Nov 4, 2013

iPad Air tablet Apple berkuasa



iPad Air tablet Apple berkuasa?

Apple membina satu lagi generasi baru bagi kategori tablet yang dipanggil iPad Air. Ia berukuran senipis 7.9mm dan hanya seberat 454 gram sahaja. Dari segi prestasinya, iPad Air dikuatkuasakan dengan cip pemprosesan Apple terbaru A7 dengan 64 bit, membolehkan ia dikategorikan sebagai tablet berkuasa tinggi. Dari segi paparan, imej dan video berdefinisi tinggi dengan adanya paparan Retina padanya. Apple telah menambahbaik sambungan wireless pada iPad Air dengan mengaplikasi MIMO pada sistem wireless menjadikan ia 2X lebih pantas. Harga permulaan iPad Air ialah USD499 bersamaan RM1586.



Laptop bau kencing kucing?



Ya, perkara tersebut benar-benar terjadi. Nasib malang berbau kencing kucing ini terjadi kepada pengguna-pengguna notebook Dell Latitude 6430u. Perkara ini berlaku apabila salah satu pengguna mengadu pada  laman web Dell support community  akan bau kencing kucing pada notebooknya. Pengguna dikenali sebagai Three West tersebut amat tidak berpuas hati dengan bau yang kurang menyenangkannya.

Snapshot aduan bau kencing kucing


Bila bau kencing kucing merebak?

       Menurut Three West, bau tersebut amat kuat pada komponen keyboard Dell Latitude 6430u. Seterusnya, muncul pula beberapa pengguna lain mengatakan turut masalah tersebut. Hasil rungutan dari pengguna, Dell menyiasat perkara tersebut, dan menyimpulkan bahawa bau seakan-akan kencing kucing tidak merbahaya serta selamat. Dell turut menyatakan punca masalah tersebut adalah daripada salah satu masalah teknikal pihak vendor bagi Dell Latitude 6430u dan telah diatasi. Pengguna lain yang mengalami masalah sama perlu menghantar kembali notebook kepada pihak Dell untuk diperbaiki dan jaminan diberi kepada bakal pembeli Dell Latitude 6430u bahawa tidak lagi bau kencing kencing tersebut.





p/s: Notebook bau wangi bunga atau vanila best la, ni bau hancing. Oh tidak,tidak.

Sumber: Zdnet




Oct 31, 2013

Phonebloks yang Futuristik

Masih anda ingatkan video di bawah ini?




Ya, ini Phonebloks merupakan idea Dave Hakkens, seorang perekacipta dari Belanda. Beliau menekankan teknologi telefon sekarang boleh diubahsuai menjadi lebih mesra teknologi dan mesra alam, dengan memecahkan komponen-komponen telefon kepada beberapa bahagian. Dengan cara tersebut, apabila sesuatu bahagian komponen rosak atau mahu diperbaharui, kita boleh mengantikannya hanya pada bahagian tersebut dan bukannya secara keseluruhan komponen. Konsep ini seakan-akan meniru konsep permainan Lego.


Konsep Phonebloks


     Konsep Dave Hakkens ini telah menjadi viral dengan sokongan ramai daripada pengguna internet seluruh dunia hasil perkongsian melalui Facebook dan Twitter. Lihat sahaja hits yang telah dicapai iaitu 378,120,360 orang. Khabarnya konsep Phonebloks ini bakal direalisasikan oleh Motorola ( Project Ara). Kita tunggu dan lihat sama ada Phonebloks berjaya atau hanya tinggal konsep sahaja.


Jumlah sokongan pada konsep Phonebloks
Dave Hakkens juga mencetuskan satu lagi idea yang menarik iaitu 'Precious Plastic' sesiapa saja boleh menghasilkan plastik sendiri menggunakan plastik kitar semula. Konsep yang sangat mesra alam.


TERKINI! TERKINI! TERKINI!

Dave Hakkens telah berkerjasama dengan Motorola untuk menghasilkan Phonebloks


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...