Jul 17, 2025

Dron: Teknologi Hebat di Udara

Pernah tak nampak benda kecil terbang dekat langit, siap dengan lampu kelip-kelip? Haa... itulah dron! Teknologi moden yang dulu macam impian sains fiksyen, kini dah jadi sebahagian dari kehidupan harian kita.

Tapi pernah terfikir tak — siapa yang cipta dron ni sebenarnya? Apa tujuan asalnya? Jom kita terokai bersama!


✈️ Siapa Cipta Dron?

Dron bukanlah ciptaan satu orang sahaja. Asalnya, konsep dron bermula seawal tahun 1916, apabila British mencipta pesawat tanpa pemandu pertama yang dipanggil “Aerial Target” semasa Perang Dunia Pertama.

Namun, teknologi sebenar yang kita kenali sebagai dron moden berkembang dengan pesat pada akhir abad ke-20, dengan sumbangan besar dari agensi ketenteraan seperti NASA dan Pentagon (AS). Kini, teknologi ini telah berkembang jauh daripada hanya untuk kegunaan ketenteraan.


๐ŸŽฏ Tujuan Dron Dicipta

Pada awalnya, dron digunakan untuk pengintipan dan latihan ketenteraan. Tapi sekarang, fungsinya jauh lebih luas! Antaranya:

  • ๐Ÿ“ท Fotografi dan videografi udara (konsert, perkahwinan, filem)

  • ๐Ÿšœ Pemantauan pertanian dan tanah

  • ๐Ÿ”ฅ Pengawasan kebakaran hutan

  • ๐Ÿš Penghantaran barang oleh syarikat e-commerce

  • ๐Ÿ•ต️‍♂️ Operasi menyelamat dan pemantauan bencana

  • ๐Ÿ“ฆ Penghantaran ubat di kawasan terpencil


๐Ÿข Syarikat-Syarikat Pengeluar Dron Terkenal

Banyak syarikat besar yang menghasilkan dron, antaranya:

  1. DJI (China) – Raja dron dunia, popular dengan model seperti DJI Mini, Mavic, dan Phantom.

  2. Parrot (Perancis) – Fokus kepada dron untuk pengguna biasa dan pendidikan.

  3. Skydio (Amerika Syarikat) – Dikenali dengan dron AI yang pandai elak halangan.

  4. Autel Robotics (Amerika Syarikat) – Saingan kuat kepada DJI dengan prestasi tinggi.

  5. Yuneec (China) – Dron untuk kegunaan profesional dan rekreasi.

Di Malaysia hanya dron jenama DJI (official) sahaja yang terjual di pasaran. Contoh model-model dron DJI yang boleh dibeli:

Mavic 4 Pro

 

✅Spesifikasi: 100MP 4/3 CMOS Hassalblad Camera | 360° Infinity Gimbal | Flagship Remote Controller
๐Ÿ’ฒHarga: RM9,599.00 - RM15,099.00.
๐Ÿ›’Beli disini - https://s.shopee.com.my/7KmBgPoDkm


Air 3S


✅Spesifikasi: Camera Drone | 1-inch COMS Primary Camera | Dual Camera 4K/60fps HDR | Nightscape Obstacle Sensing๐Ÿ’ฒHarga: RM4,599.00 - RM6,579.00
๐Ÿ›’Beli disini - https://s.shopee.com.my/9pTWf5PpQ4


DJI Mini 4


✅Spesifikasi: Advanced Mini Camera Drone
๐Ÿ’ฒHarga: RM3,399.00 - RM4,599.00
๐Ÿ›’Beli disini - https://s.shopee.com.my/gFHkHsuJg


⚠️ Ada Penyalahgunaan Dron Untuk Tujuan Ketenteraan?

Dron boleh jadi alat berguna, tapi juga boleh disalahguna — terutamanya dalam perang dan serangan bersenjata. Bila dron digunakan untuk:

  • Serangan tanpa pemandu

  • Mengintip privasi individu

  • Menyerang tempat awam secara rahsia

...ia boleh menimbulkan isu etika dan kemanusiaan. Ramai pakar mengatakan bahawa penggunaan dron ketenteraan tanpa kawalan manusia secara langsung boleh menyebabkan kematian orang awam dan melanggar undang-undang antarabangsa.


๐Ÿ•น️ Macam Mana Nak Belajar Guna Dron?

