasan kepada komputer ditaip di konsol khas yang dipanggil TERMINAL. Cara ini lebih pantas dan berkuasa mengubah sistem Linux namun memerlukan skil pengaturcaraan.
Contoh TERMINAL di dalam Linux |
Berikut merupakan asas coding Linux:
masuk konsol:
CTRL+ALT+F2
keluar konsol:
CTRL+ALT+F7
untuk membuat user baru:
]#adduser namauser
]#passwd namauser
untuk mengaktifkan user pada root:
]su namauser