Jul 22, 2025

Smartwatch: Jam Tangan Pintar atau Gaya Hidup Masa Depan?

Siapa sangka jam tangan yang dulu hanya tunjuk masa, kini boleh jawab call, ukur kadar jantung, malah kawal lagu kegemaran kita? Inilah dunia smartwatch, gabungan teknologi dan gaya hidup moden yang semakin jadi pilihan ramai.

Siapa Cipta Smartwatch Ni Sebenarnya?

Kalau nak ikut sejarah, idea jam tangan pintar dah wujud sejak tahun 1980-an. Tapi smartwatch moden pertama yang betul-betul 'pintar' ialah Pebble, dicipta oleh Eric Migicovsky dan dilancarkan pada tahun 2013 melalui kempen Kickstarter yang meletup. Namun sebelum itu, Microsoft dah pun cuba dengan "SPOT Watch" pada tahun 2004, tapi kurang mendapat sambutan.

Sekarang, teknologi smartwatch berkembang pesat dan menjadi salah satu gadget paling digemari di seluruh dunia.

Smartwatch pintar pertama di dunia, Pebble Watch


Tujuan Smartwatch Dicipta?

Tujuan asal smartwatch dicipta ialah untuk mudahkan hidup kita. Ia bertindak macam 'pembantu peribadi' di pergelangan tangan:

  • Tunjuk notifikasi tanpa perlu keluarkan phone

  • Ukur kesihatan – nadi, tekanan darah, tidur

  • Kawal muzik, tengok cuaca, Google Maps

  • Jejak aktiviti senaman dan kalori terbakar

  • Bayar secara digital (NFC)

Senang cerita, smartwatch menjadikan hidup kita lebih pantas, sihat dan teratur.


Syarikat Mana Buat Smartwatch?

Antara jenama besar yang menghasilkan smartwatch ialah:

  • Apple – Apple Watch

  • Samsung – Galaxy Watch

  • Huawei – Watch GT series

  • Garmin – khas untuk mereka yang aktif sukan

  • Xiaomi / Redmi – murah dan berbaloi

  • Fitbit – fokus kesihatan dan kecergasan

Persaingan sengit antara syarikat-syarikat ini menjadikan teknologi smartwatch semakin canggih dari tahun ke tahun.


Kenapa Perlu Pakai Smartwatch?

Orang pakai smartwatch sebab:

✅ Nak jaga kesihatan & jejak senaman
✅ Tak perlu buka phone selalu
✅ Monitor tekanan darah atau tahap oksigen
✅ Sesuai untuk orang aktif, kerja pantas atau nak kawal masa
✅ Fungsi panggilan & mesej sangat berguna

Pendek kata, smartwatch bukan sekadar aksesori — ia alat bantu harian untuk kerja, gaya hidup dan kesihatan.



Smartwatch: Manfaat atau Bahaya?

Manfaat:

  • Tingkat kesedaran kesihatan

  • Mudahkan komunikasi

  • Ajar kita kawal masa dan aktiviti

Risiko atau keburukan:

  • Ketagih data atau notifikasi

  • Privasi terdedah jika tak jaga data peribadi

  • Ada radiasi (masih dalam had selamat)

Gunakan dengan bijak dan berpada-pada, dan pastikan tetapan privasi dikemas kini.


πŸ”₯ 5 Smartwatch Popular & Harga Anggaran di Malaysia (kemaskini hingga Julai 2025)


Apple Watch Series 10



πŸ’²Harga: RM1,799 (GPS) hingga RM3,299 (Titanium Cellular)
πŸ“ŒPaparan terang, ciri kesihatan baru seperti sleep-apnea detection
πŸ›’ Beli disini: https://s.shopee.com.my/30dCSoGoZY


Samsung Galaxy Watch 8


πŸ’²RM1,299 (standard), RM1,799 (Classic), hingga RM3,399 (Ultra)
πŸ“ŒAI Gemini, bezel berputar & lebih banyak fungsi kecergasan
πŸ›’ Beli disini: https://s.shopee.com.my/2qJmGl2K9c


Huawei Watch GT 5


πŸ’²RM899 – RM1,099
πŸ“Œ AMOLED besar, bateri tahan lama, rekabentuk premium
πŸ›’ Beli disini: https://s.shopee.com.my/9fA6POa9XX


Garmin Venu X1


πŸ’²RM3,479
πŸ“ŒSkrin AMOLED 2 inci, titanium ultra-nipis, speaker, flashlight, 100+ mod senaman
πŸ›’ Beli disini: https://s.shopee.com.my/9KXG0rWvYJ


Redmi Watch 5 Active


πŸ’²RM129 – RM199
πŸ“ŒFungsi asas notifikasi, tidur & langkah – bajet terbaik!
πŸ›’ Beli disini: https://s.shopee.com.my/10s85g3Gn4

Kesimpulan: Penting Ke Smartwatch Ni Untuk Masa Depan?

Jawapannya: YA. Smartwatch akan jadi teknologi penting masa depan, terutamanya dalam bidang kesihatan, kecergasan dan komunikasi. Dengan AI, IoT dan sensor yang semakin maju, tak mustahil satu hari nanti smartwatch boleh jadi doktor mini yang pantau kesihatan kita 24/7.

Kalau dulu jam tangan hanya tunjuk masa…
Kini jam tangan juga jaga kesihatan, kawal hidup dan bantu produktiviti.

Jul 17, 2025

Dron: Teknologi Hebat di Udara

Pernah tak nampak benda kecil terbang dekat langit, siap dengan lampu kelip-kelip? Haa... itulah dron! Teknologi moden yang dulu macam impian sains fiksyen, kini dah jadi sebahagian dari kehidupan harian kita.

Tapi pernah terfikir tak — siapa yang cipta dron ni sebenarnya? Apa tujuan asalnya? Jom kita terokai bersama!


✈️ Siapa Cipta Dron?

Dron bukanlah ciptaan satu orang sahaja. Asalnya, konsep dron bermula seawal tahun 1916, apabila British mencipta pesawat tanpa pemandu pertama yang dipanggil “Aerial Target” semasa Perang Dunia Pertama.

Namun, teknologi sebenar yang kita kenali sebagai dron moden berkembang dengan pesat pada akhir abad ke-20, dengan sumbangan besar dari agensi ketenteraan seperti NASA dan Pentagon (AS). Kini, teknologi ini telah berkembang jauh daripada hanya untuk kegunaan ketenteraan.


🎯 Tujuan Dron Dicipta

Pada awalnya, dron digunakan untuk pengintipan dan latihan ketenteraan. Tapi sekarang, fungsinya jauh lebih luas! Antaranya:

  • πŸ“· Fotografi dan videografi udara (konsert, perkahwinan, filem)

  • 🚜 Pemantauan pertanian dan tanah

  • πŸ”₯ Pengawasan kebakaran hutan

  • 🚁 Penghantaran barang oleh syarikat e-commerce

  • πŸ•΅️‍♂️ Operasi menyelamat dan pemantauan bencana

  • πŸ“¦ Penghantaran ubat di kawasan terpencil


🏒 Syarikat-Syarikat Pengeluar Dron Terkenal

Banyak syarikat besar yang menghasilkan dron, antaranya:

  1. DJI (China) – Raja dron dunia, popular dengan model seperti DJI Mini, Mavic, dan Phantom.

  2. Parrot (Perancis) – Fokus kepada dron untuk pengguna biasa dan pendidikan.

  3. Skydio (Amerika Syarikat) – Dikenali dengan dron AI yang pandai elak halangan.

  4. Autel Robotics (Amerika Syarikat) – Saingan kuat kepada DJI dengan prestasi tinggi.

  5. Yuneec (China) – Dron untuk kegunaan profesional dan rekreasi.

Di Malaysia hanya dron jenama DJI (official) sahaja yang terjual di pasaran. Contoh model-model dron DJI yang boleh dibeli:

Mavic 4 Pro

 

✅Spesifikasi: 100MP 4/3 CMOS Hassalblad Camera | 360° Infinity Gimbal | Flagship Remote Controller
πŸ’²Harga: RM9,599.00 - RM15,099.00.
πŸ›’Beli disini - https://s.shopee.com.my/7KmBgPoDkm


Air 3S


✅Spesifikasi: Camera Drone | 1-inch COMS Primary Camera | Dual Camera 4K/60fps HDR | Nightscape Obstacle SensingπŸ’²Harga: RM4,599.00 - RM6,579.00
πŸ›’Beli disini - https://s.shopee.com.my/9pTWf5PpQ4


DJI Mini 4


✅Spesifikasi: Advanced Mini Camera Drone
πŸ’²Harga: RM3,399.00 - RM4,599.00
πŸ›’Beli disini - https://s.shopee.com.my/gFHkHsuJg


⚠️ Ada Penyalahgunaan Dron Untuk Tujuan Ketenteraan?

