Oct 11, 2013

Teknologi Iron Man: Leap Motion




Perasan tak babak ini? Ya, ini merupakan babak dalam filem Iron Man di mana Tony Stark sedang mereka sut Iron Man di dalam makmal peribadinya. Dia hanya menggerakkan tangan sama ada ke kiri atau ke kanan untuk merekabentuk sut tersebut. Babak ini menggunakan teknologi CGI untuk membolehkan Tony Stark seolah-olah sedang merekabentuk lakaran Iron Man.

     Adalah secara logiknya teknologi ini ada pada dunia realiti? Ada, cuma masih tidak selengkapnya. Elon Musk, CEO Tesla telah berjaya menghasilkan teknologi ini yang digelar Leap Motion, dengan menggubah struktur lakaran 3D kepada objek kaca bercahaya. Objek 3D digerakkan dengan bantuan motion detector yang mengesan pergerakan tangan pengguna. Saksikan bagaimana Elon Musk melakukan demonstrasi Leap Motion:







Black Friday untuk Google Malaysia


Hari ini 11 Oktober adalah hari malang bagi Google Malaysia kerana telah di hack oleh sekumpulan hackers yang menggelarkan diri merka sebagai Team Madleets. Kumpulan ini dipercayai hackers dari negara Pakistan, namun tidak dapat disahkan. Motif mereka menceroboh laman web Google Malaysia masih tidak diketahui, mungkin untuk menguji skil atau sistem keselamatan laman web Google Malaysia. Walau apa pun sebab mereka, diharapkan pihak Google Malaysia dapat mengatasi masalah ini.


p/s: Hacker Malaysia tak nak serang balik ker?he2

Oct 4, 2013

Antaramuka baru Google Chrome menarik!




Anda mungkin perasan sesuatu pada web browser Google Chrome anda. Ya, Google telah menambaik Google Chrome dengan ciri-ciri baru dan menarik (sila lihat gambar di atas). Tujuan Google berbuat demikian supaya pengguna Google mengawal aplikasi dan produk berteraskan Google pada Google Chrome. 

Pintasan semua aplikasi Google di sini.
 Ikon 9 kotak kecik tersebut merupakan menu pintasan bagi aplikasi-aplikasi Google. Anda boleh menjalankan aplikasi dengan mengklik icon aplikasi tersebut. Namun terdapat limitasi, kerana ada aplikasi yang bergantung kepada kawasan geografi. Sebagai contoh, Google Wallet  belum disokong penggunaan di Malaysia. 



Aplikasi-aplikasi lain yang ditawarkan Google

Contoh web sering dikunjungi
Penambahan lain yang dilakukan Google adalah jika anda membuka Tab baru, Google Chrome akan menyediakan pintasan ikon laman web yang selalu anda kunjungi. Sebanyak 8 laman web akan dipaparkan. Ciri ini amat menyenangkan pengguna Google Chrome.



Dan bukan itu sahaja, Google telah berusaha mengintergrasikan sebuah aplikasi desktop dipanggil Chrome App Launcher. Aplikasi ini akan menyediakan pintasan pada komputer anda untuk menghubungkan dengan aplikasi-aplikasi Google. Chrome App Launcher boleh dipasang dengan memuat turun pada Chrome Web Store.

Info tentang Chrome App Launcher

Hasil paparan pada dekstop Chrome App Launcher

Carian menggunakan Chrome App Launcher
Cubalah memasang aplikasi Chrome App Launcher ini, dan kesannya anda lebih efisien dalam mengunakan aplikasi-aplikasi keluaran Google.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...