Blackberry telah kembali menghangatkan pasaran dengan menawarkan smartphones serba baru (BB10), perubahan dari segi rekabentuk mahupun teknologi. Walaupun dikatakan lambat dalam mengeluarkan produk mereka, namun pengeluar smartphones lain seperti Samsung atau Apple tidak perlu ambil mudah perkara ini, kerana jenama Blackberry merupakan sebuah jenama yang diyakini, terutamanya ia merupakan smartphones yang menjadikan suatu kegilaan pada ketika dahulu, dan lambang eklusif.
Apa yang menariknya dengan BB10 ini? Terdapat 3 kelebihan BB10 berbanding smartphones lain.
Hub mesej Terbaik.
Segala mesej FB,Twitter, BBM, Email anda boleh dicapai pada satu tempat. Ini memudahkan anda mengakses mesej tersebut tanpa perlu membuka setiap aplikasi yang berbeza. Semuanya menjadi mudah di Blackberry Hub.
Rekabentuk minimal dipraktikan pada web browser BB10, ditambahkan dengan keupayaan memisahkan teks web ke bentuk yang mudah dibaca. BB10 masih menawarkan plugin Adobe Flash player bagi membolehkan pengguna melayari website yang menggunakan animasi Flash. Kebanyakkan smartphones lain tiada sokongan Flash player lagi.
Rekabentuk paling KEMAS
Blackberry menetapkan standard baru dalam rekabentuk sistemnya dengan menambah baik interface yang pada iOS dan Android. Anda pasti teruja dengan gaya interface BB10 ini. Akses ke aplikasi-aplikasi yang telah dibuka dipaparkan dalam bentuk bertingkat bagi memudahkan anda mengetahui apa aplikasi yang sedang digunakan. Cara mengendalikan sistem BB10 sedikit berbeza berbanding lain dan ini mungkin mengambil masa kepada pengguna yang baru mencubanya. Tetapi ini merupaka suatu nilai istimewa pada pengguna BB10 itu sendiri.