Sep 25, 2025

Google Pixel 10 vs iPhone 17: Pertarungan Dua Raja Smartphone 2025

 


Dunia teknologi 2025 sekali lagi menyaksikan dua gergasi telefon pintar, Google dan Apple, melancarkan barisan flagship mereka: Google Pixel 10 dan iPhone 17. Kedua-dua lineup ini hadir dengan inovasi terkini, rekaan premium, dan prestasi luar biasa. Bagi pembaca yang tertanya-tanya model mana lebih berbaloi, mari kita selami perbandingan lengkap ini.


Perbandingan Spesifikasi & Harga



Model asas Pixel 10 menampilkan paparan OLED Super Actua 6.3 inci dengan kadar segar semula 120 Hz dan kecerahan puncak mencecah 3,000 nits. Ia menggunakan cip Tensor G5, mempunyai sistem kamera tiga lensa (48 MP utama, 13 MP ultralebar, 10.8 MP telefoto 5×), dan menyokong pengecasan tanpa wayar PixelSnap serasi Qi2. Harga bermula sekitar RM3999 untuk storan berkapasiti 128 GB.



Model asas iPhone 17 pula hadir dengan skrin Super Retina XDR 6.3 inci, ProMotion 120 Hz, Always-On Display, serta kecerahan puncak juga mencecah 3000 nits. Dikuasakan cip A19 3 nm dan RAM 8 GB, ia menggunakan sistem kamera Dual Fusion 48 MP serta kamera swafoto 18 MP. Harga bermula RM3999 untuk storan berkapasiti 256 GB.


Perbandingan Siri Google Pixel 10

ModelPaparan & SaizKamera BelakangCiri-ciri UtamaHarga Anggaran
Pixel 10OLED 6.3″ 120 Hz48 MP + 13 MP + 10.8 MP telefotoTensor G5, AI Gemini, IP68RM3999
Pixel 10 ProOLED 6.3″ 120 HzTriple Pro Zoom, Night Sight VideoPengecasan lebih pantas, AI ProRM4999
Pixel 10 Pro XLOLED 6.8″ 120 HzPro triple 50 MP + 48 MP + 48 MPBateri besar, 16 GB RAM, Qi2.2RM5999





Perbandingan Siri iPhone 17

ModelPaparan & SaizKamera BelakangCiri-ciri & KuasaHarga Anggaran
iPhone 176.3″ Super Retina XDRDual Fusion 48 MPA19, 8 GB RAMRM3999
iPhone 17 Pro6.3″ ProMotion HDRTriple kamera, telefoto 8× zoomA19 Pro, 12 GB RAMRM5499
iPhone 17 Pro Max6.9″ ProMotion HDRSama seperti ProSama seperti Pro, Bateri lebih besarRM5999
iPhone 17 Air6.5″ ,nipis 5.6 mm48 MPA19 Pro, ringan, titaniumRM4999


Kelebihan Masing-Masing

Pixel 10 Series menyerlah dengan teknologi AI Gemini yang pintar, kamera serba boleh dengan zoom optik, dan nilai terbaik untuk spesifikasi flagship. Tambahan pula, Google menawarkan pengecasan tanpa wayar magnetik (Pixel Snap) dan pengalaman Android asli tanpa bloatware.

Sebaliknya, iPhone 17 Series mengekalkan kelebihan Apple: integrasi ekosistem iOS yang lancar, sokongan perisian yang panjang, dan prestasi cip A19 yang berkuasa. Model seperti iPhone 17 Air membawa rekaan ultra nipis, manakala Pro Max memenuhi kehendak pengguna tegar fotografi dan video dan bateri lebih besar daripada model siri sebelumnya.


Golongan Sasaran

Pixel 10 sesuai untuk pengguna kreatif, jurufoto mudah alih, dan mereka yang inginkan Android dengan AI pintar pada harga kompetitif.
iPhone 17 pula ideal untuk pengguna setia Apple, profesional yang bergantung kepada ekosistem Apple, serta mereka yang mahukan pengalaman premium tanpa kompromi.


Jaminan Kemas Kini Versi OS & Keselamatan

Google menjanjikan 7 tahun kemas kini OS dan keselamatan untuk Pixel 10, rekod baharu bagi Android. Apple pula biasanya menyokong peranti mereka selama 5–6 tahun, dan iPhone 17 dijangka mengikuti trend ini.


