Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

May 12, 2026

Claude AI: Chatbot AI No. 1 Paling Powerful?


Teknologi Artificial Intelligence (AI) semakin berkembang dan kini menjadi alat penting dalam kehidupan seharian. Kalau sebelum ini ramai kenal ChatGPT, sekarang satu lagi chatbot AI yang semakin mendapat perhatian ialah Claude AI.

Kalau anda baru dengar nama ini, jangan risau. Artikel ini akan terangkan secara ringkas, padat dan mudah difahami tentang apa itu Claude AI, fungsi utamanya, kelebihan, kekurangan dan siapa yang sesuai menggunakannya.


Apa Itu Claude AI?


Claude AI ialah chatbot berasaskan kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh syarikat teknologi Anthropic. Claude dibangunkan oleh Anthropic, syarikat AI yang diasaskan oleh bekas penyelidik OpenAI.  Anthropic memberi fokus kepada pembangunan AI yang lebih selamat, teliti dan bertanggungjawab. Sebab itu Claude dikenali sebagai AI yang lebih berhati-hati ketika memberi jawapan dan sangat bagus dalam tugasan analisis.

Fungsinya hampir sama seperti chatbot AI lain iaitu membantu pengguna untuk:

  • Menjawab soalan
  • Menulis artikel atau email
  • Meringkaskan dokumen
  • Menjana idea
  • Membantu analisis maklumat
  • Membaca fail yang dimuat naik

Secara mudah, Claude ialah pembantu digital pintar yang boleh membantu memudahkan kerja harian.


Bagaimana Nak Guna Claude?

Menggunakan Claude sangat mudah.

Anda hanya perlu:

  1. Buka laman web Claude : https://claude.ai/login
  2. Daftar akaun menggunakan email
  3. Terus mula bertanya atau beri arahan

Claude juga mempunyai aplikasi desktop yang memudahkan pengguna bekerja dengan fail terus dari komputer. Claude menyediakan versi percuma untuk pengguna baru mencuba.

Versi percuma sesuai untuk:

  • Bertanya soalan
  • Menulis kandungan
  • Ringkaskan teks
  • Cari idea

Untuk pengguna aktif, terdapat pelan berbayar seperti Claude Pro dan Claude Max yang menawarkan penggunaan lebih tinggi dan prestasi lebih baik.



Kelebihan Claude AI

1. Sangat Bagus Dalam Penulisan

Claude menghasilkan penulisan yang lebih natural dan tersusun.

Sesuai untuk:

  • Artikel blog
  • Email profesional
  • Caption media sosial
  • Draf laporan

Contoh input prompt di dalam Claude AI


2. Hebat Membaca Dokumen Panjang

Ini kekuatan utama Claude.

Ia boleh membaca PDF, laporan atau dokumen panjang dan menghasilkan ringkasan yang mudah difahami.

Sangat berguna untuk pelajar dan pekerja profesional.


3. Sesuai Untuk Brainstorming

Kalau anda buntu idea, Claude boleh bantu jana:

  • Idea artikel
  • Strategi pemasaran
  • Tajuk projek
  • Struktur pembentangan


4. Boleh Faham Konteks Perbualan Panjang

Anda boleh berbual panjang tanpa perlu ulang arahan terlalu banyak.


Cowork Mode, Ciri Hebat dalam Claude AI



Salah satu ciri paling menarik Claude ialah fungsi automasi yang dipanggil Cowork. Secara mudah, Cowork membolehkan Claude bekerja untuk tempoh yang lebih lama bagi menyelesaikan tugasan tertentu.

Bayangkan anda ada folder penuh dengan dokumen dan anda mahu:

Analisis semua dokumen ini dan ringkaskan dapatan utama.”

Dengan Claude, anda boleh arahkan tugasan itu dan biarkan ia bekerja.


Konsepnya mudah:

Anda beri arahan jelas → Claude proses → Claude hasilkan output

Ini sangat membantu untuk tugasan berulang seperti:

  • Menyusun invoice
  • Analisis laporan
  • Ringkasan dokumen
  • Menyusun data teks

Untuk pekerja pejabat, pelajar penyelidik, dan sesiapa yang selalu berurusan dengan dokumen, ciri ini boleh menjimatkan banyak masa.


Kekurangan Claude

Walaupun hebat, Claude tetap ada limitasi:

  • Kurang sesuai untuk maklumat real-time
  • Kadangkala terlalu berhati-hati memberi jawapan
  • Perlu arahan yang jelas untuk hasil terbaik


Claude vs ChatGPT



Siapa Yang Sesuai Guna Claude?

