Oct 23, 2012

Sekilas Pandang Microsoft Office 2013

Microsoft Inc telah menhasilkan versi terbaru Microsoft Office nya iaitu Microsoft Office 2013. Ia telah diberi nafas baru dari segi rekabentuk dan ciri-ciri yang menarik. Dijangkakan pada awal suku pertama 2013, ia akan dipasarkan pada pengguna.

Jom lihat apa yang menarik pada Microsoft Office 2013 :

Login berasaskan akaun (contoh : menggunakan Skydrive akaun.. hotmait/live.com)









Edit (jenis, stail, warna data) pada chart  lebih mudah



 Integrasi dengan Skydrive (boleh save online)



 Boleh masukkan gambar dari pelbagai saluran ( Skydrive, Bing, Flickr)


 Interface METRO style (lebih sleek dan minimalist)


 Boleh open, edit dan save PDF dalam Microsoft Word 2013


 Reading dan view dokumen seperti touchscreen


 Syncronize edit (ubah dokumen kat laptop, kat tablet pun sama ikut)


Start Screen yang mudah akses pada kategori fail Word.

Format Picture yang dalam 1 panel pada Power Point

Oct 21, 2012

Nak jadi Computer 'Geek'?

Apakah yang dimaksudkan "geek" ?
Maksud geek menurut kamus Meriam Webster :-

"an enthusiast or expert especially in a technological field or activity "

Oleh yang demikian, ia merujuk kepada seseorang yang bersemangat (ada passion) dan berpengetahuan luas dalam sesuatu bidang. Dalam topik ini, kita merujuk kepada seseorang yang pakar komputer.

Cam mane nak menjadi sorang yang computer geek?

1) Kena ada ciri-ciri asas seorang geek
  • Pastikan ada email unik untuk anda berinteraksi dengan org lain. Cadangan gunakan gmail kerana banyak features terdapat dalamnya.
  • Akaun Facebook pun satu kemestian sebagai medium interaksi dengan geek-geek yang lain, dan juga kenalan baru.
  • Ada website sendiri.
  • Ada baju yang menunjukkan anda seorang geek (paling kurang 5 helai). Contoh di bawah.
 
  • Ada video-video anda tengak ajar cara repair pc, cara setup network even yang simple pun ada dalam akaun Youtube anda. Bila ramai menontonnya, automatik anda akan dikenali ramai.
  • Punya lifestyle tersendiri even ada yang tak berkenan. Ini adalah untuk menunjukkan anda seorang geek.

2) Pandai bersembang tentang sesuatu dengan lebih detail
Apabila bergaul dengan orang lain, geek mestilah pandai bercakap sesuatu perkara yang ia pakar, sebagai contoh pandai dalam repair komputer. So, apabila sesuatu masalah komputer rosak, geek boleh menerangkan dengan jelas dan terperinci apa punca masalah dan jalan penyelesaiannya. Ini secara automatik membuat orang kagum.


3) Banyak bahan rujukan
Geek mestilah mempunyai bahan rujukan seperti majalah, jurnal, ebook atau apa sahaja untuk membantu menambah pengetahuan. Ini disebabkan teknologi maklumat sentiasa berkembang dengan teknologi baru setiap hari.


4) Ada gajet
Gajet merupakan satu keperluan dan gaya seorang geek. Memiliki gajet yang canggih dan terkini merupakan satu kelebihan, tetapi untuk berbeza dengan orang ramai, geek mesti menyuntik elemen kreatif pada gajetnya, seperti warna berbeza.


5) Expert programming language
 Mempelajari dan mahir dalam programming language merupaka skil terbaik. Sama ada expert dalam C++, Java, HTML, Python dan apa-apa sahaja programming language membolehkan geek membina sesebuah aplikasi dan pencipta teknologi untuk masyarakat.


6) Kuat belajar tentang komputer
Keinginan menambah pengetahuan merupakan ciri geek. Sentiasa ingin mencuba teknologi baru dan belajar di sebalik teknologi tersebut (bagaimana teknologi itu berfungsi).



7) Kuat membaca
Selalu mengunjungi library untuk membaca dan meminjam buku berkaitan IT, paling kurang 5 atau 6 buah sebagai bahan bacaan.

8) Asyik layan cerita sains fiksyen
Star Wars, Lord of The Rings dan The Matrik sebagai contoh merupakan cerita fiksyen yang mesti dilayan sampai khatam. Wajib tonton.


9) Berkawan dengan geek lain
Ia membolehkan perkongsian ilmu di antara geek dan juga mewujudkan rangkaian perhubungan. Mewujudkan aktiviti bersama merupakan keseronokan.


10) Belajar hack komputer
Apabila anda berjaya hack komputer atau sistem, you are totally GEEK.




 

Sep 28, 2012

Makhluk Hijau Terbang?



Sesiapa yang pernah main Angry Bird, pasti tahu makhluk hijau pe dia. Yup, it's seekor pig. Rovio pembangun aplikasi permainan Angry Bird telah mereka games khas bagi karektor makhluk hijau tersebut yang dipanggil Bad Piggies. Games ni membolehkan pemain memainkan watak pig tersebut agar ia boleh terbang.

Menarik bukan? Cam mana nak bagi pig ni terbang? Cara bermainnya adalah player kena membina sebarang kenderaan yang boleh membantu pig terbang ke tempat yang dituju dengan selamat.
Saksikan video preview Bad Piggies di bawah:-


Untuk Android boleh didownload secara percuma, manakala edisi iPhone berharga $ 0.99 dan versi HD untuk iPad ditawarkan harga $ 2.99. Untuk pengguna Mac agak mahal harganya, iaitu $ 4,99.

Petri Järvilehto, Rovio’s EVP of Games menjelaskan keterujaan beliau pada pelancaran Bad Piggies bahawa:

“Where Angry Birds was all about destruction, Bad Piggies is all about the joy of construction,”
 


 
 
Bad Piggies boleh didownload di Google Play store, the Mac App Store, and the iOS App Store.
Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...