Nak belajar kawal dron? Tak susah pun! Ini langkah mudah:

  1. Beli dron pemula – Contohnya DJI Mini SE atau Ryze Tello.

  2. Tonton YouTube – Banyak tutorial daripada pakar dan hobi dron.

  3. Guna aplikasi latihan simulasi – Ada apps seperti DroneSim Pro.

  4. Baca buku/manual – Jangan skip buku panduan!

  5. Ikut kursus rasmi – Di Malaysia, ada kursus oleh CAAM (Civil Aviation Authority of Malaysia).

Nota penting: Jangan lupa daftar dron dan patuhi undang-undang tempatan.



๐Ÿค” Dron: Kebaikan atau Keburukan?

Jujur cakap, dron adalah teknologi yang sangat berguna — kalau digunakan dengan betul.

✅ Kebaikan:

  • Menjimatkan masa dan tenaga

  • Menyelamatkan nyawa

  • Buka peluang kerja dalam bidang kreatif dan teknologi

❌ Keburukan:

  • Boleh langgar privasi

  • Salahguna untuk serangan atau pengintipan

  • Risiko kemalangan kalau tak ikut peraturan


๐Ÿ“Œ Kesimpulan

Dron adalah teknologi moden yang luar biasa, tapi macam pisau — boleh guna untuk potong buah, boleh juga mencederakan orang. Segalanya bergantung pada niat dan cara penggunaan.

Kalau digunakan untuk tujuan baik — pendidikan, keselamatan, kreativiti — dron pasti memberi manfaat besar kepada dunia. Tapi jika disalahgunakan, ia boleh membawa padah.

Jadi, kita sebagai pengguna — guna dengan bijak, okay?

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pembaca yang sudi baca kupasan admin tentang teknologi dron. Jumpa di post seterusnya akan datang ๐Ÿ˜

Jul 7, 2025

Kereta EV Trend Terkini Rakyat Malaysia



Pernah tak masa tengah ronda cari parking dalam lot mall, tiba-tiba nampak satu kereta tengah cas kat parking lot dengan satu pengecas khas, dan bila ia keluar petak parkingnya  tak keluar pun bunyi enjin dan ekzos bila ia bergerak… haaa itulah dia, kereta EV!

Tapi…Apa benda sebenarnya kereta EV ni?
EV tu singkatan untuk Electric Vehicle — maksudnya kereta yang bergerak guna elektrik, bukan petrol atau diesel macam kereta biasa. Dalam erti mudah, kita ‘charge’ kereta macam kita cas telefon!


⚡ Siapa yang mula bawa masuk kereta EV kat Malaysia?

Kalau kita imbas balik, antara yang mula-mula popular kan kereta EV kat Malaysia ni adalah Nissan Leaf, tapi masa tu harganya boleh tahan mahal. Lepas tu masuk pula jenama-jenama macam BMW i-series, Tesla, dan sekarang ni semakin banyak model EV dari China (BYD, Neta, GWM Ora), dan juga dari Proton (eMas7) dan Perodua (yang tengah rancak buat persiapan EV sendiri!).

Kerajaan pun sokong perkembangan EV ni — ada insentif cukai, subsidi, dan charging station percuma di sesetengah tempat. Gaya hidup hijau katanya!

Jul 2, 2025

Apa Itu Canva dan Kenapa Semua Orang Suka Guna?

Pernah tengok poster cantik, resume kemas, atau Instagram feed yang aesthetic… dan terfikir, “Macam mana dia design lawa sangat ni?”

Rahsianya mungkin satu je: Canva!

Yes, Canva ni memang penyelamat untuk semua orang yang nak buat design tapi tak reti guna Photoshop. Nak tahu lebih? Jom baca sampai habis ๐Ÿ˜„


๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ’ป Siapa Pencipta Canva?

Canva ni sebenarnya idea daripada seorang wanita hebat dari Australia — Melanie Perkins.

Melanie Perkins- pencipta aplikasi Canva

Masa dia belajar kat universiti, dia perasan ramai student struggle nak guna software design. So dia pun fikir, "Kenapa tak buat satu platform design yang senang, semua orang boleh guna?"

Hasilnya? Canva dilancarkan pada tahun 2013, dan sekarang dah digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia!


๐Ÿ› ️ Apa Yang Boleh Buat Dengan Canva?

Jawapannya: BANYAK. Serius. Ni antara contoh paling popular:

✅ Buat poster program sekolah/kerja

✅ Design resume dan cover letter

✅ Cipta kad kahwin atau jemputan event

✅ Buat powerpoint (lebih cantik dari yang biasa!)

✅ Post IG/FB yang aesthetic & pro

✅ Buat video pendek/slideshow

✅ Design logo atau banner bisnes kecil-kecilan


๐Ÿ“ธ Contoh Design Guna Canva:

1. Poster Event Sekolah

2. Resume Profesional

3. Instagram Post Aesthetic

4. Kad Jemputan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...