Jan 21, 2013

Google+TV= Google TV?


Google Inc. telah memasuki bidang penyiaran dengan memperkenalkan Google TV pada CES 2013. Merupakan 'SmartTV' yang dikuasakan oleh OS Android, dilengkapi teknologi Cinema 3D yang membolehkan paparan 3-dimensi dilihat menggunakan kaca mata khas 3D. Dikawal oleh remote yang mengaplikasikan kekunci QWERTY bagi memudahkan pengguna memasukkan input dan arahan pada 
Google TV. Menarik lagi pada gajet ini, kawalan suara (voice control) mungkin diaplikasi padanya.


Google TV keluaran SONY

remote QWERTY


Google TV mendapat kerjasama daripada pengeluar produk SmartTV seperti Sony, Panasonic, Bang, Olufsen dan LG bagi merealisasikan teknologi ini. Pelbagai salurann (channel) boleh ditonton melaluinya dengan menginstal aplikasi saluran tersebut melalui Google Play atau menaip di medan carian. Saluran-saluran yang disediakan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti tv & filem, muzik, berita, gaya hidup dan juga permainan.

Interface Google TV

Aplikasi bagi kategori tv dan filem

Update fb status,twit dan sebagainya di Google TV

Install aplikasi kegemaran anda di Google Play


Selain menonton saluran disediakan, pengguna juga boleh melayari internet melalui Google Chrome. Tambah nilai yang boleh didapati daripada Google TV ini adalah pengguna telefon Android boleh menghubungkan video YouTube di dalam telefon Android kepada Google TV bagi melihat dengan lebih selesa pada skrin besar.
Lihat video Youtube pada Google TV







Nantikan kemunculan Google TV di pasaran Malaysia :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...