Dron boleh jadi alat berguna, tapi juga boleh disalahguna — terutamanya dalam perang dan serangan bersenjata. Bila dron digunakan untuk:

  • Serangan tanpa pemandu

  • Mengintip privasi individu

  • Menyerang tempat awam secara rahsia

...ia boleh menimbulkan isu etika dan kemanusiaan. Ramai pakar mengatakan bahawa penggunaan dron ketenteraan tanpa kawalan manusia secara langsung boleh menyebabkan kematian orang awam dan melanggar undang-undang antarabangsa.


πŸ•Ή️ Macam Mana Nak Belajar Guna Dron?

Nak belajar kawal dron? Tak susah pun! Ini langkah mudah:

  1. Beli dron pemula – Contohnya DJI Mini SE atau Ryze Tello.

  2. Tonton YouTube – Banyak tutorial daripada pakar dan hobi dron.

  3. Guna aplikasi latihan simulasi – Ada apps seperti DroneSim Pro.

  4. Baca buku/manual – Jangan skip buku panduan!

  5. Ikut kursus rasmi – Di Malaysia, ada kursus oleh CAAM (Civil Aviation Authority of Malaysia).

Nota penting: Jangan lupa daftar dron dan patuhi undang-undang tempatan.



πŸ€” Dron: Kebaikan atau Keburukan?

Jujur cakap, dron adalah teknologi yang sangat berguna — kalau digunakan dengan betul.

✅ Kebaikan:

  • Menjimatkan masa dan tenaga

  • Menyelamatkan nyawa

  • Buka peluang kerja dalam bidang kreatif dan teknologi

❌ Keburukan:

  • Boleh langgar privasi

  • Salahguna untuk serangan atau pengintipan

  • Risiko kemalangan kalau tak ikut peraturan


πŸ“Œ Kesimpulan

Dron adalah teknologi moden yang luar biasa, tapi macam pisau — boleh guna untuk potong buah, boleh juga mencederakan orang. Segalanya bergantung pada niat dan cara penggunaan.

Kalau digunakan untuk tujuan baik — pendidikan, keselamatan, kreativiti — dron pasti memberi manfaat besar kepada dunia. Tapi jika disalahgunakan, ia boleh membawa padah.

Jadi, kita sebagai pengguna — guna dengan bijak, okay?

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pembaca yang sudi baca kupasan admin tentang teknologi dron. Jumpa di post seterusnya akan datang 😁

Jul 7, 2025

Kereta EV Trend Terkini Rakyat Malaysia



Pernah tak masa tengah ronda cari parking dalam lot mall, tiba-tiba nampak satu kereta tengah cas kat parking lot dengan satu pengecas khas, dan bila ia keluar petak parkingnya  tak keluar pun bunyi enjin dan ekzos bila ia bergerak… haaa itulah dia, kereta EV!

Tapi…Apa benda sebenarnya kereta EV ni?
EV tu singkatan untuk Electric Vehicle — maksudnya kereta yang bergerak guna elektrik, bukan petrol atau diesel macam kereta biasa. Dalam erti mudah, kita ‘charge’ kereta macam kita cas telefon!


⚡ Siapa yang mula bawa masuk kereta EV kat Malaysia?

Kalau kita imbas balik, antara yang mula-mula popular kan kereta EV kat Malaysia ni adalah Nissan Leaf, tapi masa tu harganya boleh tahan mahal. Lepas tu masuk pula jenama-jenama macam BMW i-series, Tesla, dan sekarang ni semakin banyak model EV dari China (BYD, Neta, GWM Ora), dan juga dari Proton (eMas7) dan Perodua (yang tengah rancak buat persiapan EV sendiri!).

Kerajaan pun sokong perkembangan EV ni — ada insentif cukai, subsidi, dan charging station percuma di sesetengah tempat. Gaya hidup hijau katanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...