Sep 6, 2013

Asus 6,7,8 ?

Asus akan menjadi pesaing hebat kepada Samsung dengan kemunculan tiga produk terbaik mereka yang telah dilancarkan di IFA 2013, Berlin. Tiga produk tersebut adalah Asus Fonepad 6, Asus Fonepad 7 dan Asus Memopad 8. Kemunculan produk-produk Asus ini akan menyaingi produk Samsung sedia ada seperti Samsung Galaxy Note 2, Samsung Galaxy Tab 3 dan Samsung Galaxy Note 8.0 II.


Asus Fonepad 6


  • Mempunyai pen stylus
  • Kadar resolusi 1920×1080 (skrin IPS 6 inci)
  • Cip pemprosesan Intel Atom Z2580 dual-core processor 2GHz
  • 2GB RAM
  • Kapasiti storan (16Gb atau 32Gb) + SD slot
  • Kuasa bateri 3200mAh
  • Kamera belakang 8.0Mp, kamera depan 1.2Mp
  • OS: Android 4.2.2


Asus Fonepad 7


  • Tiada pen stylus
  • Kadar resolusi 1280x800 (skrin IPS 7 inci)
  • Cip pemprosesan Intel Atom Z2580 single-processor 1.6GHz
  • 1GB RAM
  • Kapasiti storan (8Gb, 16Gb atau 32Gb) + SD slot
  • Kuasa bateri 3,950mAh
  • Kamera belakang 5.0Mp, kamera depan 1.2Mp
  • OS: Android 4.2


Asus Memopad 8


  • Tiada pen stylus
  • Kadar resolusi 1280×800 (skrin IPS 8 inci) 
  • Cip pemprosesan 1.6GHz quad-core
  • 1GB RAM
  • Kapasiti storan (8Gb, 16Gb atau 32Gb) + SD slot
  • Kuasa bateri 3,950mAh
  • Kamera belakang 5.0Mp, kamera depan 1.2Mp
  • OS: Android 4.2

p/s: Baru dilancarkan semalam, mungkin tahun depan sampai ke Malaysia.

Jul 17, 2013

5 Jutawan Internet Popular

Internet jika dimanfaatkan dengan sebaiknya boleh menjadi lubuk wang kepada sesiapa yang rajin berusaha dan bijak mengambil peluang. Buktinya jutawan-jutawan internet telah dilahirkan seperti di bawah:





MARK ZUCKENBERG

Membangunkan Facebook ketika masih menuntut di Universiti Harvard. Idea beliau pada asalnya adalah untuk membangunkan sebuah sistem perhubungan antara pelajar di Universiti Harvard pada tahun 2004, namun berkembang dengan pesat setelah dibuka kepada umum. Kini pengguna Facebook dianggarkan sebanyak 900 ribu juta pengguna.







LARRY PAGE
Pengasas Google bersama dengan Sergey Brin ini bermula dengan projek penyelidikan Phd mereka di Universiti Stanford. Menawarkan sistem  carian berasaskan bilangan laman dan kepentingannya, ia menjadikan Google sebagai enjin carian utama untuk pengguna Internet.






JACK MA

Diiktiraf sebagai jutawan Internet China, Jack Ma merupakan pengasas laman e-commerce “Alibaba”. Walaupun pernah gagal peperiksaan sebanyak 2 kali, namun akhirnya beliau berjaya mendapatkan segulung ijazah Bahasa Inggeris. Dalam tahun 2005, Jack Ma telah disenaraikan “25 Most Powerful Business People in Asia” dalam Majalah Fortune.







ROBIN LI

Dasar tertutup Internet Negara China benar-benar membuka peluang kepada Robin Li. Apabila Google tidak dibenarkan beroperasi lagi, enjin carian Baidu hasil ciptaan Robin Li mengambil tempat. Beliau telah disenaraikan sebagai orang kedua terkaya di China dengan nilai bersih $ 10.2 ribu juta.







MASAYOSHI SAN

Beliau adalah seorang ahli perniagaan Jepun (tetapi berdarah Korea) dan pengasas juga Ketua Pegawai Eksekutif semasa SoftBank, ketua pegawai eksekutif SoftBank Mobile, dan pengerusi Sprint Corporation. Softbank adalah syarikat telekomunikasi dan Internet milik Masayoshi San yang telah menjana pendapatan tinggi dengan pelbagai usahasama dengan syarikat lain seperti Yahoo! Dan Apple. Dianggarkan nilai Softbank adalah sebanyak $ 21 ribu juta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...