Oct 15, 2015
Imej Misi Apollo Boleh Dicapai Online
Bagi mereka yang berminat dengan bidang luar angkasa atau ingin menjadi angkasawan, anda pasti teruja bila melihat imej misi kapal angkasa Apollo sebanyak 13,000 yang kini boleh dicapai online melalui akaun flickr yang dikendali oleh Kipp Teague yang ditugaskan untuk projek " Project Apollo Archive".
Sebelum ini, agensi angkasa Amerika, NASA tidak dapat mempamerkan imej sepanjang misi 4-5 tahun Apollo termasuk imej popular penjejakan pertama angkasawan Neil Armstrong di bulan kerana kekangan bajet. Kipp Teague telah mengambil inisiatif dengan memuat naik semua imej termasuk yang telah diedit dan original.
Imej-imej tersebut boleh dilihat pada account flickr mengikut album turutan misi atau photostream projek apollo archive.
Sumber: Neowin.net
Imej oleh NASA
Labels:
People,
Technology
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment