Zaman sekarang, siapa pun boleh jadi videografer, asalkan ada sebuah smartphone. Tak perlu pakai kamera mahal pun, sebab teknologi telefon pintar sekarang dah cukup hebat. Tapi kalau nak hasil rakaman nampak cinematic dan tak macam rakaman biasa-biasa, ada beberapa tips yang boleh bantu anda. Jom baca tips di bawah ini.
Tips 1: Belajar Gunakan Aplikasi Kamera Tersedia (Native Camera App)
Ramai suka rakam guna aplikasi media sosial terus, tapi sebenarnya aplikasi kamera tersedia dalam telefon lebih baik dari segi kualiti. Aplikasi seperti TikTok atau Instagram biasanya mampatkan (compress) video.
Gunakan aplikasi kamera tersedia supaya kamu dapat resolusi penuh, frame rate stabil dan lebih fleksibel untuk edit kemudian. iPhone 15 Pro dan Samsung Galaxy S24 boleh rakam hingga 4K 60fps, setanding dengan kamera profesional.
![]() |
| iPhone top smartphone dalam videografi |
Tips 2.: Pencahayaan Itu Asas No. 1
Kalau rakaman gelap, video terus nampak murah. Pastikan kamu ada sumber cahaya cukup, sama ada cahaya matahari atau ring light. Kalau berada di luar, elak rakam tengah hari sebab bayang terlalu keras. Waktu terbaik ialah pagi atau senja (orang panggil golden hour) sebab warna cahaya lebih lembut dan cantik di kamera.
| Waktu matahari terbit atau terbenam memang cantik |
Tips 3: Guna Tripod atau Gimbal Jika Ada
Kalau tangan goyang masa rakaman, video pun nampak gegar dan pening bila tengok 😅
Guna tripod untuk rakaman statik atau gimbal stabilizer kalau nak gerak. Ini bantu elak shaky footage dan beri rupa lebih profesional.
Kalau tiada gimbal, boleh juga sandarkan telefon pada benda stabil, contohnya dinding atau botol air.
![]() |
| Gimbal brand DJI memang terbaik |
Tips 4: Sentiasa Jaga Kualiti Audio
Ramai orang lupa bahagian ni, padahal audio sama penting dengan visual. Gunakan mikrofon luaran kalau boleh (contohnya Lavalier mic yang murah pun dah cukup baik). Kalau tak ada, cuba rakam di tempat yang senyap dan jauh dari kipas atau bunyi angin. Kajian menunjukkan penonton lebih mudah stay menonton video dengan audio jelas, walaupun kualiti gambar biasa-biasa.
![]() |
| Pakai mic brand Boya untuk audio mantap |
Tips 5: Rancang Shot dan Sudut Rakaman
Jangan main tekan “record” je! Sebelum rakam, rancang dulu shot, sama ada mahu ambil close-up, wide shot, atau slow motion. Kalau rajin, bina dulu jalan cerita (storboard) video anda. Tips tambahan, cuba guna Rule of Thirds untuk komposisi yang menarik.
Kalau nak video lebih dinamik, cuba pelbagai sudut rakaman dan jangan takut untuk bereksperimen.
![]() |
| Bina storyboard pakai aplikasi je |
Tips 6: Edit Guna Aplikasi Yang Power
Rakaman dah siap? Sekarang masa untuk buat magic.
Guna aplikasi seperti:
-
CapCut – mudah dan banyak preset cinematic
-
VN Video Editor – percuma dan bebas watermark
-
InShot – sesuai untuk video sosial media
-
LumaFusion (iOS) – tahap profesional
-
Adobe Premiere Rush – serasi dengan semua platform
Tambahkan color grading, muzik lembut atau rancak, dan transition supaya video nampak kemas.
| CapCut aplikasi edit video paling popular |
Tips 7: Selalu Bereksperimen dan Belajar Dari Video Orang Lain
Akhir sekali, jangan takut mencuba. Tengok video YouTuber atau TikToker yang anda suka, perhati macam mana mereka guna cahaya, pergerakan kamera dan tempo muzik.
Semakin banyak kamu rakam, semakin baik hasilnya. Practice make perfect gitu 😁
Kesimpulan
Videografi guna smartphone bukan sekadar tekan “record”, tapi tentang kreativiti, komposisi dan teknik. Dengan sedikit latihan dan tips ni, anda boleh hasilkan video yang nampak macam hasil profesional. Ingat, bukan kamera yang penting, tapi mata dan idea di sebaliknya.
Terima kasih sudi baca post ini. Jumpa di post yang seterusnya.




