Jul 2, 2025

Apa Itu Canva dan Kenapa Semua Orang Suka Guna?

Pernah tengok poster cantik, resume kemas, atau Instagram feed yang aesthetic… dan terfikir, “Macam mana dia design lawa sangat ni?”

Rahsianya mungkin satu je: Canva!

Yes, Canva ni memang penyelamat untuk semua orang yang nak buat design tapi tak reti guna Photoshop. Nak tahu lebih? Jom baca sampai habis 😄


👩‍💻 Siapa Pencipta Canva?

Canva ni sebenarnya idea daripada seorang wanita hebat dari Australia — Melanie Perkins.

Melanie Perkins- pencipta aplikasi Canva

Masa dia belajar kat universiti, dia perasan ramai student struggle nak guna software design. So dia pun fikir, "Kenapa tak buat satu platform design yang senang, semua orang boleh guna?"

Hasilnya? Canva dilancarkan pada tahun 2013, dan sekarang dah digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia!


🛠️ Apa Yang Boleh Buat Dengan Canva?

Jawapannya: BANYAK. Serius. Ni antara contoh paling popular:

✅ Buat poster program sekolah/kerja

✅ Design resume dan cover letter

✅ Cipta kad kahwin atau jemputan event

✅ Buat powerpoint (lebih cantik dari yang biasa!)

✅ Post IG/FB yang aesthetic & pro

✅ Buat video pendek/slideshow

✅ Design logo atau banner bisnes kecil-kecilan


📸 Contoh Design Guna Canva:

1. Poster Event Sekolah

2. Resume Profesional

3. Instagram Post Aesthetic

4. Kad Jemputan


Jun 18, 2025

TikTok bakal jadi Raja Media Sosial? Ini sebabnya.


Kalau anda aktif di media sosial, mesti pernah dengar atau guna TikTok, kan? Aplikasi ini memang jadi kegilaan ramai, bukan saja budak remaja, tapi juga orang dewasa dan atok nenek! TikTok ialah platform video pendek yang boleh diakses melalui telefon pintar atau terus dari laman web. Menariknya, pengguna boleh tonton berjuta-juta video yang memang disesuaikan ikut minat masing-masing. Sehingga Februari 2025, TikTok dah ada lebih 1.5 bilion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia. Fuh, bukan calang-calang! Walaupun ada cubaan sekatan di Amerika Syarikat, jumlah pengguna masih terus meningkat.


Macam-Macam Ada di TikTok!

Apa saja jenis video, semua boleh jumpa kat TikTok — dari video kelakar, tips DIY, resepi makanan, sukan, kucing comel, sampai ke video inspirasi. Aplikasi ini sangat ‘bijak’ sebab suapan videonya akan ikut apa yang anda suka tonton, tekan butang like, atau kongsi.


Nak Video Anda Tular? Ini Tipsnya 👇

Kalau anda nak hasilkan video TikTok yang kreatif dan ramai orang tengok, ini antara petua yang boleh dicuba:

✅ Kenal pasti siapa penonton anda

✅ Berinteraksi dengan pengikut

✅ Buat video berkualiti & menarik

✅ Gunakan hashtag yang betul

✅ Rajin post secara konsisten

✅ Jangan buat video terlalu panjang

✅ Visual kena “grab attention”!

✅ Ikut trend semasa

Kalau nak tahu apa yang tengah ‘trending’, anda boleh cari #hashtag yang sedang popular di TikTok. Mudah je, guna fungsi carian atau pergi ke bahagian Discover dalam aplikasi.


Contoh Hashtag Popular

Antara hashtag yang selalu digunakan:

#tiktok #fyp #foryou #viral #love #funny #memes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...