Kesimpulan

Kedua-dua lineup ini menawarkan prestasi tinggi dan kualiti binaan premium. Jika anda mahukan fleksibiliti, AI pintar, kamera pelbagai, dan nilai terbaik, Google Pixel 10 Pro XL adalah taruhan selamat. Namun, jika anda menghargai integrasi ekosistem, jaminan kemas kini jangka panjang, dan reka bentuk yang memukau, iPhone 17 Air atau Pro Max wajar menjadi pilihan.

Akhirnya, keputusan terbaik bergantung kepada gaya hidup dan keperluan anda. Apa pun pilihan anda, kedua-duanya mewakili puncak inovasi dunia smartphone 2025.

Sep 9, 2025

Panduan Beli Laptop Terbaik di Malaysia (2025)

 


Laptop hari ini bukan sekadar mesin untuk kerja – ia jadi teman belajar, alat hiburan, malah perkakasan utama bagi mereka yang bekerja dalam bidang kreatif. Apabila hendak membeli laptop tidak kisah di kedai online atau di kedai fizikal komputer, pelbagai model dengan harga berbeza boleh buat pening kepala.

Jangan risau – panduan ini akan bantu anda faham kriteria penting sebelum membeli laptop, serta cadangan 10 model terbaik di Malaysia tahun 2025 ikut bajet, prestasi, dan kegunaan.


Kriteria Penting Sebelum Beli Laptop

  1. Prestasi (CPU/GPU/RAM) – Minimum Intel i5 / Ryzen 5 / Apple M-series untuk kegunaan lancar.

  2. Storan – SSD NVMe (256GB ke atas) lebih laju dari HDD. 

  3. Paparan & Portabiliti – Skrin FHD/OLED, berat ≤1.5kg kalau selalu bawa ke kelas/pejabat.

  4. Bateri – Cari model dengan 8–20 jam ketahanan.

  5. Harga – Bajet pelajar (RM2k–3k), pertengahan (RM3k–5k), premium/professional (RM5k+).

  6. Kegunaan – Gaming, belajar, kerja pejabat, kreatif, atau hanya kegunaan harian.

  7. Jaminan & Kedai Rasmi – Beli di kedai rasmi / Shopee Mall untuk elak risiko.


💻 10 Laptop Terbaik di Malaysia (2025)

1. Apple MacBook Air 15-Inch M3



  • Spesifikasi: M3 chip, 8-core CPU, 10-core GPU, 16GB RAM, 256GB SSD, skrin 15”.

  • Harga: ~RM6,700 (Shopee Apple Store)

  • Kelebihan: Prestasi padu, bateri panjang, ringan & premium.

  • Kekurangan: Harga premium, port terhad.

  • Sesuai untuk: Pelajar, pekerja kreatif ringan, pengguna Apple ecosystem.



2. Lenovo LOQ Gaming Laptop i5-12450HX


  • Spesifikasi: Intel i5-12450HX, GPU RTX series, skrin 144Hz, 16GB RAM, 512GB SSD.

  • Harga: ~RM3,468 (Shopee Lenovo Store)

  • Kelebihan: Value for money untuk gaming entry-level.

  • Kekurangan: Bateri sederhana, binaan plastik.

  • Sesuai untuk: Pelajar & gamer bajet sederhana.



3. Acer Aspire Lite 15


  • Spesifikasi: Intel i5/Ryzen varian, 8GB RAM, 512GB SSD, skrin 15.6” FHD.

  • Harga: ~RM2,499 (Shopee Acer Store)

  • Kelebihan: Bajet-friendly, cukup untuk kerja pejabat & belajar.

  • Kekurangan: Tidak sesuai untuk kerja kreatif/gaming berat.

  • Sesuai untuk: Pelajar & kegunaan kasual.



4. HP 15S-EQ2195 Ryzen 3



  • Spesifikasi: Ryzen 3-5300U, 8GB RAM, 512GB SSD, skrin 15.6”.

  • Harga: ~RM1,934 (Shopee HP Store)

  • Kelebihan: Harga paling rendah, sesuai untuk asas kerja.

  • Kekurangan: Prestasi rendah untuk multitasking berat.

  • Sesuai untuk: Pelajar bajet rendah, kerja asas.



5. Apple MacBook Air 13-Inch (M2/M3)


  • Spesifikasi: M2/M3 chip, 8GB RAM, 256GB SSD, skrin 13.6”.

  • Harga: ~RM5,739 (Shopee Apple Store)

  • Kelebihan: Ultra-portable, bateri lama, prestasi lancar.