Claude sangat sesuai untuk:

✅ Pelajar
✅ Penulis kandungan
✅ Freelancer
✅ Penyelidik
✅ Pekerja pejabat

Kalau kerja anda banyak melibatkan dokumen dan penulisan, Claude sangat membantu.


Tips Guna Claude Dengan Berkesan

Untuk dapat hasil terbaik:

  • Jadi spesifik: Berikan arahan yang jelas.
  • Beri contoh: Jika mahukan gaya tertentu, tunjukkan contoh.
  • Pecahkan tugasan besar: Minta satu persatu untuk hasil lebih kemas.


Kesimpulan

Claude AI ialah antara chatbot AI terbaik yang wajar dicuba, terutama bagi mereka yang banyak bekerja dengan dokumen, penulisan dan analisis maklumat.

Kelebihan utamanya terletak pada:

  • Penulisan yang natural
  • Keupayaan membaca dokumen panjang
  • Membantu menjana idea

Walaupun ada beberapa kekurangan, Claude tetap menjadi alat yang sangat berguna jika digunakan dengan cara yang betul. Kalau anda belum pernah mencubanya, ini masa terbaik untuk mula kenal dan explore sendiri kemampuan Claude AI.

Terima kasih sudi baca post ini. Jumpa di post yang seterusnya.

Apr 18, 2026

11 Perkakasan Wajib Ada Untuk Bina Komputer Sendiri

 


Pernah terfikir nak bina komputer sendiri? Ramai ingat ia susah, tapi sebenarnya ia menyeronokkan dan boleh jimat kos. Selain itu, anda boleh pilih spesifikasi ikut keperluan sendiri, sama ada untuk belajar, kerja, gaming atau buat kerja editing.

Jom kita belajar mengenali 11 perkakasan wajib yang perlu ada untuk bina sebuah komputer yang lengkap.


Perkakasan Wajib No.1: Processor (CPU) – Otak Komputer

Processor atau CPU ialah komponen paling penting dalam komputer. Ia berfungsi memproses semua arahan dan data. Lagi tinggi kelajuan (GHz) dan bilangan core, lagi laju prestasi komputer anda. Kerja pejabat memerlukan CPU sederhana sudah mencukupi, manakala untuk gaming / editing perlukan CPU lebih berkuasa.

👍Contoh CPU Terbaik:
  • AMD Ryzen 5 5600 – harga sekitar RM500 – RM700
  • Intel Core i5-12400F – harga sekitar RM700 – RM800

📌 Fakta:

  • Ryzen terkenal dengan value for money
  • Intel pula stabil untuk gaming & productivity

Perkakasan Wajib No.2: Motherboard – Pusat Sambungan

Motherboard ialah papan utama yang menghubungkan semua komponen seperti CPU, RAM dan storage.

👍 Contoh Motherboard Terbaik:
  • ASUS TUF Gaming B550M (AMD)  – harga sekitar RM450 – RM600
  • MSI PRO B660M-A (Intel)  – harga sekitar RM500 – RM700

📌 Tip:

  • Pilih yang ada RAM slot lebih & M.2 SSD support
  • Beli yang serasi dengan CPU
  • Mempunyai slot yang mencukupi
  • Menyokong upgrade masa depan

Perkakasan Wajib No.3:RAM – Memori Sementara

RAM (Random Access Memory) membantu komputer jalankan banyak aplikasi serentak tanpa lag. Cadangan minimum adalah 8GB, tapi yang ideal adalah16GB ke atas.

👍 Contoh RAM Terbaik:
  • Corsair Vengeance LPX 16GB DDR4  – harga sekitar RM300 – RM400
  • Corsair Vengeance RGB RS 16GB  – harga sekitar RM150 – RM300

📌 Tip:

  • 8GB = basic, 16GB = optimum, 32GB/64GB = heavy user
  • Lagi besar RAM, lagi lancar multitasking


Perkakasan Wajib No.4: Storage – Tempat Simpan Data

Storage digunakan untuk simpan semua fail, software dan sistem operasi.

Jenis utama yang SSD lebih laju, moden (disyorkan) dan yang HDD harga lebih murah dan boleh dapat kapasiti besar.

👍 Contoh Storage Terbaik:
  • Samsung 970 EVO Plus NVMe SSD  – harga sekitar RM250 – RM400
  • Kingston NV2 NVMe SSD  – harga sekitar RM200 – RM350

📌 Tip:

  • Guna SSD boleh boot Windows dalam beberapa saat sahaja
  • Boleh gabungkan SSD (simpan OS) + HDD (simpan data) untuk prestasi terbaik!


