Nov 25, 2014
Tips: 10 Kegunaan Smartphones lama
Apa yang anda boleh lakukan dengan smartphone lama yang sudah tidak digunakan? Di sini iamluvit.blogspot senaraikan 10 kegunaan smartphones lama:
1) E-Book
Anda boleh jadikan telefon yang sudah tidak anda gunakan sebagai device untuk membaca e-book. dengan menggunakan aplikasi seperti Google Book, Zinio dan Flipboard. Tips ini sesuai terpakai untuk smartphone bersaiz besar atau tablet sahaja.
2) Jam meja
Gunakan ia sebagai jam meja study atau tempat kerja anda. Nampak lebih elegan dan professional.
3) GPS
Download map offline ke dalamnya, seterusnya smartphones lama anda bertindak sebagai device GPS alternatif jika memandu di jalanraya.
4) Hotspot
Jadikan smartphones lama anda sebagai wifi hotspot untuk menghubungkan rangkaian internet dengan device yang lain.
5) CCTV
Jika anda pandai tweak smartphones anda, gunakan ia sebagai CCTV bagi memantau keselamatan anak-anak di rumah.
6) Digital Frame
Simpan gambar-gambar anda, kemudian biarkan slideshow bergerak memilih gambar-gambar tersebut. Secara automatiknya ia menjadi digital frame. Tidak perlu beli bingkai gambar. Jimat.
7) MP3 Player
Jika anda seorang gemar berjoging dan mendengar lagu, anda boleh tukarkan smartphones lama menjadi MP3 Player anda. Dengan ini, storan dan bateri jimat untuk smartphones sedia ada anda.
8) Konsol games
Adakah anak-anak anda suka main game di smartphones anda? Mesti anda takut ia rosak kan? Install seberapa banyak games ke dalam smartphones lama, dan biarkan mereka bermain sepuasnya. Anda happy, anak anda pun happy :-)
9) Wang segera
Jualkan di laman web jual beli online seperti Mudah.my jika anda tidak mahu menyimpannya atau memerlukan wang untuk membeli smartphones baru.
10) Amal jariah
Tips terakhir, bagi yang bermurah hati, dermakanlah smartphones lama (yang masih OK) kepada sesiapa yang memerlukan. Insya-Allah, sedekah membawa keberkatan dalam hidup anda.
Sekian sahaja tips dari iamluvit.blogspot. Semoga ia berguna untuk anda.
Labels:
People,
Smartphones,
Technology,
Tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment