|
MARK ZUCKENBERG
Membangunkan Facebook ketika masih menuntut di Universiti Harvard.
Idea beliau pada asalnya adalah untuk membangunkan sebuah sistem perhubungan
antara pelajar di Universiti Harvard pada tahun 2004, namun berkembang dengan pesat setelah
dibuka kepada umum. Kini pengguna Facebook dianggarkan sebanyak 900 ribu juta pengguna.
|
|
LARRY PAGE
Pengasas Google bersama dengan Sergey Brin ini bermula dengan projek
penyelidikan Phd mereka di Universiti Stanford. Menawarkan sistem carian berasaskan bilangan laman dan
kepentingannya, ia menjadikan Google sebagai enjin carian utama untuk
pengguna Internet.
|
|
JACK MA
Diiktiraf sebagai jutawan Internet China, Jack Ma merupakan pengasas
laman e-commerce “Alibaba”. Walaupun pernah gagal peperiksaan sebanyak 2
kali, namun akhirnya beliau berjaya mendapatkan segulung ijazah Bahasa
Inggeris. Dalam tahun 2005, Jack Ma telah disenaraikan “25 Most Powerful
Business People in Asia” dalam Majalah Fortune.
|
|
ROBIN LI
Dasar tertutup Internet Negara China benar-benar membuka peluang
kepada Robin Li. Apabila Google tidak dibenarkan beroperasi lagi, enjin carian
Baidu hasil ciptaan Robin Li mengambil tempat. Beliau telah disenaraikan
sebagai orang kedua terkaya di China dengan nilai bersih $ 10.2 ribu juta.
|
|
MASAYOSHI SAN
Beliau adalah seorang ahli perniagaan Jepun (tetapi berdarah Korea) dan pengasas juga Ketua
Pegawai Eksekutif semasa SoftBank, ketua pegawai eksekutif SoftBank Mobile,
dan pengerusi Sprint Corporation. Softbank adalah syarikat telekomunikasi dan
Internet milik Masayoshi San yang telah menjana pendapatan tinggi dengan
pelbagai usahasama dengan syarikat lain seperti Yahoo! Dan Apple. Dianggarkan
nilai Softbank adalah sebanyak $ 21 ribu juta.
|