Perkakasan Wajib No.5: Graphics Card (GPU) – Paparan Grafik

GPU penting untuk paparan visual, terutama untuk yang selalu gaming dan buat kerja design. Tidak wajib jika hanya guna untuk kerja asas (CPU ada grafik siap terbina).

👍 Contoh GPU Terbaik:
  • RTX 4060 – harga sekitar RM1400 – RM1700
  • RX 6600  – harga sekitar RM1100 – RM1300

📌 Tip:

  • GPU NVIDIA → sesuai AI, editing, ray tracing
  • GPU AMD → lebih murah dengan prestasi hampir sama


Perkakasan Wajib No.6: Power Supply (PSU) – Bekalan Kuasa

PSU membekalkan elektrik kepada semua komponen. Penting untuk pilih PSU yang berkualiti dan cukup watt (biasanya 500W–750W untuk pengguna biasa)

👍 Contoh PSU Terbaik:
  • Corsair CV650 – harga sekitar RM250 – RM350
  • Cooler Master MWE 650W – harga sekitar RM250 – RM400

📌 Tip:

  • Elakkan PSU murah (PSU murah boleh rosakkan komponen lain)
  • Pilih sekurang-kurangnya 80+ Bronze kerana menawarkan cekap tenaga dan mesra bajet untuk PC permainan atau produktiviti kelas pertengahan,

Perkakasan Wajib No.7: Cooling System – Penyejukan

Komputer akan jadi panas bila digunakan. Sistem penyejukan penting untuk elak overheat. Ada yang jenis air cooling (kipas) dan jenis liquid cooling (lebih advance).

👍 Contoh Air Cooling Terbaik:

  • Cooler Master Hyper 212 – harga sekitar RM150 – RM250
  • Deepcool AK400 – harga sekitar RM120 – RM200

📌 Tips:

  • Pasang lebih dari 1 unit untuk elakkan CPU panas dan prestasi drop
  • Cooling bagus menjadikan PC tahan lama

Perkakasan Wajib No.8: Casing – Rumah Komputer

Casing ialah tempat semua komponen dipasang. Pilih casing yang ada airflow baik dan saiz sesuai dengan motherboard. Design tu boleh ikut citarasa anda.

👍 Cadangan Casing Terbaik 
  • NZXT H510 – harga sekitar RM300 – RM450
  • Tecware Forge M – harga sekitar RM150 – RM250

📌 Tip:

  • Pilih casing dengan fan airflow baik
  • Pastikan muat GPU panjang

Perkakasan Wajib No.9: Monitor – Paparan Visual Komputer

Monitor ialah komponen penting yang menentukan pengalaman visual anda — sama ada untuk kerja, gaming atau editing. Tips untuk pilih monitor Office / Study adalah pilih yang saiz 22” – 24” Full HD sudah mencukupi, untuk gaming wajib pilih refresh rate tinggi (144Hz ke atas), dan untuk kerja design / editing disyorkan pilih panel IPS/OLED untuk warna lebih tepat, dan ambil nilai sRGB/P3 paling tinggi.

👍 Cadangan Monitor Terbaik 
  • LG 24MP400-B – harga sekitar RM400 – RM600 24”, Jenis Full HD, IPS
  • AOC 24G2SP – harga sekitar RM700 – RM900 24”, kadar segar semula 165Hz, Kegunaan Gaming

📌 Tip:

  • Monitor 144Hz memberi pengalaman gaming lebih smooth berbanding 60Hz
  • Saiz skrin dan resolusi (1080p, 1440p, 4K) sangat mempengaruhi pengalaman pengguna

Perkakasan Wajib No.10: Keyboard – Alat Input Utama

Keyboard digunakan untuk menaip, gaming dan kawalan komputer. Jenis Keyboard ada 2 iaitu pertama Jenis Membrane: senyap, murah (office), keduanya Jenis Mechanical: lebih responsif (gaming & typing heavy). Tapi tak kisah pun jenis yang mana asalkan anda selesa menaip menggunakannya.