  • Kekurangan: Harga premium, port terhad.

  • Sesuai untuk: Mereka yang mahukan laptop ringan & travel-friendly.



6. Dell XPS 13 Snapdragon X Elite


  • Spesifikasi: Snapdragon X Elite, 16GB RAM, 512GB SSD, skrin 13.4” FHD+/OLED.

  • Harga: ~RM6,000+ (Shopee Dell Store)

  • Kelebihan: Design premium, bateri tahan 20 jam.

  • Kekurangan: Software tertentu belum optimised untuk ARM.

  • Sesuai untuk: Profesional mobile, pekerja pejabat.



7. Asus Zenbook 14 OLED (2025)



  • Spesifikasi: Intel Ultra 7, 16GB RAM, 1TB SSD, skrin 14” OLED 2.8K 120Hz.

  • Harga: ~RM5,500 (Shopee ASUS Store)

  • Kelebihan: Skrin OLED cantik, prestasi baik, ringan.

  • Kekurangan: Harga premium, bukan untuk gaming berat.

  • Sesuai untuk: Pelajar & pekerja kreatif ringan.



8. Acer Swift 5 (2024/25)



  • Spesifikasi: Intel i7/Ultra 7, 16GB RAM, 512GB SSD, skrin 14” FHD+ Touch, berat 1.2kg.

  • Harga: ~RM4,200 (Shopee Acer Store)

  • Kelebihan: Sangat ringan, bateri panjang, tahan lasak.

  • Kekurangan: Grafik sederhana.

  • Sesuai untuk: Pelajar/pekerja yang perlukan laptop ringan untuk travel.



9. Lenovo IdeaPad 3 (Ryzen 5)



  • Spesifikasi: Ryzen 5-5500U, 8GB RAM, 512GB SSD, skrin 15.6” FHD.

  • Harga: ~RM2,699 (Shopee Lenovo Store)

  • Kelebihan: Harga berpatutan, sesuai multitasking sederhana.

  • Kekurangan: Binaan asas, skrin biasa.

  • Sesuai untuk: Pelajar bajet sederhana.



10. Apple MacBook Air M4 (2025)



  • Spesifikasi: Apple M4 chip, 8–24GB RAM, 256GB–1TB SSD, skrin 13.6” Liquid Retina.

  • Harga: ~RM5,800 (Shopee Apple Store)

  • Kelebihan: Prestasi & bateri terbaik untuk MacBook, sangat efisien.

  • Kekurangan: Harga premium, port terhad.

  • Sesuai untuk: Semua kategori pengguna – pelajar, pekerja, profesional.



Perbandingan Laptop Terbaik 2025

ModelCPU/GPURAMStoranSkrinHarga (RM)Sesuai Untuk
MacBook Air 15” M3Apple M316GB256GB15” Retina~6,700Pelajar/kreatif ringan
Lenovo LOQ Gamingi5-12450HX + RTX16GB512GB15.6” 144Hz~3,468Gaming bajet
Acer Aspire Lite 15i5/Ryzen8GB512GB15.6” FHD~2,499Pelajar/kegunaan asas
HP 15S Ryzen 3Ryzen 3-5300U8GB512GB15.6”~1,934Asas/bajet rendah
MacBook Air 13”M2/M38GB256GB13.6”~5,739Ultra-portable
Dell XPS 13 X EliteSnapdragon X Elite16GB512GB13.4” OLED~6,000+Profesional premium
Asus Zenbook 14 OLEDIntel Ultra 716GB1TB14” OLED 2.8K~5,500Kreatif ringan
Acer Swift 5i7/Ultra 716GB512GB14” FHD+~4,200Pelajar/kerja mobile
Lenovo IdeaPad 3Ryzen 5-5500U8GB512GB15.6” FHD~2,699Pelajar bajet
MacBook Air M4Apple M48–24GB256GB–1TB13.6” Retina~5,800Semua kategori


Dengan panduan ini, diharap anda lebih yakin untuk membuat pilihan bijak — supaya laptop yang dibeli benar-benar jadi pelaburan jangka panjang, bukan sekadar gajet sementara. Akhir kata, setiap orang ada keperluan berbeza bila memilih laptop. Ada yang pentingkan prestasi, ada yang utamakan bajet, ada pula cari gaya premium. Jadi, pilihan di tangan anda!


Terima kasih sudi baca post ini, harap ia membantu.

Sep 4, 2025

Aplikasi Caller ID & Call-Blocking: Perlu ke Pasang?

 


Pernah tak anda terima panggilan daripada nombor pelik, tak dikenali, atau tiba-tiba orang cuba jual insurans? Lagi “best” kalau scammer call konon-konon dari bank atau polis. Memang menyakitkan hati!

Sebab itu lah muncul aplikasi Caller ID & Call-Blocking macam Whoscall dan Truecaller. Fungsi utama apps ni mudah saja: kenal pasti nombor tak dikenali dan block panggilan spam atau scam.


Apa Fungsi Aplikasi Caller ID?


  • Kenal pasti nombor tak dikenali → Kalau ada orang call, apps ni akan cuba paparkan identiti pemanggil.

  • Block panggilan mengganggu → Nombor telemarketing, scammer atau spam boleh disekat automatik.

  • Bina database nombor → Semakin ramai orang guna, semakin besar koleksi nombor spam/scam dalam sistem.

  • Lindungi pengguna → Kurang risiko terpedaya dengan scam call.


Whoscall – Ringkas & Popular di Asia

Whoscall ni antara aplikasi paling terkenal di Asia, termasuk Malaysia. Ramai suka sebab:

  • Database aktif untuk nombor scam tempatan.

  • Ada offline mode (premium) – boleh kesan nombor walaupun tanpa internet.

  • Antaramuka ringkas, fokus pada Caller ID & block.

⚠️ Kekurangan: versi percuma ada iklan, perlukan akses call log & contact (isu privasi).


Truecaller – Global & Penuh Fungsi



Truecaller pula lebih popular di peringkat antarabangsa. Kelebihan dia:

  • Database global sangat besar.

  • Ada banyak fungsi tambahan macam mesej dalam app, lihat status “last seen”, carian nombor, block SMS, dan lain-lain.

  • Sesuai kalau selalu berurusan dengan nombor luar negara.

⚠️ Kekurangan: isu privasi lebih besar sebab nombor pengguna kadang-kadang dimasukkan dalam database. Juga agak makan bateri & data.


Cara Nak Install Aplikasi Caller ID

  1. Buka Google Play Store (Android) atau App Store (iOS).

  2. Cari aplikasi Whoscall atau Truecaller.

  3. Tekan Install / Get.

  4. Buka aplikasi → ikut arahan untuk beri izin akses (call log, contact, SMS).

  5. Siap! Apps akan mula kenal pasti panggilan masuk.


Alternatif Aplikasi Caller ID Lain

Selain Whoscall & Truecaller, ada juga pilihan lain:

  • Hiya → Mudah digunakan, ada spam detection yang kuat.

  • CallApp → Boleh rekod panggilan + caller ID.

  • Google Phone (Phone by Google) → Kalau guna Android, dah ada caller ID & spam filter terbina.


Tips Elakkan Jadi Mangsa Penipuan Telefon



  1. Jangan dedahkan maklumat peribadi (IC, nombor akaun, OTP) melalui telefon.

  2. Jangan panik kalau terima call ugut/konon dari bank/polis. Mereka takkan minta data peribadi melalui telefon.

  3. Semak nombor di internet → taip nombor telefon di Google, kadang-kadang orang lain dah laporkan.

  4. Guna aplikasi Caller ID untuk tapis scam.

  5. Block nombor mencurigakan selepas terima panggilan pelik.


Apa Perlu Buat Kalau Dah Jadi Mangsa Scam Call?

  1. Segera hubungi bank (kalau anda terdedah nombor akaun atau TAC/OTP).

  2. Buat laporan polis secepat mungkin.

  3. Lapor ke CCID Scam Response Centre di talian 997 (PDRM).

  4. Guna portal Semak Mule (semakmule.rmp.gov.my) untuk semak nombor akaun/telefon penipu.

  5. Kongsikan pengalaman supaya orang lain tak terkena.


Kesimpulan

Aplikasi Caller ID & Call-Blocking memang berguna untuk elak gangguan dan melindungi diri daripada scammer. Sama ada pilih Whoscall atau Truecaller, yang penting ialah anda lebih selamat dan tak mudah tertipu bila terima panggilan dari nombor misteri.

Tapi ingat, aplikasi hanya sekadar alat. Yang paling penting ialah sikap berhati-hati dan jangan sesekali dedahkan maklumat peribadi kepada pemanggil yang tidak dikenali.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...