Jan 27, 2013

Super SmartPhone: Sony Xperia Z

Kenapa anda perlu beli Sony Xperia Z ini?

Kalis air (waterproof)
Smartphone Sony Xperia Z kalis air selama 30 minit jika berada pada kedalaman 1 meter. Bermakna boleh dibawa ketika anda mandi. Tidak perlu risau ia akan rosak.



Kamera beresolusi tinggi
Dengan 13Mp pada kamera Sony Xperia Z, imej yang anda tangkap sangat berkualiti tinggi dan cantik.




Teknologi NFC
Dengan teknologi NFC dibina dalam Sony Xperia Z, anda boleh dengan mudah memasangkan telefon bimbit ke peranti serasi lain seperti TV Bravia NFC atau fon wayarles.





Sangat berKUASA
5-inci paparan dengan HD, berkuasa 1.5GHz quad-core pemproses, dilengkapi Android Jelly Bean sebagai sistem operasi dan dioptimumkan 2400 mAh bateri menjadikan ia sungguh berkuasa.





Experience the best of Sony in a smartphone





Jan 22, 2013

Buy this phone if you DARE?


Anda rase handphone iPhone 5, Samsung Galaxy Note 2, Samsung Galaxy S3 tu mahal sangat untuk dibeli? Kena kumpul duit gaji baru dapat beli kan?Kan?

Tapi yang senarai handphone ni anda kumpul bertahun-tahun pun belum tentu dapat beli, even guna simpanan KWSP. Sila tengok senarai 10 handphone mahal di dunia bermula paling murah bagi anda impikan (jika dapat beli).


1. Ulysse Nardin’s The Chairman – bernilai sehingga $49,500


2. Nokia 8800 Arte dengan pink diamonds - berharga $134,000


3. Peter Aloisson’s iPhone Princess Plus - berharga $176,400


4. Sony Ericsson Black Diamond – berharga$300,000


5. Vertu Signature Cobra - berharga $310,000


6. Gresso Luxor Las Vegas Jackpot – berharga $1 million


7. GoldVish ‘Le Million’ Piece Unique - berharga $1.3 million


8. Peter Aloisson’s Kings Button iPhone - berharga $2.4 million


9. Goldstriker iPhone 3GS Supreme – berharga $3.2 million


dan RAJA SEGALA HANDPHONE DI DUNIA adalah

.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
.............


10. Stuart Hughes iPhone 4 Diamond Rose Edition – paling mahal - $8 million







SEBAB MUSABAB HANDPHONE-HANDPHONE NI MAHAL


SEBAB PERTAMA
Diselaputi PERMATA dan BERLIAN, makin banyak atau makin mahal harga  permata/berlian maka secara automatik harganya menjadi mahal.


SEBAB KEDUA
Semua hanpon ni adalah edisi TERHAD, so ia bernilai ekslusif dan tag pricenya adalah mahal.


SEBAB KETIGA
Hanya yang kaya je mampu beli. Jika anda tidak kaya, hanya tinggal impian atau lebih baik jangan berangan nak belinya.he2.



Jan 21, 2013

Google+TV= Google TV?


Google Inc. telah memasuki bidang penyiaran dengan memperkenalkan Google TV pada CES 2013. Merupakan 'SmartTV' yang dikuasakan oleh OS Android, dilengkapi teknologi Cinema 3D yang membolehkan paparan 3-dimensi dilihat menggunakan kaca mata khas 3D. Dikawal oleh remote yang mengaplikasikan kekunci QWERTY bagi memudahkan pengguna memasukkan input dan arahan pada 
Google TV. Menarik lagi pada gajet ini, kawalan suara (voice control) mungkin diaplikasi padanya.


Google TV keluaran SONY

remote QWERTY


Google TV mendapat kerjasama daripada pengeluar produk SmartTV seperti Sony, Panasonic, Bang, Olufsen dan LG bagi merealisasikan teknologi ini. Pelbagai salurann (channel) boleh ditonton melaluinya dengan menginstal aplikasi saluran tersebut melalui Google Play atau menaip di medan carian. Saluran-saluran yang disediakan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti tv & filem, muzik, berita, gaya hidup dan juga permainan.

Interface Google TV

Aplikasi bagi kategori tv dan filem

Update fb status,twit dan sebagainya di Google TV

Install aplikasi kegemaran anda di Google Play


Selain menonton saluran disediakan, pengguna juga boleh melayari internet melalui Google Chrome. Tambah nilai yang boleh didapati daripada Google TV ini adalah pengguna telefon Android boleh menghubungkan video YouTube di dalam telefon Android kepada Google TV bagi melihat dengan lebih selesa pada skrin besar.
Lihat video Youtube pada Google TV







Nantikan kemunculan Google TV di pasaran Malaysia :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...