👍 Cadangan Keyboard Terbaik:
  • Logitech K120 – harga sekitar RM30 – RM60, Kegunaan Basic Office
  • Razer Ornata V3 – harga sekitar RM200 – RM350, Kegunaan Gaming RGB

📌 Tip:

  • Pilih keyboard ikut keselesaan tangan
  • Kalau ada lampu backlit lagi selesa lihat bila menaip waktu malam


Perkakasan Wajib No.11:Mouse – Kawalan Pergerakan

Mouse penting untuk navigasi, gaming dan kerja design. Tips pilih mouse adalah pilih DPI tinggi (800 and 1600 untuk kerja pejabat, 8000 DPI ke atas untuk gaming) dan pastikan pilih mouse yang tepat dan ergonomik untuk bentuk tangan anda.

👍 Cadangan Mouse Terbaik:
  • Logitech B100 – harga sekitar RM20 – RM40, Kegunaan Office / Basic
  • Logitech G102 Lightsync – harga sekitar RM80 – RM150, Kegunaan Gaming

📌 Tip:

  • Guna DPI tinggi akan membuatkan pergerakan mouse lebih sensitif
  • Mouse yang ergonomik boleh elak sakit pergelangan tangan


Kesimpulan

Membina komputer sendiri bukan sahaja menjimatkan, malah memberi kepuasan tersendiri. Dengan memahami fungsi setiap komponen, anda boleh bina PC yang sesuai dengan keperluan dan bajet.

Terima kasih sudi baca post ini. Jumpa di post yang seterusnya.


Mar 30, 2026

10 Aplikasi AI Wajib Ada Dalam Smartphone Anda

 


Dalam era digital masa kini, teknologi Artificial Intelligence (AI) bukan lagi sesuatu yang asing. AI kini digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan bermula daripada pendidikan, pekerjaan, hiburan hinggalah ke pengurusan harian.

Menariknya, semua ini boleh diakses hanya melalui smartphone. Dengan aplikasi AI yang betul, kita boleh menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti dan menghasilkan kerja yang lebih berkualiti.

Jom kita lihat 10 aplikasi AI terbaik yang wajib anda pasang (install) sekarang.


Aplikasi 1: ChatGPT

Aplikasi AI ini antara aplikasi AI paling popular di dunia. Ia boleh membantu pelbagai perkara seperti menulis karangan, menjawab soalan, menjana idea, malah boleh digunakan sebagai pembantu peribadi.

Contohnya, pelajar boleh gunakan untuk memahami topik yang sukar, manakala pekerja boleh gunakannya untuk menulis email profesional dengan cepat.

Kelebihan:

  • Menjawab soalan secara pantas
  • Boleh hasilkan content kreatif
  • Sesuai untuk pelajar dan pekerja

Download:


Aplikasi 2: Canva

Canva kini dilengkapi dengan teknologi AI yang memudahkan proses reka bentuk karya seni (design  artwork). Anda boleh hasilkan poster, slide pembentangan, resume dan kandungan media sosial dengan hanya beberapa klik.

AI dalam Canva juga boleh mencadangkan design secara automatik berdasarkan idea anda.

Kelebihan:

  • Mudah digunakan (user-friendly)
  • Banyak template menarik
  • AI bantu percepatkan design

Download:


Aplikasi 3: Grammarly

Jika anda sering menulis dalam Bahasa Inggeris, Grammarly adalah aplikasi yang sangat membantu. Ia bukan sahaja membetulkan kesalahan tatabahasa, malah mencadangkan ayat yang lebih profesional.

Kelebihan:

  • Betulkan tatabahasa secara automatik
  • Cadangan gaya penulisan
  • Sesuai untuk email dan tugasan

Download:


Aplikasi 4: CapCut

CapCut sangat popular dalam kalangan pencipta kandungan (content creator). Dengan bantuan AI, anda boleh edit video dengan mudah tanpa kemahiran profesional.

AI dalam CapCut boleh hasilkan sari kata secara automatik, potong video secara automatik (auto-generate subtitle) dan tambah efek menarik.

Kelebihan:

  • Sari kata automatik
  • Effect trending
  • Mudah untuk beginner

Download:


Aplikasi 5: Notion

Notion adalah aplikasi all-in-one untuk mengurus nota, tugasan dan projek. Dengan tambahan AI, ia boleh membantu anda merumuskan nota panjang menjadi ringkas.

Kelebihan:

  • Susun kerja dengan lebih teratur
  • AI bantu ringkasan
  • Sesuai untuk pelajar & team kerja

Download:


Aplikasi 6: Remini

Remini menggunakan AI untuk meningkatkan kualiti gambar lama atau blur menjadi lebih jelas dan tajam.

Kelebihan:

  • Enhance gambar automatik
  • Baiki gambar lama
  • Hasil nampak profesional

Download:


Aplikasi 7: Otter.ai

Aplikasi ini sangat membantu untuk pelajar dan pekerja. Ia boleh menukar audio kepada teks secara automatik.

