Video Game Pertama adalah Ujikasi Sains? YA.
Kenapa? Bukan "Pong" ke Video Game Pertama? Baca cerita di bawah ini.
![]() |
Sumber imej : Brookhaven National Laboratory |
William Higinbotham, seorang ahli fizik nuklear telah menghasilkan satu ujikaji atau eksperimen yang pada mulanya untuk tujuan pameran (exhibition) untuk hari pengunjung tahunan di Brookhaven National Laboratory di Upton , New York. Selain itu, beliau ingin menunjukkan kepada umum bahawa sains boleh membawa manfaat untuk semua. Pada tarikh Oct. 18, 1958 , eksperimen beliau telah menarik ratusan pengunjung untuk mencuba permainan hasil ciptaannya yang diberi nama “Tennis for Two”.
Macam mana bentuk permainan “Tennis for Two” ini?
Ia dimainkan pada skrin osiloskop 5 inci berserta dengan alat kawalan yang dilengkapi 2 butang, 1 butang untuk membuat pukulan, satu lagi mengawal gerakan bola ping pong. Mainkan video di atas untuk lebih memahami permainan ini. Artikel ini adalah sempena menyambut ulangtahun ke-50 tahun Games Sedunia, dan tambah menariknya Brookhaven National Laboratory memberi sesiapa untuk mencuba untuk kali kedua “Tennis for Two”.
Sumber: NBC News
Ralat: Video Game Pertama adalah ciptaan A.S. Douglas, pelajar PhD University of Cambridge. Game beliau simulasi pangkah dan salib, namun tidak ditayangkan pada umum.
No comments:
Post a Comment