Anda mungkin perasan sesuatu pada web browser Google Chrome anda. Ya, Google telah menambaik Google Chrome dengan ciri-ciri baru dan menarik (sila lihat gambar di atas). Tujuan Google berbuat demikian supaya pengguna Google mengawal aplikasi dan produk berteraskan Google pada Google Chrome.
 |
Pintasan semua aplikasi Google di sini. |
Ikon 9 kotak kecik tersebut merupakan menu pintasan bagi aplikasi-aplikasi Google. Anda boleh menjalankan aplikasi dengan mengklik icon aplikasi tersebut. Namun terdapat limitasi, kerana ada aplikasi yang bergantung kepada kawasan geografi. Sebagai contoh, Google Wallet belum disokong penggunaan di Malaysia.
 |
Aplikasi-aplikasi lain yang ditawarkan Google |
 |
Contoh web sering dikunjungi |
Penambahan lain yang dilakukan Google adalah jika anda membuka Tab baru, Google Chrome akan menyediakan pintasan ikon laman web yang selalu anda kunjungi. Sebanyak 8 laman web akan dipaparkan. Ciri ini amat menyenangkan pengguna Google Chrome.
Dan bukan itu sahaja, Google telah berusaha mengintergrasikan sebuah aplikasi desktop dipanggil Chrome App Launcher. Aplikasi ini akan menyediakan pintasan pada komputer anda untuk menghubungkan dengan aplikasi-aplikasi Google. Chrome App Launcher boleh dipasang dengan memuat turun pada Chrome Web Store.
 |
Info tentang Chrome App Launcher |
 |
Hasil paparan pada dekstop Chrome App Launcher |
 |
Carian menggunakan Chrome App Launcher |
Cubalah memasang aplikasi Chrome App Launcher ini, dan kesannya anda lebih efisien dalam mengunakan aplikasi-aplikasi keluaran Google.
No comments:
Post a Comment