Kelebihan:

  • Rekod & transcribe suara
  • Sesuai untuk meeting & kuliah
  • Jimat masa menulis nota

Download:


Aplikasi 8: Microsoft Copilot

Copilot ialah pembantu AI dari Microsoft yang boleh membantu dalam pelbagai tugas harian seperti mencari maklumat, menulis dan menjana idea.

Kelebihan:

  • AI serba boleh
  • Integrasi dengan Microsoft
  • Mudah digunakan

Download:


Aplikasi 9: Lensa AI

Lensa AI terkenal dengan fungsi menghasilkan avatar menggunakan AI serta edit gambar dengan gaya unik.

Kelebihan:

  • Avatar AI
  • Filter aesthetic
  • Popular di media sosial

Download:


Aplikasi 10: Google Gemini

Gemini ialah AI daripada Google yang semakin berkembang dan menjadi pesaing utama kepada ChatGPT.

Kelebihan:

  • Info sentiasa update
  • Integrasi dengan Google
  • Jawapan pantas

Download:


Kelebihan Menggunakan Aplikasi AI

Penggunaan aplikasi AI bukan sahaja memudahkan kerja, malah membantu meningkatkan kualiti hidup. Antara manfaat utama:

✔️ Menjimatkan masa
✔️ Mengurangkan beban kerja
✔️ Membantu pembelajaran lebih efektif
✔️ Meningkatkan kreativiti
✔️ Membolehkan multitasking dengan mudah


Kesimpulan

Kesimpulannya, aplikasi AI kini menjadi “pembantu digital” yang sangat penting dalam kehidupan moden. Sama ada anda seorang pelajar, pekerja atau usahawan, penggunaan AI boleh membantu anda bekerja dengan lebih bijak, bukan lebih keras.

Dengan hanya satu smartphone, anda kini boleh akses teknologi canggih yang dahulu hanya tersedia untuk syarikat besar sahaja.

Jadi, jangan tunggu lagi.Pasang aplikasi ini dalam smartphone dan mula gunakan AI dalam kehidupan harian anda hari ini.

Terima kasih sudi baca post ini. Jumpa di post yang seterusnya.


Mar 8, 2026

Tips Elak Maklumat Digodam: 8 Langkah Mudah Lindungi Data Anda

 


Pada zaman digital hari ini, hampir semua perkara kita lakukan secara dalam talian. Bermula daripada urusan bank, membeli-belah, hinggalah berkomunikasi dengan rakan dan keluarga. Namun begitu, semakin banyak maklumat peribadi disimpan dalam telefon dan komputer, semakin tinggi juga risiko maklumat tersebut digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Serangan siber bukan hanya menyasarkan syarikat besar. Pengguna biasa juga sering menjadi mangsa melalui teknik seperti penipuan mesej, pautan palsu, atau aplikasi berbahaya. Oleh itu, penting untuk kita memahami cara melindungi diri.

Berikut ialah 7 langkah penting untuk mengelakkan maklumat anda digodam.


Langkah 1: Kata Laluan (Password)

Kata laluan ialah barisan pertahanan pertama untuk melindungi akaun anda.

Ramai pengguna masih menggunakan kata laluan yang terlalu mudah seperti 123456, password, atau tarikh lahir sendiri. Kata laluan seperti ini sangat mudah diteka oleh penggodam menggunakan perisian khas yang boleh mencuba berjuta-juta kombinasi dalam masa singkat.

Untuk meningkatkan keselamatan:

  • Gunakan kata laluan sekurang-kurangnya 12 aksara

  • Gabungkan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol

  • Elakkan menggunakan maklumat peribadi seperti nama atau tarikh lahir

  • Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk banyak akaun

Contoh kata laluan yang lebih selamat:

R!mahBiru#2026

Jika sukar mengingati banyak kata laluan, anda boleh menggunakan aplikasi password manager seperti 1Password , Google Password Manager dan LastPass untuk menyimpannya dengan selamat.

Salah satu aplikasi Password Manager terbaik: 1Password


Langkah 2: Pengesahan (Authentication)

Selain kata laluan, anda juga digalakkan menggunakan pengesahan dua faktor (2Two-Factor Authentication-2FA).

Pengesahan dua faktor bermaksud selepas memasukkan kata laluan, anda perlu melalui satu lagi langkah keselamatan, contohnya:

  • Kod OTP melalui SMS

  • Kod daripada aplikasi seperti authenticator

  • Pengesahan melalui e-mel

  • Pengesahan biometrik seperti cap jari atau muka

Walaupun seseorang berjaya mengetahui kata laluan anda, mereka masih tidak boleh log masuk tanpa kod pengesahan tambahan. Ini menjadikan akaun anda jauh lebih selamat.



Langkah 3: Pancingan Data (Phishing)

Phishing ialah teknik penipuan yang sangat biasa digunakan oleh penggodam. Mereka akan menyamar sebagai pihak yang dipercayai seperti bank, syarikat penghantaran, atau organisasi rasmi untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

Contohnya:

  • E-mel kononnya daripada bank meminta anda mengemas kini maklumat akaun

  • Mesej mengatakan akaun anda akan disekat jika tidak klik pautan

  • Tawaran hadiah atau promosi palsu

Beberapa tanda mesej phishing:

  • Alamat e-mel pelik

  • Pautan yang tidak rasmi

  • Bahasa yang mendesak seperti “SEGERA”, “AKAUN AKAN DITUTUP”

Tip penting:
Jangan klik pautan atau berikan maklumat peribadi jika anda tidak pasti kesahihannya. Sila semak di Google atau hubungi terus pihak berkaitan.

Diagram cara pengodam 'memancing' data anda


Langkah 4: Mesej (Messages)

Serangan siber juga sering berlaku melalui aplikasi mesej seperti SMS atau aplikasi chat.

Penggodam mungkin menghantar mesej seperti:

  • Tawaran kerja palsu

  • Pelaburan cepat kaya

  • Pautan kononnya daripada syarikat penghantaran

  • Fail atau gambar yang sebenarnya mengandungi malware

Jika anda menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali:

  • Jangan terus klik pautan

  • Jangan muat turun fail yang dihantar

  • Semak terlebih dahulu dengan sumber rasmi

Pendek kata, jika sesuatu tawaran nampak terlalu baik untuk menjadi kenyataan, ia mungkin satu penipuan.

Hati-hati jika terima mesej yang pelik


Langkah 5: Wi-Fi

Wi-Fi awam di tempat seperti kafe, lapangan terbang atau pusat membeli-belah memang memudahkan pengguna internet. Namun begitu, ia juga boleh menjadi tempat penggodam mencuri data.

Rangkaian Wi-Fi awam selalunya tidak mempunyai tahap keselamatan yang tinggi, dan ini membolehkan pihak lain memintas data yang dihantar melalui rangkaian tersebut.

Untuk mengurangkan risiko:

  • Elakkan log masuk ke akaun bank ketika menggunakan Wi-Fi awam

  • Jangan membuat transaksi penting

  • Gunakan rangkaian mudah alih jika perlu

  • Pertimbangkan penggunaan VPN untuk perlindungan tambahan

Sentiasa waspada bila guna WiFi awam/percuma


Langkah 6: Muat Turun (Downloads)

Ramai pengguna memuat turun aplikasi, fail atau perisian tanpa memeriksa sumbernya terlebih dahulu. Ini boleh menyebabkan malware atau virus masuk ke dalam peranti.

Beberapa langkah keselamatan:

  • Muat turun aplikasi hanya daripada Google Play Store atau Apple App Store

  • Elakkan memasang aplikasi daripada laman web yang tidak dikenali

  • Semak ulasan pengguna sebelum memuat turun

  • Jangan buka fail lampiran daripada e-mel yang mencurigakan

Perisian berbahaya boleh mencuri data seperti kata laluan, gambar, atau maklumat bank tanpa disedari.

Muat turun fail dari sumber yang dipercayai sahaja


Langkah 7: Laman Web (Websites)

Semasa melayari internet, tidak semua laman web adalah selamat. Ada laman web yang direka khas untuk mencuri maklumat pengguna seperti kata laluan, nombor kad bank, atau data peribadi.

Penggodam kadang-kadang membuat laman web yang kelihatan hampir sama dengan laman web rasmi, contohnya laman bank atau platform membeli-belah. Jika pengguna tidak perasan, mereka mungkin memasukkan maklumat peribadi tanpa sedar.


Beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum memasukkan maklumat di sesuatu laman web:


1. Periksa alamat laman web (URL)
Pastikan alamat laman web adalah betul. Contohnya laman palsu mungkin menggunakan ejaan yang hampir sama seperti:
maybank-secure-login.com
faceb00k-login.net


2. Pastikan ada simbol kunci (HTTPS)
Laman web yang selamat biasanya menggunakan HTTPS dan terdapat ikon kunci pada bar alamat pelayar.


3. Elakkan laman web yang terlalu banyak iklan mencurigakan
Jika laman web penuh dengan pop-up, iklan pelik atau meminta muat turun secara paksa, lebih baik tinggalkan laman tersebut.


4. Jangan masukkan maklumat sensitif di laman yang tidak dikenali
Maklumat seperti:

  • nombor kad kredit
  • kata laluan
  • nombor kad pengenalan
Ia hanya patut dimasukkan pada laman web rasmi yang dipercayai.

Ringkasnya, sentiasa semak kesahihan laman web sebelum berkongsi maklumat peribadi.

Layari laman web selamat, yang ada https://


Langkah 8: Kemaskini (Installing Updates)

Ramai pengguna sering menangguhkan kemaskini sistem operasi atau aplikasi. Sebenarnya, kemaskini ini sangat penting kerana ia biasanya mengandungi pembaikan keselamatan (security patch).

Apabila kelemahan sistem ditemui, pembangun akan mengeluarkan kemaskini untuk menutup kelemahan tersebut. Jika anda tidak mengemas kini peranti, penggodam boleh mengambil kesempatan menggunakan kelemahan yang sama.

Amalkan perkara berikut:

  • Aktifkan Auto Update

  • Kemas kini sistem operasi telefon atau komputer secara berkala

  • Kemas kini aplikasi penting seperti pelayar web dan aplikasi perbankan



Kesimpulan

Keselamatan digital bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan. Dengan hanya beberapa langkah mudah seperti menggunakan kata laluan yang kuat, mengaktifkan pengesahan dua faktor, berhati-hati dengan pautan mencurigakan dan sentiasa mengemas kini peranti, anda boleh mengurangkan risiko maklumat peribadi digodam.

Teknologi semakin canggih, tetapi penjenayah siber juga semakin kreatif. Oleh itu, kesedaran dan langkah pencegahan adalah kunci utama untuk melindungi diri di dunia digital.

Terima kasih sudi baca post ini. Jumpa di post yang seterusnya.

Feb 25, 2026

10 Aplikasi Kewangan Terbaik Wajib Ada Dalam Smartphone Anda


Zaman sekarang, urusan kewangan dah tak perlu buku akaun tebal atau Excel yang berserabut. Semua boleh settle guna smartphone sahaja. Dari simpan duit, bayar bil, labur, sampai jejak perbelanjaan harian, semua ada aplikasinya.

Kalau telefon pintar anda penuh dengan media sosial tapi tak ada satu pun aplikasi kewangan, mungkin dah tiba masa untuk upgrade cara urus duit.


Ini senarai 10 Aplikasi Kewangan Terbaik yang praktikal, mudah guna dan relevan untuk pengguna smartphone hari ini.


1. Touch ‘n Go eWallet



Kalau tinggal di Malaysia, aplikasi ini memang susah nak elak. Maklumlah sumbangan e-kredit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan BUDI MADANI RON95 kerajaan Malaysia boleh tebus melalui aplikasi ini.

Bukan sekadar untuk tolTouch ‘n Go eWallet, ia boleh digunakan untuk:

  • Bayar makanan & shopping

  • Bayar bil utiliti

  • Tambah nilai prepaid

  • Simpan duit dalam ciri GO+ yang beri pulangan harian

Sesuai untuk orang yang nak urusan harian jadi cepat dan cashless.

Download Touch ‘n Go

Android (Google Play):
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tngdigital.ewallet

iOS (App Store):
https://apps.apple.com/my/app/touch-n-go-ewallet/id1344696702


2. Grab


Ramai ingat Grab hanya untuk naik kereta atau order makanan, tapi sebenarnya ia juga aplikasi kewangan ringan.

Dengan Grab, kita boleh:

  • Bayar tanpa tunai

  • Jejak perbelanjaan

  • Guna GrabPay untuk promosi & cashback

  • Buat ansuran hutang beli barang (contoh: smartphone)

Aplikasi ini sangat membantu kawal duit harian kalau berdisiplin berbelanja.

Download Grab

Android (Google Play):
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.grabtaxi.passenger

iOS (App Store):
https://apps.apple.com/my/app/grab-superapp/id647268330


3. MAE Maybank


MAE memang popular sebab antaramukanya mesra pengguna, terutamanya golongan muda.

Ciri menarik MAE:

  • Jejak perbelanjaan automatik

  • Simpan duit ikut “tabung” (Goals)

  • Pindahan duit cepat

  • Integrasi penuh dengan akaun Maybank

Sesuai untuk yang baru nak belajar urus kewangan sendiri.

Download MAE

Android (Google Play):
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.maybank2u.life

iOS (App Store):
https://apps.apple.com/my/app/mae-by-maybank2u/id1488128753


4. Setel


Kalau selalu isi minyak di stesen minyak Petronas, Setel memang berbaloi.

Selain bayar minyak, Setel juga:

  • Simpan rekod perbelanjaan

  • Bagi mata ganjaran

  • Ada promosi berkala

Nampak ringkas, tapi impaknya besar untuk kawal kos kenderaan terutamanya minyak. Klaim BUDI MADANI RON95 pun boleh. Nak dapat RM3 kredit percuma masa install tu, masukkan kod referal " znjap ".

Download Setel

Android (Google Play):
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.setel.mobile

iOS (App Store):
https://apps.apple.com/my/app/setel/id1444681727


5. Wise


Untuk yang selalu buat urusan antarabangsa atau melancong, Wise antara yang terbaik.

Wise membolehkan:

  • Pindahan wang antarabangsa dengan caj rendah

  • Simpan pelbagai mata wang

  • Kadar tukaran lebih telus berbanding bank biasa

Sangat sesuai untuk freelancer, pelajar luar negara atau bisnes online.

Download Wise

Android (Google Play):
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.transferwise.android

iOS (App Store):
https://apps.apple.com/app/wise/id612261027


6. Money Lover


Ini aplikasi khas untuk rekod perbelanjaan.

Money Lover boleh bantu:

  • Catat duit masuk & keluar

  • Tetapkan bajet bulanan

  • Lihat laporan kewangan dalam graf

Kalau selalu tertanya “duit aku habis ke mana?”, app ni jawapannya.

Download Money Lover

Android (Google Play):
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bookmark.money

iOS (App Store):
https://apps.apple.com/app/money-lover-expense-tracker/id486312413


7. Spendee


Konsep hampir sama dengan Money Lover, tapi lebih visual dan kemas.

Antara kelebihan Spendee:

  • Paparan graf yang cantik & mudah faham

  • Boleh kongsi bajet dengan pasangan atau keluarga

  • Sesuai untuk perancangan kewangan jangka panjang

Download Spendee

Android (Google Play):
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cleevio.spendee

iOS (App Store):
https://apps.apple.com/app/spendee-budget-money-tracker/id635861140


8. StashAway


Untuk yang nak mula melabur tanpa pening kepala, StashAway antara pilihan popular.

Aplikasi ini:

  • Guna sistem pelaburan automatik

  • Sesuai untuk beginner

  • Pelaburan disesuaikan ikut tahap risiko pengguna

Tak perlu jadi pakar saham pun boleh mula melabur.

Download StashAway

Android (Google Play):
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.stashaway.mobile

iOS (App Store):
https://apps.apple.com/app/stashaway-invest-smart/id1446063496


9. Wahed Invest


Wahed Invest sesuai untuk yang cari pelaburan patuh syariah.

Ciri utama:

  • Pelaburan halal

  • Pengurusan profesional

  • Boleh mula dengan modal kecil

Sesuai untuk pengguna Muslim yang nak melabur dengan tenang. Masa install, boleh pakai kod referal ini " hasbin71 " untuk dapat RM20 kredit percuma.

Download Wahed Invest

Android (Google Play):
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.wahed.mobile

iOS (App Store):
https://apps.apple.com/app/wahed-invest/id1290449424


10. ShopeePay / Lazada Wallet




Walaupun fokus e-dagang, e-wallet ini bantu kawal perbelanjaan online.

Kelebihan:

  • Mudah jejak transaksi

  • Banyak promosi & cashback

  • Kurangkan risiko overspend kalau guna bajet tetap

Download ShopeePay

Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.shopee.my

iOS:
https://apps.apple.com/my/app/shopee-my-online-shopping/id959841449

Download Lazada Wallet

Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.lazada.android

iOS:
https://apps.apple.com/my/app/lazada-3-3-5-5-11-11/id785385147



Kesimpulan

Aplikasi kewangan bukan sekadar trend—ia alat penting untuk hidup lebih teratur dan bijak urus duit. Tak perlu guna semua, cukup 2–3 aplikasi yang sesuai dengan gaya hidup pun dah cukup membantu.

Yang penting "Kita urus duit, bukan duit urus kita."

Terima kasih sudi baca post ini. Jumpa di post yang seterusnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...